Kata seorang pembayan(penceramah):
" ....kalau wanita tiada fikir atas agama, mereka akan fikir atas dunia,
bila mereka fikir tentang dunia saja, lelaki akan terima padahnya
tapi bila mereka ada fikir tentang agama, lelakipun akan dapat
manfaatnya. Sebab itu, sangat penting untuk wanita ada fikir atas
agama....."
Betul kah? Mari kita baca cerita sebenar yang diceritakan sendiri kepada
penulis oleh seorang insan bernama wanita........
Wanita ini, ibu kepada 3 anak yang masih kecil memberitahu penulis:
"Dulu suami saya rugged dan agak rock. Hidup kami sebelum ni tak macam ni,
suami saya walaupun solat tapi tak penuh, main ikut suka, rasa nak solat, solat,
kalau tak sempat, tak buat...maklumlah sibuk dgn urusan bisnes selain sibuk juga
dengan aktiviti sampingan seperti konvoi motosikal besar, ahli kelab bla....bla......
Masjid surau pun tak pernah pergi kecuali hari jumaat. Lama kelamaan sebagai
isteri rasa susah hati sebab suami tak kenal dengan orang masjid, buatnya mati
awal sapa pulak nak uruskan jenazah kami, jadi saya start beli buku agama yang
ringan-ringan, beli tape ceramah agama pasang dalam kereta dan tak lupa doa
untuk suami agar Allah bukakan pintu hatinya untuk terima hidayah di samping
pujuk dia supaya dekat-dekatkan diri dengan masjid. Suatu hari, ketika
suami sedang makan di sebuah warung (berseorangan ketika itu),
sekumpulan jemaah datang makan dan duduk disebelah mejanya.
Tiba-tiba suami tergerak hati untuk bertanya dari mana mereka datang dan
apa mereka buat, jemaah pun jawab dan ajak suami datang kat masjid di sebelah
petang. Memeranjatkan kerana suami yang sebelum ini liat nak ke masjid,
tiba-tiba rasa senang nak ke masjid lepas asar dan terus ikut jemaah buat gaz.
Terpinga-pinga kerana itu pertama kali ikut jemaah jumpa orang. Balik ke rumah
suami bagitahu keterujaannya dapat pengalaman baru...sesuatu yang tak
pernah dibuatnya sebelum ini walaupun dalam hidupnya biasa jumpa ramai orang
kerana urusan bisnes tapi kali ini memang lain dari yang lain. Esoknya si suami
rela hati tanpa dipaksa isteri untuk duduk dalam program jemaah tersebut......."
Barangkali kerana fikir isterinya yang 'sedikit' itu dan keikhlasan doanya telah
menyebabkan Allah memberi hidayah kepada si suami yang sebelum ini ambil
mudah tentang agama. Semenjak peristiwa itu si suami sentiasa membahagikan
masa antara rumahtangga, perniagaan dan usaha agama tanpa ragu-ragu .....
dan ketika artikel ini ditulis si isteri memberitahu suaminya sedang mengumpul
wang untuk ke England selama 4 bulan...nak ikut jemaah buat usaha agama
di sana ......moga usaha beliau dipermudahkan Allah.
Kesimpulannya, mana-mana lelaki yang kadang-kadang diperingatkan isteri
tentang tanggungjawab kepada agama janganlah rasa ego taknak terima nasihat
isteri kerana isteri yang solehah bukan saja inginkan suaminya menjadi lelaki
hebat di sisinya tetapi hebat juga di sisi Allah .....
Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan...........
7 comments:
wowww, kagumnya, tumpang bahagia :-)
betol2.. jangan sombong.. kalau betul apa yang ditegur itu betul.. cubalah menerima dengan baik.. :)
wbh & wafi,
hidup ni memang kena saling ingat mengingati,
sebab kita manusia tak sempurna sifatnya...
salam perkenalan cikgu....saya dari melaka...
ya, salam perkenalan mas....cikgu dr kuantan...
masyaAllah.semoga bkl zaujah sy ada fikir cmtu,hehe
asbab hidayat kan
Ibnu Mutalib,
insyaallah...insyaallah...moga2 dapat bagai dihajat
Post a Comment