Sunday, January 15, 2012

Bertemu pujaan hati

Hujung minggu yang indah. Malam tadi, siri kuliah perdana di masjid di kejiranan kami membuka
tirai 2012 dengan kehadiran Ustad Don yang femes itu. Wah, apa lagi, penuh masjid dengan kehadiran
jemaah yang melimpah ruah hingga ke luar. Kalau hari-hari macam ni kan bagus. Betul-betul meriah.
bagaikan suasana di bulan puasa. Kecik besar tua muda semua datang menghadiri taman-taman
syurga. Sungguh besar rahmat Allah, sejak beberapa hari lalu Kuantan dilanda hujan tidak berhenti
tapi malam tadi cuaca cukup cerah dan baik sekali. Apalagi, kami sekeluarga tidak melepaskan peluang. Anak-anak saya begitu bersemangat , tak sabar nak jumpa ustaz Don secara live, kata mereka.
Memang menarik penyampaiannya, dua jam  terasa sangat cepat berlalu dan usai kuliah ustaz
mengimamkan solat isyak dengan alunan Quran yang mendayu. Selesai solat, jenuh menunggu anak-anak yang belum keluar, rupanya mereka tunggu giliran nak bersalam dengan ustad.Yelah, rebut
peluang yang ada. Bukan senang nak jumpa dgn personaliti kesukaan ramai. Ustaz lagi .....Terpaksalah
saya tunggu hingga anak-anak selesai bersalam dan nampaknya mereka tak berganjak hinggalah ustaz
turut beredar dari masjid. Dalam kereta , rancak mereka bercerita tentang ustaz Don tapi sayangnya kami terlupa nak bawa kamera. Kata anak saya ; ruginya tak dapat bergambar, nak simpan buat
kenangan, bukan senang nak jumpa. Ye tak ye juga.....Takpe, takpe , kita balik dulu, ambik kamera dan patah balik jumpa Ustaz kerana lepas ceramah, ada jamuan untuk ustad. Kata suami; kita tunggu sampai ustad selesai makan.

Lepas makan, ustaz salam dengan semua yang ada di situ dan  sebelum naik kereta sempatlah kami
bertemu dan bergambar. Sportingnya ustaz, siap peluk lagi budak-budak tu. Gembira tak terkata
anak-anak saya, maklumlah sebelum ni tengok kat tv saja tapi malam ni Allah bagi izin jumpa dan
bersemuka. Anak-anak saya teruja, berulangkali memuji ustad yang ceria dan bersahaja, melayani kami
seperti sudah biasa berjumpa. Ya Allah....moga dipanjangkan usianya untuk terus berkongsi ilmu yang
ada. Akhirnya sebelum pulang , sempat juga saya minta pada ustaz; tolong doakan anak saya ustaz,
dia berminat nak jadi hafiz. Ustaz peluk dan gosok dada anak lelaki kedua saya sambil berdoa.

Kami sampai rumah hampir jam 12 malam. Gembira, teruja bersatu dalam senyum dan tawa. Penat ?
tidak...... cuma saya terlupa yang kami belum menikmati makan malam. Tak mengapalah, asalkan
tidak lupa nasihat dan ilmu yang ustaz berikan. Azam, azam untuk jadi lebih baik.......

9 comments:

mira said...

wah, satu keluarga minat ustaz don nampaknya....saya pun suka juga program ustaz ni, tapi tgk kat tv hijrah jelah

Afida Anuar said...

SubhanaAllah.. tak puas kan dengar tazkirah dan kata2 ustaz don. Sama macam kat surau annur haritu la. Rasa kalau ustaz don nak cakap sampai ke petang pun sanggup kitaorang tunggu dan dengar.. hehe.

Moga2..asbab gaya santai dan ilmu ustaz don, dapat menarik minat tak kira muda mudi atau sapa jua ke arah Islam..Aminn..insyaAllah.

Unknown said...

salam,meriah nampak ...program di sana..Ustaz Don itu punyai suara yg sedap/lunak ketika mengalunkan bacaan quran..

p/s:Ustaz Don itu tinggal berdekatan tmpat kelahiran sya...

As said...

Alhamdulillah thumma alhamdulillah!

fuad ansari said...

yup, saya pun dapat merasai kemesraannya..

lepas solat, kalau balik rumah jalan sorang2.. lamanya nak sampai rumah..

tapi kalau balik rumah, jalan dengan ustaz don (kebetulan berjiran), eh eh kejap betul sampai rumah.. macam ada banyak benda lagi nak borak..

seronok berborak dengan orang yang banyak ilmu.. berborak sambil mendapatkan ilmu..

kinakona said...

Salam.
Err ustaz don tu siapa? Hehe

~PENCHENTA~ said...

Untunglah! Hehe.

Betul lah. Saya pun suka sangat kalau ustaz2 gini rajin turun masjid2 rakyat.

Haritu ust azhar turun bangi pun, penuh betul! (Eh, Encik Fuad ada tak waktu tu?) :P Heheh.

Baru orang muda ada 'hati' nak rajin ke masjid. ;)

Mindaberbisa said...

Ilmu ustaz don dah jadi tatapan sajian jiwa malam itu.

Norsha said...

ank_ayah,
tgk rancangan 30 minit ustaz don kat TV alhijrah, takpun google jelah, mesti jumpa punya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...