Yang biasa kita dengar;
....atas nama seni, saya sanggup buat apa saja, peduli apa dengan cakap-cakap
orang , nak kutuk kutuk lah, saya bukan kacau orangpun, orang barat buat
lebih dasyat dan teruk lagi takde orang bisingpun, orang yang kutuk saya tu
mentalliti mereka kolot dan ketinggalan zaman, nama pun seni, kenalah ada
kreativiti,lagipun saya buat kerja seni tu bukan untuk orang Malaysia, untuk
pasaran luar.......
Yang tak biasa kita dengar ;
........atas nama agama, saya sanggup berkorban apa saja, tak peduli apa orang
nak kata, nak kutuk-kutuklah, saya buat benda yang baik, orang lain korban
mereka lebih tinggi untuk agama, mereka berjihad untuk agama takbisingpun,
namapun kerja agama kenalah ada pengorbanan dan ujian, orang yang kutuk
tu mereka belum faham dan belum dapat hidayah, doakan saja yang baik-baik
untuk mereka, lagipun saya buat kerja agama kerana Allah untuk kesejahteraan
seluruh ummah.....
notahati : setiap manusia melakukan kesilapan, marilah kita memohon ampun
kepada Allah setiap hari atas segala salah dan silap kita, kerana nabi
yang maksum itupun beristigfar setiap hari, apatah lagi kita.......
6 comments:
walhal akhirat yg abadi
kot mana pun buat, sekiranya berlandaskan al quran dan sunnah nabi, insyaalllah berada dlm rahmat Allah
Assalamualaikum...
Hiduplah kalian sesuka hatimu kerana kalian pasti akan mati, dan cintailah apa sahaja yang kalian kehendaki kerana kalian pasti akan berpisah dengannya, dan buatlah apa sahaja yang kalian kehendaki kerana kalian akan dibalas mengikut amal perbuatanmu.
penah dengar, di akhir zaman, orang yang berbuat kebaikan tu nampak pelik...dan tak biasa.. sedangkan orang yang berbuat dosa tu biasa...
Allahualam kak..
Assalamua'laikum..
Subhanallah! Mohon repost. :)
salam..
atas nama seni ada gadis yg sanggup berbogel dan dilukis oleh beberapa lelaki yang kononnya berseni..
wanita bertudung hijau,
apa2pun peganglah pada agama, InsyaAllah terpelihara
Tn Razak,
buat baik dibalas baik...moga2 kita semua diberikan yang terbaik
Fida,
dunia akhir zaman ni memang pelik2
Fahmi,
sila-sila...kongsi ilmu boleh je
sekamar rindu,
tu la kadang2 tak paham jugaklah orang seni ni...
Post a Comment