Monday, September 12, 2011

Biar sakit di mata........

Pesan orang tua-tua, kalau cari calon isteri atau suami;

          biar sakit dimata,  jangan sakit dihati
       
Faham  maksudnya? Takkan tak faham kot.....Jom tengok info di bawah :

kajian JAKIM menunjukkan data berikut:

Punca utama suami mohon cerai:

32.97%  sebab sikap tak bertanggungjawab
12.03%  sebab akhlak dan sosial
5.43%    sebab campur tangan org ketiga. cth; bekas kekasih atau mertua
2.26%    sebab ekonomi

Punca utama isteri mohon cerai :

17.68%  sebab sikap tak bertanggungjawab
5.84%    sebab akhlak dan sosial
4.42%    sebab campur tangan org ketiga/bekas kekasih  atau mertua
1.38%    sebab ekonomi
1.34%    sebab masalah seksual

cuba tengok, takdepun dlm data tu sebut sebab perceraian kerana muka suami
tak hensem atau muka isteri tak cantik......


Sebab utama? ...... tak bertanggungjawab !

Kedua? ............... akhlak dan sosial !

Sebab duit? Masalah kewangan ? ....sikit sangat peratusnya, maksudnya kalau
perangai elok, tahu tanggungjawah masing2, pasangan akan bersedia
mengharungi segala susah senang bersama.........duit boleh dicari, tapi kasih
sayang ? duit banyak, hidup mewah tapi jika perangai tunggang langgang,
lama2 rumahtangga boleh lintang pukang.....

Ok, apa pula nabi pesan kat kita; wanita itu dikahwini kerana kecantikannya,
hartanya, keturunannya, agamanya, maka pilihlah agamanya, nescaya engkau
akan selamat...........bukan untuk lelaki saja, wanitapun sama.
Kalau ada mana2 pakwe approach, jangan terus terima, siasat2lah dulu
perangainya, latar belakang  agamanya, jangan tengok keretanya saja kerana
kereta itu barangkali kereta pinjam.

Yang lelakipun, jangan fokus rupa saja, terlampau cantik sangatpun susah
juga nak jaga, yang pentingnya AGAMA dan AKHLAK.....

Seteruk manapun seorang perempuan tapi kalau jatuh ke tangan lelaki baik
dan bertanggungjawab, ada peluang besar untuk dia berubah kearah kebaikan
tapi.........sebaik-baik manapun perempuan , kalau jatuh ke tangan lelaki jahat
dan tidak bertanggungjawab, ada kemungkinan untuk dia rosak dan hancur
(err.......ni teori saya saja, boleh percaya dan boleh juga diabaikan saja, tapi
 berdasarkan pemerhatian, dah byk jumpa kes camni....)

Ramai pasangan muda menjadikan perkahwinan sebagai kemuncak percintaan
mereka dan berakhir disitu saja tapi hakikatnya perkahwinan bukanlah penamat
percintaan tapi permulaan sebuah percintaan....tapikan, dalam rumahtangga,
cinta bukan segala-gala......nanti, bila awak dah kawin, baru awak faham apa
yang saya kata.....tak caya?  try tanya orang lama-lama..............

hiasan sahaja: tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah
tidak bernyawa........

15 comments:

CS said...

Assalamualaikum k.norsha,
setuju dgn akk...hmm sedih tgk perkahwinan yg begitu dimpi-impikan ms bercinta (bagai nak rak) akhirnya hancur di tengah jalan...Nauzubillahiminzaalik..pd sy bermulanya sebuah perkahwinan itu penting...kalau dr awal lg sudah 'tercemar' jgn mengharapkan ia akn 'suci' seterusnya..mgkin dpt diusahakan, tetapi sedkit payah...ibarat air sungai, kalau sudah keruh di hulu, masakan jernih di hilirnya~ hrp diambil iktibar bersama---

nam said...

assalamualaikum wbt..

setuju dgn entry ini.. :)..
pilih lah calon suami atau isteri yang baik akhlaknya dan bagus agamanya. semoga dengan nya rumah tangga aman bahagia.. :)
klu dapat yang bagus rupanya maka ia adalah kelebihan buat si isteri atau si suami.

salam ziarah pertama kali ke blog akak... :)

selamat hari raya..

s a r said...

assalamualaikum.

menarik entry ni kak.
hmm, teori akak tu memang boleh digunapakai. sebab banyak kot contoh depan mata sekarang ni.

nak share sikit. kak, dulu masa saya study kan. lecturer saya kata dari kajian. anak muda banyak kahwin awal sebab the 1st is making love. then tanggungjawab semua datang kemudian. tu sebab kekadang rumahtangga sukar kekal lama. itu yang saya dengar la.

tapi dari segi islam pun kita digalakkan berkahwin awal kerana nak elak masalah2 sosial yang berlaku kan. cuma sekarang ni kalau tengok balik, keutamaan bukan pada nak elak masalah sosial (maksiat) berlaku je, tapi kena fikir balik secara keseluruhan sebuah institusi keluarga. bukan pakai kahwen je kan.

lagi satu kan. ada satu teori kata. dari umur remaja 12 hinggalah awal dewasa, semua cenderung untuk berkahwin awal. terutamanya pada yang bercouple la ni. sebab apa nak kahwen awal? umur macam tu semua lebih kepada nafsu semata. keseronokan menjadi keutamaan. yang lain2 tak fikir panjang dah. sampailah satu peringkat umur tak silap around 25-26, pada tahap ni if dia tak kahwen, kebanyakannya dah lebih fokus kepada kerjaya. kahwen dah jatuh no.2 dalam hidup.

ni teori je la. betul ke tak tau ler. hee.. sorry if salah. tapi kalau nak tengok, sekrang wanita yang bekerjaya lambat kahwen tak pun ada juga yang tak nak khwen. hee.

ok kak. habis dah. maaf. bebel panjang dah. hee.

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Semuanya datang dari iman dalam diri seseorang..

Ismi Ijmi said...

ye betul en razak. asalnya diri seseorang.
kebanyakan yang saya tahu orang berkahwin kerana cinta. jarang sanagt berkahwin kerana pilihan keluarga dan sbgnya. Asalkan diri mampu untuk baiki dan ber"transformasi"ikut keadaan ,masalahy InsyaAllah tak timbul..

~dari seorang yang belum berkahwin

Hidayatullah said...

kalau suami dan istri tu phm ape maksd perkahwinan.. mesti kes2 cerai takde.. hidup utk memberi.. bkn utk menerima semata-mata..so give our best to our partner.. ceh..gaya cakap macam da kawin.ha3..

fuad ansari said...

takdepun dlm data tu sebut sebab perceraian kerana muka suami
tak hensem atau muka isteri tak cantik...... <-- saya tahu kenapa sebabnya...

sebab masing2 masa sebelum kahwin dah pilih yg cantik2 n yg hensem2 atau yg sedap mata sendiri memandang..

ironinya, orang yg dekat kepada Islam, sedap mata memandang wajahnya walaupun tidak cantik mahupun tidak hensem.. (",)

senang kata, cukuplah agama.. bila manusia lebih bertanggungjawab terhadap agamanya, insyaAllah manusia akan lebih bertanggungjawab terhadap kehidupannya.. kerana agama meliputi seluruh kehidupan.. (",)

ukhti,mardhiah said...

Assalamualaikum kak norsha,
Ooo..bgtu..
indahnya sebuah perkahwinan dari kaca mata seorang dara..

(",)bagi mard sebelum berkahwin, mard nak cari, pandang dan pgang satu nilai mahmudah y ada pd calon.Nilai padanya, y xda pada mard.itu untuk mengingatkn mard sampai bila2,betapa mard kekurangan dan perlu mghargai dia kerana kelebihan tu..

wallahhualam.

Afida Anuar said...

Assalamualaikum wbt, kak norsha..

teringat pula cerita seseorang ketika baca entry akak ni, pada awal perkahwinan... isteri beliau merupakan seorang yang biasa saja. Pendek kata, tidak jelita la... Tapi disebabkan akhlak, hati dan agama beliau jelita..dari sehari ke sehari, beliau perasan bahawa isteri beliau kelihatan begitu jelita di mata suaminya. Allahuakabar...

PS: Ya Allah, kurniakan kepadaku suami yang baik, yang meminangku, berkahwin denganku dan menjadi teman buatku di dunia dan di syurga kelak...Aminn..

Norsha said...

CS,
kita panjatkan doa agar Allah limpahi r/tangga kita dgn ketenangan, rahmat dan kasih sayang yg berkekalan...mmg sedih bila dgr kisah cerai
berai ni..

nam,
setuju juga dgn pdpt adik

Salam ziarah, terima kasih sudi singgah dan selamat hari raya

sar,
Waalaikummussalam wbt
wah, bagusnya, macam marriage caunselor je...pepun, mmg betul apa yg sar ckp tu...tapi bekerjaya mcmmana sekalipun, kawin tetap kawin ye...

Tn Razak,
Sungguh benar ya tuan tapi itulah yg sering dilupakan....

Norsha said...

Izmer,
cari cinta Allah dulu, nanti cinta manusia datang menyusul....

~dari seorang yg dah kawin


Hidayatullah,
betul, dlm perkahwinan mesti ada give & take, mslhnya, ramai yg suka terima saja dan tak mahu memberi , itulah agaknya yg bercerai tu....lama2 yg memberi tu rasa 'asyik aku je yg berkorban'....ni ckp org yg dah kawin


Fuad,
org kata, dari mata turun ke hati...nak kawin mestilah cari yg sedap mata memandangkan.... btw..betul tu, bila agama ada dlm diri, perkahwinan pun menjadi lebih bererti....

Norsha said...

Mard,
Waalaikummussalam wbt,
suami isteri dicipta utk saling melengkapi dan mengimbangi, menampung kekurangan, menghargai kelebihan....perkahwinan sesungguhnya mmg sgt indah mard !

Afida,
Waalaikummussalam wbt,
Disitulah terletaknya keindahan perkahwinan...
p/s :Ya Allah sampaikan hajat sigadis ini, temukan dia dgn insan
yg menyayangi dan mengasihinya sepenuh hati, insan mulia yg menjaga dan membimbingnya hingga ke syurga....amin

~PENCHENTA~ said...

T__T

Dah lama dah cakap gini dengan mak. Saya taknak pilih. Biar mak yang pilih. Kalau tak tengok dia pun tak apa. Saya setuju asal mak setuju. :|

Takut peranan mata lebih besar dari hati.

Semoga Allah tunjukkan yang terbaik. :)

Bijen M. said...

Kan dah kata, ilmu agama dan ilmu rumah tangga tu takdak beza.

-Dari orang berpengalaman-

Norsha said...

Penchenta,
moga anda akan dpt yg terbaik, InsyaAllah......:)


Bijen,
Ya, tn Bijen, tak dinafikan hang mmg byk pengalaman....:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...