Tuesday, March 22, 2011

Thank you for listening......

Seorang teman baikku, datang ke sisiku dan mula meluahkan rasa.
Biasanya aku akan tinggalkan seketika kerja-kerjaku ketika itu
dan mula mendengar luahannya. Kira-kira 20 minit kemudian, sebelum
dia bangun dan berlalu, dia berbisik perlahan "thank you for listening....."

Pernahkah dalam hidup korang, ada ketikanya korang rasa sangat down,
tertekan, fikiran buntu dan ketika itu korang rasa seperti i need somebody
beside me to share my sadness? Tentu pernah bukan. Apa korang buat
bila korang dalam keadaan seperti itu? Cari kawan yang boleh tolong
dengar masalah kita ?

Sebagai  manusia biasa, ada ketikanya kita melalui saat-saat sukar dalam
kehidupan kita. Di saat-saat seperti itu alangkah bagusnya bila ada teman
yang dapat mententeramkan perasaan kita. Teman yang buat seketika
dapat meminjamkan telinganya utk mendengar segala keresahan dan
kedukaan  yang bersarang di jiwa. Dan tentunya beruntung sekali bila orang
yang mendengar itu dapat pula memberi kata-kata semangat untuk kita kembali
ceria.

Sebenarnya, sebagai seorang muslim, kita telah ditunjukkan cara agar ketika
jiwa berasa sempit, hati merasa sakit dan perasaan terhimpit, mengadulah
terlebih dahulu kepada Yang Maha Adil. Dialah Allah tempat kita meminta,
mengadu segala suka dan duka, memohon segala hajat dan keinginan membara.
Dia yang memberikan kita ujian, Dia jugalah yang akan menunjukkan kita jalan.
Dan kita sebagai tanda kehambaan, haruslah menadah tangan memohon
pertolongan kerana Allah sangat suka mendengar rintihan dari lubuk hati
hambaNya yang beriman.

Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.....

"Berdoalah kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonanmu"
                                                                           (Surah Al Mu'min:ayat 60)

Sahabatku sekalian,
Kita manusia biasa, tentunya dalam hidup kita, kita tetap perlukan teman
pengubat jiwa, penghibur di kala duka. Apabila ada temanmu datang meluah
segala gelodak di jiwa, tiada salahnya kita duduk mendengar untuk seketika.
Barangkali itu dapat meredakan ketegangannya, melapangkan segala kesempitan
perasaannya....

Selalunya bila ada temanku datang meluah perasaan, aku cuba sedaya upaya
untuk mendengarnya kerana bagiku dia telah memberikan aku kepercayaan
dan apalagi yang berharga dalam sebuah persahabatan selain dari
kejujuran dan kepercayaan?

Akupernah dihubungi oleh seorang teman lama yg sangat tertekan dengan
hidupnya yang penuh ujian.....beberapa lama bergayut di talian, akhirnya
sebelum menutup bicara dia berkata dengan nada perlahan,
 "....sorry for disturbing you, i really need somebody to share
   my feelings....thank you for listening....."



..............if you are willing to tell, I am willing to hear......................

5 comments:

Wafi said...

yang terbaik ialah bila ada masalah... kita cari Yang Maha Mendengar dulu.. solat dua rakaat.. doa luah perasaan.. baru kia luah perasaan pada kawan, isteri, suami, ayah, mak...

mas blogger said...

Hanya Allah sahajalah tempah saya meluahkan segala masalah.....kerana Allah s.w.t adalah kaunselor yang maha hebat unt diri kita

Unknown said...

Hanya Allah sahajalah tempah saya meluahkan segala masalah.....kerana Allah s.w.t adalah kaunselor yang maha hebat unt diri kita

Ismi Ijmi said...

teman mengutuk ramai9, teman back-up sikit,

teman nak minta tolong ramai, teman nak tolong sikit,

teman bermain ramai, teman nak luah rasa ni.... xdek,hehe

tapi bak kata Zain Bikha ~ "Allah Knows"

Norsha said...

wafi dan mas,
benar..benar...apa2pun ngadu Allah dulu sebelum ngadu kat manusia

Mutalib,
mmg mcm tulah, teman ketawa ramai
teman menangis sikit
teman nak luah rasa...Insyaallah, ada...belum jumpa lagi kot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...