Friday, June 10, 2011

Radiasi vs ?

Setelah 16 tahun bermastautin di bandar yang aman damai ini, semalam baru
saya tahu bahawa ada loji pemprosesan sisa radioaktif yang sedang dibina
di sini dan dijangka beroperasi penghujung tahun ini. Fuuh...!

Itupun kerana seorang rakan tionghua menghantar sms kpd en suami saya
supaya menonton rancangan edisi siasat (mandarin) di NTV7 malam tadi yg
membincangkan isu LYNAS. Rupa-rupanya banyak siri bantahan, demonstrasi
kecil-kecilan, kempen jalanan dan sidang laporan diadakan di sini. Bagaimana
saya tidak mengetahuinya ? Baru saya ingat, dunia saya cuma
rumah ----> sekolah -----> rumah. Dengan bermacam perkara berligar di kepala,
tentulah isu-isu seperti ini kadang-kadang tidak begitu diambil kira.

Tapi hari ini saya mahu bercerita sedikit tentangnya. Logi pemprosesan sisa
 radioaktif tersebut telahpun hampir 70% siap di atas tanah berkeluasan 100
hektar. Ia akan memproses sisa radioaktif yang dibawa masuk dari negara
kangaroo untuk dikitar semula dan dijual balik ke pasaran antarabangsa.
Dengan belanja pembinaan hampir RM700 juta, ia dijangka mampu menenuhi 30%
permintaan dunia dan khabarnya akan dapat memecahkan monopoli China
ketika ini. Mengapa dibina di sini?  Kata mereka kerana faktor kos dan alam
semula jadi.. Kerja-kerja pemprosesan tersebut memerlukan banyak air !
Ooo....mentang2lah Sungai terpanjang di Semenanjung terletak di sini, nak ambik
kesempatanlah tu....!

Khabarnya ia mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada 350 orang
pekerja. Haha.....Lepas ni, lepasan dalam bidang kimia boleh mohon kerja di sini.
Yang peliknya, syarikat tersebut katanya dikecualikan dari cukai selama 12
tahun, jadi apa yang kita dapat ?Entahlah, tak kuasa nak memikir ......yang pasti
 ramai menentang kerana risiko untuk terdedah kepada radiasi sangat tinggi !

Lalu saya teringat kepada bencana yang menimpa Jepun baru-baru ini apabila
gempa bumi menyebabkan kerosakan kepada Logi Nuklear mereka dan
mengakibatkan kesan radiasi yang bukan sedikit.

Anak lelaki saya yg berusia 11 tahun menyarankan kami berpindah ke tempat
lain. Senangnya, ingat macam pindah bilik ke? Adakah selepas ini, warga
Kuantan akan berpindah secara diam-diam ke tempat lain ? Adakah Pantai Teluk
Cempedak, Pantai Gelora, Pantai Batu Hitam akan ramai pengunjungnya seperti
sekarang ? Masa akan menentukannya......

Kediaman kami  terletak hampir 30 kilometer dari kawasan pembinaan tersebut,
suatu jarak yang menurut mereka selamat dari kesan radiasi. Ish....betul ke?
Bagaimana pula dengan mereka yg tinggal cuma 3 km saja dari kawasan tersebut?

Allahuallam........

                                             err....ni bukan kipas angin ye

7 comments:

Afida Anuar said...

Terbaca gak pasal Lynas ni, even orang luar pun membantah pembinaan loji ni kak..tp orang kita relek je, kata tak bahaya la..apa la....entah apa2..

Norsha said...

fida,
org kita memang 'cool'...

Ismi Ijmi said...

Assalamualaikum cikgu.
sebba saya macam ada kaitan,maafkan saya kalau menyampuk .maaf kalau penerangan di bawah tidak serta dengan maklumat /data.

sebenarnya pembinaan loji nuklear adalah perbincangan lama. sejak mulanya kekhuatiran tentang kehabisan tenaga dari hydro electrik.

sedikit maklumat tentang nuclear reactor. berbanding hydroelectric, kos pembinaan besar, namun fuel (bahanapi) adalah murah dan senang didapati. Pendek kata, jangka amasa panjang, nuclear reactor adalah plihan terbaik dari segi kos jangka masa panjang.

lagi satu, semua yang berkaitan nuklear akan diselia oleh AELB yang bukan senang2 bagi lesen. banyak prosedur perlindungan radiasi yang perlu dipatuhi.

dan tambahan, jika prosedur dipenuhi, kesan radiasi yang mungkin diterima adalah lebih rendah dari sekali chest x-ray. sebagai perbandingan, perjalanan menggunakan flite adalah sama dengan kesan radiasi chest xray (kenapa xchestxray? radiasi tertinggi untuk jenis general x-ray).

untuk perbandingan , diagnost menggunakan CT-Scan beratus kali radiasi berbanding chest xray.

tidak dinafikan, ada juga risiko , tapi jika manfaat adalah lebih besar, risiko yang entaha da entah tidak itu dibesar2kan, adalah tindakan yang kurang bijak.

saya syorkan cikgu rujuk mana2 pelajar2 *( atau pakar radiation physics)tentang ni. rujuk juga laman web AELB dan Nuklear Malaysia.

Wassalam

Norsha said...

izmer,
wah...thanks 4 the informations, nanti kalau ada sape2 ckp pasal ni, bolehlah share info ni ngan diaorang...tapi confirm ada tak setuju punya !

Norsha said...

menusuk hati,
bila yang pakar berbicara...

Ismi Ijmi said...

emmm,sekarang heboh di Parlimen kes LINAS.
takpe cikgu,
mmg ada risiko,bila ada yang bersuara,tandanya masyarakat prihatin.
kalau tak tanay, dan tak bangkitkan, mungkin lepas berpuluh2 tahun dibina baru ada org tahu ia wujud.

papepun,banyak tenaga kerja bidang fizik akan diperlukan.

bolehlah cikgu motivasikan student2 jadi ilmuan fizix bestatus daie Allah,heh

Norsha said...

Izmer,
InsyaAllah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...