Thursday, August 11, 2011

Tangisan Baginda.....

Malam itu malam giliran di rumah Umi Salamah. Rasululllah s.a.w pun pergi untuk
menghabiskan malamnya di sana. Ketika malam mulai larut dan heningnya 
mencengkam perasaan, bagindapun bangkit dari tidurnya tanpa sedikitpun 
mengganggu Umi Salamah yang sedang lena dalam tidurnya. Kemudian baginda
berjalan menuju ke penjuru rumah itu.

Beberapa ketika kemudian, Umi Salamah pun terbangun. Terkejutlah ia takala
mendapati Rasulullah s.a.w tiada di tempat tidurnya. Sedih dan gusar menguasai
dirinya . Secepatnya beliau bangkit dari tempat tidurnya dan mencari baginda di
setiap sisi rumah rumah lalu didapatinya baginda sedang bermunajat di satu
sudut rumah.

Baginda sedang berdoa sambil menangis. Sayup-sayup tangisannya kedengaran
memecah sunyi malam. Baginda memohon :

 " Ya Allah, janganlah kiranya Kau cabutkan dariku kebaikan yang telah Engkau
    limpahkan padaku. Wahai Tuhanku janganlah kiranya Engkau gembirakan
    musuh-musuhku dan orang-orang yang dengki kepadaku, lantaran mereka
    meyaksikan penderitaan menimpa diriku, Ya Allah, janganlah kiranya Engkau
    masukkan aku ke dalam kehinaan, yang Engkau telah selamatkan aku
    daripadanya. Janganlah Engkau perbuat semua ini selamanya. Ya Allah,
    janganlah Engkau biarkan aku memikul  beban berat sendirian, walau sekelip
    mata sekalipun."

Munajat Rasulullah ternyata menyentuh perasaan Umi Salamah hingga beliau
ikut menangis tersedu-sedu, mengakibatkan Rasulullah terhenti dari munajatnya.
Baginda mendekati  Umi Salamah seraya bertanya:

"Apa gerangan yang membuatkan engkau menangis?"

lalu dijawab Umi Salamah;

"Betapa aku tidak menangis, sedang engkau dalam kedudukanmu sebagai
 Nabi masih juga menangis, bagaimana pula aku sebagai orang biasa?"

Notahati:  Malunya mengenangkan kelemahan diri, betapa banyaknya
ketawa dari menangis mengenang dosa........ sedang baginda yang terpilih 
itu tidak berhenti merintih dan menangis mengharap rahmat Allah........
Ya Allah, ku mengharap rahmatmu di bulan yang berkat ini..........

15 comments:

Afida Anuar said...

Bila duk renung2..malu sungguh rasa. Kita manusia yang penuh berdosa tak menangis mengenang dosa, ketawa bersuka ria di dunia tok sah la nak cerita. Macam nak hidup selamanya.. Astarfirullahalazimm...

ahLia shahril said...

:'(

~PENCHENTA~ said...

Betul kak. Hinanya saya. :(

Most of us tak faham pun doa' harian yang kita baca. Sebab tu ada imam yang BACA doa, bukannya berdoa'.

Dan sebab tu kita kurang terkesan dengannya. Semoga kita dapat selalu merintih dan merayu kepadanya.

Nujma Hayati said...

Salam,cikgu...
saya suka blog cikgu yg ni... =)
ade crita lg tak lain kali?
selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak .cikgu

cikguNae said...

Betul... Kita banyak ketawa dari menangis....
Walau melakukan perkara tidak sepatutnya sebagai hambaNYA kita masih mampu ketawa ... Tanpa rasa takut, kurang rasa bersalah...
Terima Kasih... Kisah teladan untuk saya
Saya share ya?

Unknown said...

kita bukan tangisan yg keluar,perkara lain yg keluar,hati lagi mau keras,sebab tu xleh menangis,sy la terutamanya...

IMANSHAH said...

aLm SINGGAH

Norsha said...

Afida,
Ahlia Teetttt,
penchenta,

tu la....bila ingat2kan, rasa malu insaf sangat......


Nujma,
Selamat menghayati keindahan ramadhan

Norsha said...

Nae blog,
nak share? sila, sila....


APK,
memanglah kita ni byk lagi kena baiki hati....


Imanshah,
singgah2lah selalu ye...

fuad ansari said...

pasti Nabi saw akan menangis jika mengetahui ummatnya tidak mahu menangis mengenangkan dosa..

Kalau kita mampu menangis menonton cerita sedih, kenapa kita tidak turut menangis ketika berdoa..

sama2 usaha untuk menangis ketika berdoa.. moga mata yg menangis mengenangkan dosa akan terselamat dari azab neraka..

Ismi Ijmi said...

Ya Allah beri kami taufiq.

sekamar rindu said...

salam..

semoga Allah swt memberi rahmat pada penulis entri ni..

Norsha said...

Izmer,
amin...ya rabballalamin....


Sekamar rindu,
rahmat juga buat pembaca blog ini...

Abd Razak said...

Assalamualaikum..

Menangis yang paling utama adalah adalah tangisan seorang hamba atas waktu yang berlalu dalam keadaan yang tidak diredhai~Nya..

Selamat menjalankan ibadah puasa

Norsha said...

Waalaikummussalam,
Selamat beribadah juga kepada saudara...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...