Nampaknya takde rezeki untuk saya menang dalam pertanding pantun yang
dianjurkan oleh Tuan al-lavendari tu.Hahaha.....memang dah agak dah sebab
orang yang menyertainya hebat-hebat belaka. Takpe, takpe, tak menang tak
mengapa asalkan mencuba. Dah cuba baru tahu sebenarnya belum cukup ilmu.
Kih...kih...kih...Walaupun tak menang saya tak malu untuk mengaku saya memang
minat dengan pantun melayu. Minat sangat sampai jadi fanatik tu tak de la.
Sebenarnya semua genre sastera Melayu saya suka seperti puisi, syair, pantun,
cerpen, novel, seloka. Dulu-dulu masa muda remaja berangan jugalah jadi penulis
ke, penyair ke, sudahnya angan-angan tinggal angan-angan, tapi sejak ada blog
ni rasa macam nak jadikan balik angan-angan tu satu kenyataan
(hahaha....berangan lagi !).
Pantun adalah simbol kekreatifan orang dulu-dulu menyampaikan isi hati mereka
samada sedih, gembira, lucu atau ketika berhajatkan sesuatu. Sebab itulah ada
pantun jenaka, pantun nasihat, pantun budi, pantun orang berkasih, pantun
merisik,pantun meminang mahupun untuk mengata orang. Pantun juga ada
banyak kerat samada 1 , 2, 4, 6, 8, 10 mahupun 12 kerat. Pantun yang
dikerat-kerat tak tahulah pulak ada ke tidak. Kena tanya pakar bahasa. Pantun
yang baik mempunyai baris yang seimbang dengan ritma yang sama ditengah
dan dihujung baris.
Pantun dulu-dulu kaya dengan kehalusan bahasa dan maksud yang mendalam.
Ada banyak pantun lama yang saya suka contohnya :
Tuai padi antara masak
Esok jangan rindu-rinduan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
(tapi mengintai atau skodeng dalam maksud sebenar adalah perbuatan yang
dilarang sama sekali, kalau tertangkap risikonya pecah kepala atau lebam
bijik mata dan juga haram hukumnya di sisi agama tapi kalau mengintai orang
tengah bagi tazkirah tak de hal punye)
Ada juga pantun lama yg saya tidak begitu setuju dgn maksudnya (jangan marah
ye cikgu bahasa, peminat pantun atau sapa2 yg kerja dengan Dewan Bahasa ).
Contohnya pantun ini;
Tanam pinang rapat-rapat
Biar senang puyuh berlari
Kupinang-pinang, pinang tak dapat
Ku pujuk-pujuk ku bawa lari
(Apa ke hal sampai nak bawak lari anak orang? Kalau dah pinangan tu ditolak
terima jelah hakikat takde jodoh, takyahlah nak bawak-bawak lari, ingat anak
patung ke ? Adalah sebab pinangan tu ditolak, mungkin tak mampu jadi imam
lagi kot ?)
Satu lagi pantun ;
Nasi lemak Buah Bidara
Sayang Selasih hamba lurutkan
Buang Emak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan
(Oh, sungguh tak patut seorang anak membuang emak dan saudara mara
semata- mata percaya pada janji kekasih. Tentulah hancur luluh hati siibu jika
diperlaku sebegitu. Harap-harap janganlah ada anak gadis mahupun anak
teruna yang bertindak sedemikian rupa)
Itu adalah dari sudut pandang saya, seorang yg bukan pakar bahasa. Anda
mungkin tidak bersetuju dengan saya, tidak mengapa, tetapi sebagai peminat
pantun saya tetap mengkagumi baris-baris ayat yg sangat indah dan bersahaja
dalam pantun-pantun tersebut.
Untuk anda yg ada masalah kewangan dan bercadang meminjam dari
kawan-kawan atau saudara mara, bolehlah gunakan pantun ini untuk mengayat
mereka, mana tahu sesekali 'dipantunkan' , bolah cair juga hati dibuatnya;
Kalau tuan menanam padi
Tanamkan saya padi bukit
Kalau tuan orang berbudi
Pinjamkan saya sedikit duit
Amacam, ada berani nak cuba?
pantun, pantun juga tapi jangan over, zikir lebih utama....
8 comments:
haha.. ulasan tersurat dan tersirat..
TERBAEEEK!!!
hmmmm tak berani la kak norsha...usahkan nk meminjam duit, nk minta balik hutang lama pun xterluah rasanya mulut ni...
Fida setuju kak...ada pantun kita boleh ambil pengajaran... ada pantun yang langsung kita tak boleh ambik...setakat baca je boleh la, spt yang kak norsha tunjuk tu;)
boleh try pakai nih...huhu
NaeBlog,
tersirat dan terjerat....
Cikgu Sue,
acu cuba try test....
Fida,
baca utk suka-suka...
saleem wahab,
trylah...tgk ada tak org nak bg pinjam
eh.. mcm menarik ja pantun tu,
klu ada org yg bg pantun tu kt saya,
saya akan jawab mcm ni...
terimalah.
Padi bukit sudahpun mati,
dimakan pula si labu labi,
saya bukan sahaja berbudi,
bahkan hensem orang memuji.
singgah berehat di Notasisi,
setelah berlayar di Lautan Rabbani,
jgnkan duit saya memberi,
kereta BMW saya bagi free.
sekian,
amacam, ada berani nk cuba? ^_^"
Usah mengata usah menghentam..
Takut kurangnya sinar kebaikan..
Usah berkata hendak meminjam..
Takut terlupa hendak jelaskan..
(jarang sungguh dapat balik duit yang dipinjamkan... (",))
Pelaut Rabbani,
Pagi-pagi dah masak kari
Masak dengan sijantung hati
kalau BMW nak bagi free
memanglah tuan baik punya hati
Pergi ke hutan bersama teman
hendak mencari buah senduduk
memanglah hutang perlu dijelaskan
takut diakhirat masih dituntut
Post a Comment