Ingat nak tulis semalam tapi semalam penat sangat, balik kampung petang sabtu
ziarah mak ayah, pagi pergi perkhemahan, kebetulan hari ini cuti, dapatlah saya
buat entri. Saya cuma nak bagitahu yang saya sedih. Sedih? Ya, sedih bila
saya tengok bangsa saya bergaduh sesama sendiri, (bila agaknya mereka nak
bersatu ye ?) dan bertambah-tambah sedih sebab dalam perjalanan pulang dari
kampung kami singgah satu surau yang terletak di tepi jalan raya untuk solat
maghrib, jemaahnya cuma 3 orang, campur suami dan dua anak lelaki kami serta
saya dan anak perempuan, ada seorang lagi makcik yg dah berusia, jadi semua
9 orang. Alhamdulillah, kami dapat berjemaah di surau yang baru dicat tersebut.
Selesai solat anak lelaki yang darjah lima itu berkata; " Kesian pakcik tu, semua
dah tua, ada satu pakchik tu solat duduk sebab dah tak larat. Sunyinya surau ni,
mana semua orang pergi ye? "
Entah......yang pasti ada rasa sedih meyelinap dihati sebab kita semakin lupa
untuk berada ditempat yang sepatutnya kita berada, tempat yang sepatutnya
semua anak-anak muda berkumpul, tempat yang dijanjikan Allah sesiapa saja
yang hatinya terpaut di tempat tersebut maka Allah beri perlindungan pada hari
yang tiada naungan baginya selain dari naungan Allah. Alangkah bahagianya
jika semua anak muda dan para belia sentiasa berusaha untuk berada ditempat
tersebut...........
Dan pagi ini, rasa sedih itu bertambah bila sorang kenalan menghantar berita
kematian suaminya yang telah lama menderita kanser hati. Sesungguhnya dari
Allah kita datang kepada Allah kita pergi. Sedihnya kita yang hidup ini sering
terlupa bahawa suatu waktu kita akan dipanggil pulang tempat yang paling
abadi.............
11 comments:
memang menyedihkan
surau dan masjid di pandang sepi
ishhhhh, sedih yg maksima
Assalamualaikum,
masjid sekarang dibina untuk bermegah2... perhiasan... untuk dilawati...risau...
Sedih dan risau gak akan bencana yang menimpa asbab orang islam ni lbh suka lepak d jalanan drpd d masjid dn surau.. bencana yang menimpa asbab orang islam ni lbh suka lepak d jalanan drpd d masjid dn surau..
Apa khabar notasisi via notahati...!
WBH,
dipandang sepi terutama oleh golongan muda mudi
Naeblog,
tulah yang sedihnya,tidak dimanfaatkan sepenuhnya....
merah_s,
oh, moga2 kasih sayang Allah menjauhkan kita dari segala bala bencana
Bukit Rangin,
khabar baik :)
Assalamualaikum kak norsha,husnu zann.. mungkin depa pakat pi 'bersih' kut ramai2..jadi surau sunyi la sket..insyaAllah lepas tu akan kembali meriah...
Innalillahiwainnailaihiroojiunn...
Takziah untuk keluarga arwah..
Fida,
InsyaAllah...lepas ni kembali meriah....
untuk bersatu kita mesti kembali pada yang SATU
teringin jugak nak enjoy2 masa muda dan menunggu masa tua untuk menghabiskan masa di masjid.. tapi malangnya mati tak kenal usia... hurm...
boleh je nk enjoy, enjoy kat masjid !
takziah dr sy....
sebenarnya,perasaaan ini adalah untuk keampunan dr Allah...
Post a Comment