Sudah lama aku menunggu
bertemumu..... kekasihku
sejak kali terakhir kita bertemu
setahun yang lalu.....
masihkah kau ingat padaku?
tunggulah, seminggu lagi aku datang
sudahkah kau siapkan segalanya?
persalinan terbaikmu buat bertemu Yang Satu
sudahkah kau hamparkan?
sejadah kasih buat bersujud
dan kitab cinta itu di mana kau letakkan?
sudah dibuka atau masih saja disimpan di almari kaca
kamar hatimu apakah telah terbuka saban hari
menanti aku datang dengan barokah janji yang pasti
bagaimana tidurmu?
masih lena atau kau sering terjaga?
kerna nanti kau perlu temani aku mencari bahagia
Sayangggg..................nanti bila aku datang
sambut aku dengan sujud syukur dan solat malam
dan jangan kau lupa membisikkan
Ahlan wa sahlan.....ya ramadhan
Selamat kembali, kekasihku yang penuh keberkatan......
12 comments:
mmg mendalam,,,moga Allah ketemukan dgn "syg"ku,,,insyaAllah
Assalamualaikum cikgu :)
Umu jarang sukakan puisi kerana mungkin umu "budak math".
Dan umu jarang faham apabila suami memuji cantiknya bahasa sesuatu ayat itu kerana tidak tahu di mana cantiknya.. :D
Tapi...untuk puisi cikgu yang ini..umu faham dan umu sukaaaa.
Jazakillah atas ingatan yang penting di dalamnya :)
indahnya puisi... terima kasih cikgu atas ingatan..
ps/:apa kata cikgu terus hantar puisi ni masuk contest....
mari berpuisi
Allahuakbar...Indah sekali bahasanya kak. Hingga tertusuk jauh ke dalam sana..
Assalamualaikum kak,indah dan puitisnya bahasa menikam sukma dalam jiwa,ambil iktibar dan ibrah dalam setiap kata.:)
Abu zarim,
insyaAllah, nanti ketemu dgn 'syg'mu
Umu,
nak ingatkan diri sendiri juga...
Fuad,
kontes tu?hurm....nantilah cikgu fikirkan....:)
Afida,
moga terus tertusuk dihati...
Marina,
erm...moga ada manfaatnya utk semua
Semoga ramadhan juga rindu pada saya. Tapi saya mungkin tidak betah dirindui. :|
Kak, carikan saya insan yang boleh membimbing boleh?
menusuk hati,
ya,ya..sama2 berkongsi kekasih dibulan yg mulia....
Penchenta,
Allah....beratnya permintaan, akak doakan yg terbaik buatmu, InsyaAllah sampai masa bertemu juga insan yg boleh menjagamu....
sy telahpun selamat menge'tag' cikgu.. (rosak bahasa saya kerjakan.. maafkan sy cikgu.. ) (",)
Assalamualaikum...
Sambutlah ianya dengan penuh hormat dan sajikan ia dengan istiqamah..
salam..
selamat menyambut ramadhan yang mulia buat tuan punya blog...
Tn razak
InsyaAllah, sama2 kita sambut bulan yg berkat......
Sekamar rindu,
selamat menyambut ramadhan kepada anda juga....
Post a Comment