Sebenarnya bukan mudah menjadi ibu bapa di zaman ini. Anak-anak sekarang
ternyata lebih berani hingga kadang kala hilang rasa simpati biarpun terhadap
ibu bapa sendiri. Entah di mana silapnya atau mungkin adat dunia kerana yang
muda selalunya dilabel 'darah muda' , ada waktunya perbuatan mereka tak
masuk akal hingga boleh 'membengkrapkan' ibu bapa dan mengguris perasaan
yang bukan sedikit seperti berita ini. Sekalipun ia berita gembira kerana sianak
ditemui namun ia tetap berita menyedihkan kerana anak-anak gadis zaman ini
nampaknya lebih percaya teman lelaki (yg pastinya belum tentu jujur hatinya) dari
ibubapa mereka sendiri. Kenapa agaknya ye ?
Sebagai ibu yg juga punya anak (sekalipun mereka masih di sekolah rendah),
saya tidak terlepas dari merasa gusar dengan perkembangan sekarang.
Seringsaja dilaporkan ada anak gadis yang hilang atau sengaja menghilangkan diri.
Ada yang selamat pulang, ada yang terus tak pulang-pulang ! Saya tak dapat
bayangkan bagaimana perasaan ibubapa mereka menempuh ujian sebegini
hebat. Sekalipun mungkin ada kesilapan dipihak ibubapa, amatlah tidak wajar
anak-anak melarikan diri ke dunia luar yg belum tentu membahagiakan. Pada
saya tiada tempat yg lebih selamat dari di rumah sendiri dan tiada insan yg lebih
dipercayai dari ibubapa sendiri. Merekalah satu-satunya manusia yg menyayangi
anak-anak tanpa syarat. Mungkin ada satu dua kes dimana ibubapa membuang
anak, tapi ia sangat jarang-jarang berlaku (kecuali kes-kes anak luar nikah)
Anak-anak gadis sekalian.........janganlah terlalu mudah percaya pada janji lelaki
yang baru beberapa bulan anda kenali. Mungkin ketampanannya atau lembut
lidahnya mengusik jiwa, namun sematkanlah dalam hati bahawa semua itu boleh
jadi hanya sandiwara untuk memerangkap anda yang masih muda. Sedalam
mana pun cintanya pada anda (betulke?), itu bukan jaminan yang anda akan
selamat ditangannya. Jika apa-apa terjadi, silelaki itu biasanya jarang
dipersalahkan tetapi andalah yg akan menanggung akibatnya sampai bila-bila
dan kerana dunia ini kadang-kadang tidak adil, anda akan terus dipersalahkan
untuk satu tempoh yang lama. Kesannya bukan kepada anda saja tapi turut
terpalit kepada ibubapa dan kaum keluarga . Memanglah kita kena berbaik
sangka sesama manusia tapi apabila melibatkan pergaulan berbeza jantina kita
perlu bersangka buruk untuk kebaikan bersama.
Saya teringat beberapa bulan dulu ketika ada perjumpaan antara ibubapa dan
guru dalam satu program anjuran sekolah, seorang ibu tanpa segan silu (dengan
nada sedih memberitahu guru kelas anaknya ( yg terkenal kerana masalah
disiplin ) bahawa satu-satunya manusia yg boleh menegur dan memberi nasihat
kepada anaknya hanyalah teman lelaki anaknya itu !
Tidakkah kita sedih jika berada ditempat ibu itu................
Anak-anak gadis sekalian...........sayangi dirimu dan kasihanilah ibubapamu.........
10 comments:
bila "dunia tanpa sempadan", inilah akibatnya.. macam2 perkara pelik terjadi.. mcm2 perkara pelik menular masuk..
cabaran menjadi ibu bapa zaman sekarang nampaknya lebih sukar.. hurm..menakutkan..
assalamualaikum
mmg betul la... cabaran mendidik dan menjaga anak2 perempuan sgt hebat di zmn mellinium ni... kdg2 tu smpai tak terjangkau dek fikiran perbuatan mereka... sian pd ibu dan ayah ~
assalamualaikum :)
hmm, betul la. cabaran mendidik anak sekarang cukup hebat. selak je la mana2 paper pun mesti ada kes pasal remaja. tak kira la lelaki ke perempuan.
tapi macam yang paling nampak sekarang ni anak gadis. Nauzubillah. takut sebenarnya. minta dijauhkan dari tu semua. paper kosmo hari ni pun ada cerita pasal anak sekolah 17 deliver dalam toilet. tapi laporan kata dia dirogol orang yang tak dikenali. bunyi macam pelik.
hmm. minta dijauhkan dan kita sama2 dilindungi dari perkara2 macam ni.
p/s- kalau hari ni cabaran mendidik anak dah cukup hebat? masa depan lagi...? uhuu..takut je..
sukar difahami walau cuba memahamkan,
sebab musabab serta alasan,
mengejar- ngejar yang tidak ketahuan,
akhirnya hilang arah tujuan,
segeralah kembali ke pangkuan,
orang yg sentiasa mendoakan,
kesejahteraan kalian sepanjang kehidupan.
salurkanlah keberanian anda di tempat yg betul. CS juga pernah muda,,,& masih tidak teralu tua ;P tp belum berani nak lari dari rumah...lgpn penat lari kan? baik lepak2 kt umah~~
SubhanaAllah...kak norsha, sampai begitu sekali dia sanggup buat kat ibu bapa dia. Sebak jap fida baca kisah ni..
moga2, Allah jauhi kita semua dari ditimpa bencana sebegini..
fuad,
kena byk doa utk anak2...
manje,
tu lah kdg2 tak fhm dgn keberanian mereka....
sar,
dh akhir zaman ni, mcm2 benda berlaku...
CS,
wah, bagusnya seloka tu....
fida,
skrg ni mcm2 bencana menimpa kita, memang menakutkan....sama2lh doa ye...
Anak remaja sekarang kedepan dalam semua perkara... Sehingga membelakangi apa yang sepatutnya.
Tak tahu nak cakap apa lagi Kak Norsha.
Kurang kasih sayang salah. Terlebih kasih sayang pun salah.
Kena ready betul2 nak jadi mak nii. Hee. Gerun pun ada.
Moga Allah mudahkan. *Mungkin dengan mendapat laki yang pandai mendidik juga* :))
Naeblog,
mereka berani tak bertempat....
Penchenta,
memangpun, serba tak kena dibuatnya...InsyaAllah, moga2 doamu dimakbulkan Allah...
Post a Comment