Friday, July 8, 2011

Macam-macam gila

Dalam dunia ini ada macam-macam gila. Gila duit, gila harta, gila pangkat,
gila kuasa, gila talak, gila bayang, gila seks, gila judi , gila isim, gila meroyan,
opps...........gila babi pun ada.Kenapa orang jadi gila?emm..........sebab mereka
tak waras dan orang tak waras selalunya tak sedar perbuatan mereka itu salah
atau boleh mengancam orang lain. Pernah tak terfikir mengapa perkataan gila
selalu digandingkan dengan perkara-perkara negatif seperti yang disebut di atas?
Ooo....sebab orang gila jelah kot yang buat benda2 negatif , orang waras
buat benda berfaedah. Takpe, nanti kita tanya guru Bahasa Melayu.

Cuba kita fikir kenapa orang yang suka pergi masjid di panggil kaki masjid.
Kalau disebut gila masjid, janggalnya bunyi. Nampak tak, kalau kita suka
solat, suka mengaji, suka berdakwah, suka kepada usaha ke arah agama,
suka bantu orang, suka dengar ceramah atau dengan kata lain suka buat
perkara yang baik, ia tidak dikaitkan dengan gila kerana bunyinya tidak sesuai.
Sebaliknya jika perkara-perkara yang tak elok selalu digandingkan dgn
perkataan gila.

Maksudnya kalau tak mahu termasuk dalam kategori gila, maka janganlah
kita buat perkara-perkara yang negatif, tak gitu?

"Wow, seksi gileeerrrr.............!"
Tempik  seorang anak muda kepada seorang gadis yg pakai ketat dan sendat.

Haah, sudah..... siapa yang gila ?

8 comments:

cikguNae said...

hihi... sokong!!!

kinakona said...

hehe
betul2

hidayu samsudin said...

betul2,,best2...heheh

Unknown said...

salam cikgu? btul tu kak...baik buat apa yg Allah suka...Insha Allah terpelihara

CS said...

kaki masjid.... =)
mcm d maksud tersirat kan?@ mungkin kebetulan ke...sahabat r.a dulu kalau g masjid akan jalan kaki...langkah kecil2...nk dapat pahala bnyak2...

Afida Anuar said...

a'aa, betul la kak norsha, kalau gila digandingkan dengan yang baik2 tu memang tak sesuai, haihh, kenapa tak terpkir selama ni eh.. hehehehe

fuad ansari said...

ironinya.. (",)

kalau gila akal secara dasarnya, maka akan terlepas dari amal2 agama seperti berpuasa, bersolat dll..

tp kalau gila duit, gila perempuan dll, tetap jugak tak terlepas dari amal2 agama..

makanya gila tu gila jugak.. tapi jgn lupa untuk amal agama.. mudah2an akhirnya amal agama akan mengurangkan dan menghilangkan sifat gila tersebut.. (",)

Norsha said...

fuad,
mudah-mudahan, setiap penyakit ada ubatnya termasuklah penyakit gila...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...