Malam raya di felda jengka
macam berada di medan perang
dum dam dum dam..........!........prangggggggg!
jangan ada yang mati sakit jantung sudahlah
mintak2lah tak de yang putus jari
yelah.......orang felda dah kaya raya
setakat bakar mercun setahun sekali apalah sangat
tapi kalau dah tak berenti-renti bunyi dum dam dum dam
mahu terbakar juga hati
nasib baik malam ini sunyi sepi
eh, mana diorang pergi ?
pergi ziarahlah kot.......takpun duduk depan tv
sambil makan lemang ketupat
ada lagi ke?
kalau takde pun kuih raya banyak lagi
sambil makan sambil sembang-sembang
sambil bincang-bincang.....macam2 hal
jangan gumpat sudahlah.....
tak pasal2 kena mintak maaf semula
lagipun dah lama merdeka ni
kita merdekalah betul-betul
dari segala sifat-sifat mazmumah
ooo......sebelum terlupa, teman nak ucap
Selamat Hari Merdeka.............
9 comments:
dam dum dam dum kampung saya tak kedengaran sangat
sunyi ja... main bunga api dengan mercun bawang ja bebudak tu... tak kuat... \
akak felda mana ni?
Raya ni musim makang ketupat cicah rendang daging saudara sendiri.
selamat hari raya kak! tk balik spore?
malam raya Tok membebel marah kat anak jiran,
yang tak reti bahasa dengan baby nak tidur,
tapi duk main mercun macam tak ingat dunia... hu hu..
mungkin ada yg bercadang utk beraya di hospital kot.. (",)
slmt hari raya cikgu... maaf kalau ada salah silap...
Selamat Hari Raya...
Selamat Hari Merdeka...
sy adah agak,fenomena yg sama...suasana demtuman bom sana sini di malaysia...tapi itu yg menarik...hahahaha
naeblog,
kami raya kat felda jengka, rmh mak mertua...
Bijen,
kate dema...setahun sekali, apa salahnya.....
ank_ayah,
plannya hujung tahun ni nk g sana...
Afida,
melayukan mudah lupa....sbb tu deme tk ingat
fuad,
ada buat silap ke?
menusuk hati,
isk...macam2 hal raya ni....
Rumah tua,
ya...merdeka d raya...
APK,
haa...ni mesti join sekali main meriam kabaid......
Post a Comment