Saturday, July 30, 2011

Pesona Dunia

Kadang waktu
dunia begitu menikam kalbu
segala godaannya ada waktu tetap mengganggu
bila bicara tentang wang puluhan atau ratusan ribu
atau mobil mewah meluncur laju
juga jenama mahal di kolar baju
sekalipun terkadang kita mahu saja ia berlalu
dunia dan segala pesonanya tetap menghambat tanpa jemu.....

Akupun ada waktunya dirantai pesona
melihat rumah besar tersergam bagai istana
atau melihat kilauan emas menyinar mata
bila saja ada orang bercerita tentang bisnes yang untung juta-juta
atau saham dunia yang kian meningkat harga
sungguh aku bukan manusia kaya
aku cuma insan biasa tanpa pangkat atau takhta
dan  sejak dulu tetap kekal sederhana
sederhana yang bahagia
tapi ada waktu dunia dan keindahannya begitu mempesona
hingga aku lupa bahawa keindahan syurga
lebih indah, lebih membahagia
sedang pesona dunia
cuma sementara......  cuma seketika

Moga-moga ramadhan yang bakal tiba
tidak membuai kita dalam pesona dunia
hingga kita lupa segala tawaran hebat dijanji olehNya
untuk direbut dalam tempoh sesingkat cuma

Seketika ini..............
mari kita lupakan segala pesona dunia yang menggila
mari kita rebut sebanyak mungkin ganjaran pahala
sementara punya waktu dan kudrat tenaga..........

Selamat berpuasa buat anda semua......................

9 comments:

fuad ansari said...

sama2 kita jadikan Ramadhan sebagai bulan yang dapat menampung segala kekurangan amal kita pada bulan2 yang lain..

Selamat berpuasa cikgu.. Jangan lupa selitkan doa buat diri saya tatkala cikgu bangkit di malam hari ye.. (",)

al-lavendari said...

"sedang pesona dunia
cuma sementara...... cuma seketika"


benar sekali .. namun begitu jangan pula ditinggalkan terus !

Afida Anuar said...

Dunia...tak habis-habis menggoda.
Moga iman di dada cekal sehabisnya.
Untuk menangkis godaan sehebat dunia.
Salam ramadhan buat kak norsha sekeluarga;)

Norsha said...

fuad,
selamat berpuasa dan selamat beramal ye...doakan cikgu juga...:)


Al lavendari,
InsyaAllah tidak ditinggalkan kerana dunia jambatan menuju akhirat...selamat berpuasa uncle...


Fida,
Salam ramadhan juga buat nona manis ni, moga ramadhan kali ni yg terbaik buat kita...

Abd Razak said...

Assalamualaikum..

Terkadang kita bagaikan terpukau melihat kebendaan di dunia. Namun, bila mengenangkan keadaan Nabi s.a.w. hidup dalam keadaan sangat sederhana maka ia mendorong untuk memadam segala pukauan itu...

Selamat berpuasa..

Unknown said...

doakan sy supaya tidak terjebak dari penyakit ini.

semoga Allah permudahkan...

selmat menyambut ramadhan al-mubarak..

Pencacai Alim said...

jadikan ramdhan kali ini lebih baik dr ramadhan sebelum2 ini..

Norsha said...

Tn Razak,
jauhnya beza kehidupan kita & kehidupan baginda


APK,
sama2 berdoa moga kita semua dipelihara Allah


Pencacai Alim,
InsyaAllah, amin.....

Norsha said...

Tn Razak,
jauhnya beza kehidupan kita & kehidupan baginda


APK,
sama2 berdoa moga kita semua dipelihara Allah


Pencacai Alim,
InsyaAllah, amin.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...