Assalammualaikum w.b.t ;
Pagi selasa yang tenang dan damai, tapi memenatkan juga kerana baru turun
dari tingkat 4 dari bangunan dihujung padang ini. Terasa kering tekak kerana
baru selesai menyampaikan ilmu kepada bakal-bakal akauntant dan usahawan
lima tahun dari sekarang. Harap-harap 10 tahun lagi adalah anak murid yang
akan jadi VVIP bila mereka dah berjaya, berbaloilah cikgunya panjang tangga
tingkat 4 setiap hari.
Emm.....esok 27 rejab, sekejab je, pejam celik pejam celik dah penghujung bulan
rejab, pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Saaban, lepas tu bulan
ramadhan tapi kalau pejam tak celik-celik tak tahulah sempat tak nak jumpa bulan
Ramadhan, harap-harap sempatlah.........
Ooo....cikgu bukan nak cite pasal peristiwa Israq Mikraj sebab korang pun dah
ramai yg tahu tentang peristiwa tersebut. Sekarang, teknologi dihujung jari, tekan
saja apa-apa maklumat senang dapat, tinggal nak cari dengan tak cari je , cuma
nak pesan-pesan kat diri sendiri dan sapa-sapa yg baca blog ni, sempena Israq
Mikraj ni kita muhasabahlah diri terutamanya tentang solat kita, sempurna ke
tidak, penuh 5 waktu atau ada waktu-waktu saja buat, tak sempat tak buat, tapi
cikgu percaya yang baca blog ni semua baik-baik, solat mesti penuh punya,kan ?
Tapi semalam, frust betul sebab di satu kelas ni lepas habis mengajar sempatlah
bercerita sikit dgn diorang tentang peristiwa Israq Mikraj, bila tanya tentang solat
alahai berapa kerat je solat penuh, yang solat subuh pun cuma berapa orang je,
sedih betul......Ada sorang budak lelaki ni, katanya dah ambik wuduk tapi tiba-
tiba rasa malas nak solat, terus tak buat, ada ke patut ! bertepuk tanganlah
syaitan ! Moga-moga lepas ni bila dah kena tazkirah sikit dengan cikgu yang
bukan ustazah ni, harap-harap dia insaf dan tak tinggal lagi solat.......
Oklah, stop dululah, la ni masa rehat, tapi satgi kul 11.00 ada kelas pulak, adoi
panjat tangga lagi tapi tingkat 3 je, tahanlah sikit.....(err....kalau sekolah ada lift
kan best !)
Oh ya......esok kalau ada kekuatan bolehlah puasa sunat ye.......
p/s ; yang tanya pengalaman cikgu masa kat India dulu, nantilah cikgu cite bila-bila,
perasan sibuk sikit seminggu dua ni.....
9 comments:
yup, mari kita jaga solat kita bersama2, solat di awal waktu :-)
amin...
semoga Allah terima kita
ameen... :)
Besar betul pengorbanan seorang cikgu.. naik turun tangga nak ajar anak bangsa.. mudah2an akan nampak hasilnya nanti..
Terima kasih cikgu sbb ingatkan kami tentang solat.. terkadang2 kata2 dari seorang cikgu yg bukan ustazah lebih memberi kesan di hati.. (",)
Huh.. tak pernah dengar luahan hati seorang guru.. nih 1st time.. n touching.. dlu igtkan cikgu nih rilek2 je.. byk btol pengorbanan
Kak Norsha, pada pandangan fida la kan, kenapa masyarakat kita mengalami masalah yang begitu teruk sejak akhir2 ni, sebab ramai yang tak solat....
Allahualam..
Kak Norsha... sikap pelajar sekarang amat merisaukan...
WBH,
sama2 kita usahakan
APK & Fahmi,
ameen, ameen ya Allah...
Fuad,
terima kasih juga fuad sbb jadi anak murid yg baik kat blog ni :)
Hidayatullah,
rilek?....mana ada kerja yg rilek dik oii !
Menusuk hati,
tak pastilah, kena tanya org yg lebih tahu
Afida,
rasa2 macam tulah....
Naeblog,
oo...memanglah, mcm2 peel bdk2 ni !
Post a Comment