Saturday, August 6, 2011

3 perkara yang aku kasih.....

Bersabda Rasullullah S.A.W:
Aku kasih hidup di dunia ini kerana 3 perkara :
~ Wangi-wangian
~ Wanita Solehah
~ Penyejuk mataku dalam solat

Berkata pula Saidina Abu Bakar As-Siddiq :
Aku kasih hidup di dunia ini kerana 3 perkara :
~ Melihat wajah Rasullullah S.A.W
~ Menginfaqkan harta untuk Rasullullah S.A.W
~ Mengahwinkan anakku dengan Rasullullah S.A.W

Berkata pula Saidina Umar Al-Khattab;
Aku kasih hidup di dunia ini kerana 3 perkara :
~ Mengajak kepada kebaikan
~ Mencegah kemungkaran
~ Memakai pakaian yang tidak menampakkan kemegahan

Berkata pula Saidina Uthman Affan:
Aku kasih hidup di dunia ini kerana 3 perkara :
~ Memberi makan golongan fakir dan miskin
~ Memberi pakaian kepada orang memerlukan
~ Membaca Al Quran

Berkata pula Saidina Ali :
Aku kasih hidup di dunia ini kerana 3 perkara :
~ Melayan dan berkhidmat kepada tetamu
~ Berpuasa di waktu panas terik
~ Memenggal kepala musuh

Berkata pula Jibril ;
Jika sekiranya aku menjadi ahli dunia maka aku kasih
kepada 3 perkara;
~ Membimbing manusia ke jalan yang lurus
~ Mengasihi orang dagang yang taat
~ Menolong ahli keluarga yang susah

Berkata Jibril ;
Allah kasih kepada hambaNya kerana tiga perkara;
~ Hamba yang bersungguh melakukan taat
~ Hamba yang menangis sewaktu bertaubat
~ Hamba yang tersangat sabar sewaktu musibah

Kita pula ? Apa tiga perkara yang paling kita kasih di dunia ini....?

9 comments:

~PENCHENTA~ said...

~menjadi hamba yang bersungguh melakukan taat
~menjadi hamba yang menangis sewaktu bertaubat
~menjadi hamba yang tersangat sabar sewaktu musibah

Amiin.. Doakan saya kak! :)

Afida Anuar said...

hmmmm... kasih apa yang Allah kasih. Kasih apa yang Rasulullah kasih..aci dak gitu kak?

CS said...

salam
atas kelemahan sy kak, xmampu rasanya nak senaraikan...xlayak pula rasanya T_T..sdg ingin cuba utk kasih sekurang2nya satu daripada semua yg di atas...InsyaAllah..

fuad ansari said...

Aku kasih hidup di dunia ini kerana 3 perkara :
-menangis dalam taubat kepadaNya..
-menggunakan diri, harta dan masa untuk agamaNya..
-bersahabat, bertemu dan berpisah atas maksud agamaNYa..

(",)

Unknown said...

3 perkara yg di takuti,
wanita
pangkat
harta....

Norsha said...

Penchenta,
sama berdoa ya....

Afida,
kira acilah tu....


Cikgu Sue,
akakpun sama, byk kelemahan pada diri sendiri....

Norsha said...

menusuk hati,
gangguan2 akhir zaman.....


Fuad,
amin.......anda termasuk org2 yg beruntung, moga terus kekal dalam hidayahNya......


APK,
tapi ketiga2 tu perlu juga ada cuma jangan salah guna.....

Bijen M. said...

3 amal yang utama.

Mengerjakan solat pada waktunya.
Berbuat baik kepada ibu bapa.
Berjihad di jalanNya.

Peewit!

Norsha said...

Bijen M,
moga kekal beramal selamanya....:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...