Friday, July 1, 2011

Selamat Hari Jumaat....

Assalamualaikum w.b.t,

Salam jumaat buat anda semua. Jumaat yang penuh berkat dan rahmat. Kalau
korang tinggal di Trengganu, Kedah atau Kelantan, mesti korang tgh rehat
sekarang, sebab hari ni cuti. Cikgu tak dapatlah nak cuti sebab hari ni kerja,
ingat esok nak rehat tapi ada pulak program Larian 1 Malaysia ( 1M 1S 1M). 
Ikut hati memang malas, tapi apa nak buat, suka tak suka kena ikut juga.......

Eh, korang tau ke apa tu 1M 1S 1M, maksudnya 1 murid 1 sukan 1 Malaysia.
Emm....nak galakkan budak2 sekolah aktif bersukan, maklumlah sekarang ni
ramai sangat yg terobes , elok jugalah dipaksa berlari, tak jauhlah 1.5 km je
utk sekolah menengah dan 500 meter utk sekolah rendah. Jauh ke ? Mak
bapak kita dulu selamba je jalan kaki 3 km pegi sekolah takde apa-apapun
tak macam budak2 sekarang. Manja! Elok jugala muda-muda dah biasa
berlari ke, jalan kaki ke sebab adalah stamina sikit nak jalan kaki ke masjid
pergi solat berjemaah di awal waktu, ha, banyak pahala dapat.......


Masalahnya sekarang, cikgu cikgi pun kena berlari sama. Alamak, dah lama tau
tak main  lari-lari ni. Biasa lari-lari dalam rumah je sebab nak siapkan apa yang
patut. Tak tahulah boleh ke tidak nak ambik bahagian nanti, tengoklah....
Kalau tak mampu nak lari, jalan jelah, tak mampu jugak nak jalan, ehmm...
buatlah apa yang patut. Apa kata korang lari la jugak esok, kasi sokongan moral
kat kitaorang ni..

Pagi-pagi dah sembang ngan korang, kan? Sajelah,  sebelum pegi sekolah.
Apa-apa pun, sebab hari ni hari jumaat kita sama-samalah mencari
keberkatannya dan berusaha memperbanyakkan amalan sunat cthnya
berselawat, baca surah Yassin atau alkahfi ke,mandi sunat jumaat, besiwak,
berwangi-wangian, perbanyakkan doa sebab  nabi s.a.w bagitahu pada hari
 jumaat ni ada satu waktu yang sangat mustajab bila kita berdoa. Dan kalau
korang lelaki, korang pergilah awal sikit kat masjid untuk solat jumaat supaya
korang dapat ganjaran  seolah-olah berkorban seekor unta, kalau korang pergi
lambat, kira dah saat-saat akhir, dapatlah ganjaran seolah-olah berkorban
sebiji telur....rugikan?

Okaylah, nanti jumpa lagi , ingat ye, esok bagi sokongan moral kat kitaorang
yang nak berlari ni...Ish, macam-macamlah.....Selamat hari jumaat, selamat
berehat dan selamat beribadat.....Err....Jumaat memang dah selamat, kita je
yang banyak lagi benda kena buat kalau nak selamat kat akhirat, kan?

6 comments:

Afida Anuar said...

InsyaAllah kak norsha, besok fida kasi sokongan moral dengan berlari sama eh... he he...

selamat hari jumaat kak, moga hari ni, lebih baik dari semalam..insyaAllah..

Hidayatullah said...

bila la satu malaysia dpt cuti hari jumaat..bdk2 pon x tergopoh gapah utk gi masjid..

fuad ansari said...

kat mana tu lariannya? erm.. dekatnya larian.. macam tak sesuai je dengan nama larian 1Malaysia.. kurang2 kena la buat macam lari marathon.. 11km dan ke atas ke.. hehe.. baru meriah sikit dan byk sikit lemak terbakar.. 1.5km tu macam 4 kali pusing padang je.. tak berapa nak letih kot.. saya rasa la..(",)

~PENCHENTA~ said...

Amboi encik fuad. Macam lah dia tu lari. :P

Adik saya pun sibuk nak pergi sekolah esok. Tapi mak saya tak bagi. Sebab cikgu selalu tak masuk kelas. Buat larian bagai rajin pula. Protes kononnya. Hihi.

Tapi adik saya degil juga. Jadi kita tengok lah esok siapa yang menang. :)

s a r said...

assalamualaikum :)

~eheh. larian anak2 kalau jauh mau pengsan. satu hal pulak nanti.

dulu time skola lari 1km je dah semput. eheh.

yup. betul. jumaat hari paling mustajab untuk berdoa. penghulu sekalian hari.

Norsha said...

fida,
InsyaAllah...moga2 begitulah

Hidayatullah,
tak tahulah bila....

Fuad,
memang tak letih pun

Penchenta,
abis, sapa yg menang ?


S a r,
jangan pengsan, nanti takde orang mahu angkat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...