(coretan pesanan untuk diri sendiri,juga untuk sesiapa yang sudi membaca dan menghayati......)
Friday, July 15, 2011
Nak masuk bertanding
Saya memang minat dengan pantun-pantun ni, emm, orang Melayulah katakan.....
Kalau bukan kita yang nak sayangkan khazanah bangsa kita, siapa lagi? Dan
oleh kerana Fuad kata saya berbakat, maka teringinlah juga menyahut
cabarannya untuk masuk bertanding Pertandingan Berbalas pantun yang
dianjurkan oleh tuan tanah al-lavendari yang dah dua minggu berlangsung dan
akan tamat esok pagi. Nampaknya saya terlewat, tapi takpelah, janji saya
cuba, menang kalah tu lain kira, yang penting saya cuba. Ini pantun yang perlu
dijawab:
i) Anak sepat didalam sawah
Elok dimasak dengan pegaga
Bila dah dapat gading bertuah
Tanduk hendak letak dimana
Saya jawab;
Anak Sepat tangkap di sawah
Untuk hidangan diwaktu dingin
Bila dah dapat gading bertuah
Tanduk diberi pada yang lain
ii) Pisang emas masak sesikat
Masak pulut janganlah hangus
Sudah kemas perahu kuikat
Mengapa hanyut dibawa arus?
Saya jawab;
Pisang emas masak sesikat
Masak bersama sibuah mangga
Biarpun kemas perahu diikat
Arus yang deras terlerai juga
iii) Anak Senangin anak tenggiri
Masuk ke kelong mengelak pukat
Jika tak ingin dijadikan isteri
Kenapa diusung merata tempat
Saya jawab ;
Anak senangin anak tenggiri
Selesa berenang di Sungai Kobat
Memang tak ingin dijadikan isteri
Sengaja nak tunjuk diri tu hebat
Sekianlah dulu, harap-harap penganjurnya Tuan Al Lavendari tertarik dengan
pantun saya. Andai menang, hadiah tu bolehlah buat belanja raya hehehe.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
mmg terbaiklah cikgu.. sy dah agak cikgu mmg berbakat...(",)..
go...go...kak norsha....!!
x cikgu fuad...cikgu norsha la no 1 ni...cikgu sue? xde bakat...d bakat menyokong kawan2 je/...hihihi.. ^_^b
terima kasih banyak norsha. saya pun tak sangka ramai yang minat kat pantun.
dan saya sangat setuju dengan kenyataan awak berikut ..
"Kalau bukan kita yang nak sayangkan khazanah bangsa kita, siapa lagi?"
saya sudah senaraikan penyertaan norsha di no 23.
salam..
terbaek la kak...:)...
cahiyok!.chaiyok!
Fuhyooo kak norsha, kagum jap fida baca;)
Assalamualaikum...
Bakat terpendam..:)
Fuad,
bakat sikit-sikit je
Cikgu Sue,
ada bakat jugalah tu...
al-lavendari,
bagi saya juara ye...:)
Hidayu,
chaiya! chaiya!
Tuan Razak,
terpendam dan terendam...
WOW. :D
best la pantun die,,,hihihi,,,
Bez2...
cikgu norsha memang cikgu BM ke...
semoga duit cikgu dpat...
Penchenta:
...:)
Abu Zarim,
biasa2 je tu...
Rumah Tua,
^_^
APK,
tak, guru kira-kira....
Post a Comment