Sunday, July 3, 2011

Persiapan

Assalamualaikum w.b.t ;
Pagi Ahad yang tenang, ada yang senyum girang sebab hari ini cuti dan boleh
berehat dari pagi sampai ke petang. Ada juga yang kerja, cari rezeki untuk
keluarga. Kerja baik-baik ye, bawa balik yang halal saja untuk anak isteri,
jangan kedekut, terlalu kedekut nanti rezeki susah nak masuk . Ada yang tak
tahu nak buat apa ? Eh, tak kan tak tahu  apa nak buat, banyak benda
sebenarnya, kalau anda dah kawin, boleh tolong isteri bersihkan rumah, masak
untuk keluarga, bawa anak jalan-jalan atau bawa mereka pergi program agama
dan bla bla bla ..........kalau bujang ? pandai-pandailah, jangan buat perkara lalai,
jangan buat perkara terlarang......

Oh, hari ni dah 1 Syaaban, bermakna tinggal lagi 28 hari nak sambut ramadhan,
jadi marilah kita buat persiapan. Kalau kita tahu kekasih kita nak datang kita
akan buat apa yang terbaik untuk sambut kedatangannya, begitu juga dengan
bulan ramadhan, bulan yang penuh keberkatan, penuh kerahmatan, digandakan
pahala segala amalan............ kalau belum habis ganti puasa, cepat-cepat, masih
ada masa......

Seperti menghadapi peperiksaan, sebelum peperiksaan sebenar, ada ulangkaji,
ada latihan intensif begitu juga sebelum bulan ramadhan kita buat persiapan di
bulan syaaban. Kita buat azam untuk tingkatkan amalan, untuk banyakkan
ibadah, sempurnakan solah, baiki akhlak , tinggalkan segala perlakuan buruk,
tutup  aurat lebih sempurna, perbanyakkan selawat dan macam-macam lagilah,
tapi azam saja tak cukup kena ada daya usaha untuk melaksanakannya,
mungkin susah dan muhajadah tapi bila kita istiqamah dan benar-benar ingin
berubah, InsyaAllah, Allah bagi mudah.........

Yang penting, mesti ada niat untuk jadi lebih baik dari sebelumnya.....
Marilah, kita  buat persiapan untuk sambut kedatangan bulan yang lebih baik
dari seribu bulan.......

Sementara punya kesempatan, marilah kita tingkatkan amalan....

4 comments:

fuad ansari said...

terima kasih cikgu sbb ingatkan sy agar jangan buat perkara lalai,
jangan buat perkara terlarang... (",)

x lama lagi je rupanya nak bulan ramadhan.. xsabar nak tgk ramai orang datang solat jemaah subuh dan isyak terutamanya.. alangkah eloknya jika jemaah masjid di bulan2 biasa seperti di bulan ramadhan.. (",)

Afida Anuar said...

Azam tak nak buruk sangka dekat orang...azam nak mandi sebelum waktu subuh..azam nak khatam quran dalam bulan syaaban,supaya bulan ramadhan tak terkapai2 nak khatam...hurmm...bnyak pulak azam ni eh.. he he..

kak norsha, terima kasih..sudi mengingatkan..

Norsha said...

fuad,
bulan ramadhan masjid2 & surau mesti meriah, tak sabar nak sama2 meriahkan....

Fida,
wah, bagus, bagus, bagus....moga dpt laksanakan semua azam2 tu...

menusuk hati said...

betul!tak sabar-sabar lagi ni nak tunggu ramadhan..tapi bila tiba-tiba berpuasa tanpa buat puasa sunat sebelum tu macam exam tanpa ulangkaji ja..hu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...