(coretan pesanan untuk diri sendiri,juga untuk sesiapa yang sudi membaca dan menghayati......)
Tuesday, August 16, 2011
Si kacak yang hebat......
"Pada hari Kiamat nanti, di Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang
bermaksud: Dihadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf
yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan
sebagainya".
Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah
pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.
Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu
meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian,
seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.
Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara
dadanya dan kain kafan itu.
Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan
kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar
dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka
dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia
itu tanpa sebarang gangguan.
Tetapi orang yang kacak itu akan berkata:
"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan
walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi
aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk
ke syurga!"
Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:
"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala
dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat."
"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini,
engkau tidak akan berasa dukacita lagi"
Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya
satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat
dari syurga.
Lihatlah bagaimana Al Quran menjaga kita di sana kelak. Ia janji Allah
yang pasti buat mereka yang yakin dan percaya pada kehebatan Al Quran
sebagai penyelamat dan pemberi syafaat. Sungguh beruntunglah orang-orang
yang selalu berdampingan dan menghabiskan masa bersama 'sikacak'
ini...........ayuh, kita habiskan masa bersama sikacak yang hebat ini !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
memang si kacak. :D
salam.
salam k.norsha,
selain Nabi s.a.w&hincik zauj, ni la hensem guy y sy tggu~~~~~
waaa...hincik zauj sila jgn jeles!
persoalannya, samada mau percaya atau tak je kan..
untung untuk sapa2 yg percaya dan berusaha mendapatkannya..
rugi untuk sapa2 yg percaya tetapi tidak berusaha mendapatkannya..
malang untuk sapa2 yg tidak percaya dan tidak berusaha mendapatkannya.. (",)
dlm satu hadith,nabi saw bersabda bahawa baginda akan hidup di dalam kubur,dan melihat amalan umatnya,kalo amalan umatnya x baik,beliau akan beristighfar untuk umatnya
YA Allah tunjukkanlah kami dengan petunjuk Al-Quran, selamatkanlah kami dari api neraka dengan sebab kemuliaan al-Quran, tinggikanlah darjat kami dengan sebab kelebihan al-Quran.....
Kak Norsha,saya berazam untuk berjumpa dengan si kacak yang satu ni, InsyaAllah...
Jadi, option untuk dapat suami kacak mungkin dah boleh diketepikan. Sebab boleh dapat si kacak yang lain. :)
Terima Kasih!!!
Pesanan untuk saya:
Ya Allah jangan biarkan diriku lalai... membiar waktu berlalu dengan sia-sia..
Hampiri dan dalami Al-Quran
Saya juga mahu sikacak ini...
Berazam... dan saya perlu berusaha!
akak... saya nak share... Terima Kasih^^
sar,
:D
Cikgu sue,
jgn riso, dia takkan jeles
Fuad,
moga kita tak termasuk org2 yg malang
APK,
Allahuakbar......
Fida,
InsyaAllah, kita sama2 azam ye....
Penchenta,
tapi kalo dapat suami kacakpun bagus juga...^_^
Naeblog,
InsyaAllah....nanti dapat sikacak yg hebat...
Post a Comment