Hari ini kena bawa 3 orang anak murid pergi Kuiz Pelaburan PNB di SMKBR.
Pagi-pagi sampai sekolah, anak-anak muridku yang baik dan menurut perintah itu
sudah menunggu di kantin.
"Okay, kita pegi library dulu, buat persediaan apa yang patut" arahku pada mereka.
Oleh kerana Kuiz mula pukul 10.00 sempatlah kalau nak bertolak pukul 9.00 pagi.
Di kuantan ni takdelah jem sangat. Jadi, dalam jarak 20km antara sekolahku dan
SMKBR masih boleh sampai dalam 20 atau 25 minit. Kuiz tu baru peringkat awal,
semua sekolah di Kuantan ambil bahagian, secara bertulis saja selama 1 jam.
Lepas habis kuiz, lebihkurang pukul 11.00 pagi ada jamuan makan di kantin.
Semua peserta dan guru pengiring boleh jamu selera. Wau! bestnya.....alhamdulillah
dapat makan free....oh, nasi minyak lagi. Apalagi, kami pun makan dengan
berseleranya., sambil-sambil tu tengok kat keliling kantin.
Mulakan dengan Bismillah, akhiri dengan Alhamdulillah.
Wah, bagus betul kantin ni! Siap tulis peringatan ( besar pulak tu) supaya tak lupa doa makan.
Lepas makan, aku teringat pada anakku yang ada di rumah (tak pergi sekolah ari ni sebab
demam, sikit saja tapi dah doktor bagi mc....) . Kalau beli sebungkus, bagus juga ,
boleh bagi kat anak, kataku dalam hati.
So, akupun pergi bagitahu kat budak kantin tu nak bungkus satu nasi minyak.
Diapun bungkus, bila aku nak keluarkan duit untuk bayar, dia kata ;
"Takpe, takpe cikgu.....tak payar bayarlah"
"Ehh...apa pulak tak payah bayar....saya nak beli ni, bukan nak free..."
"Betul....tak payah bayar, ni satu lagi saya bagi kat cikgu..."
Ya Allah, dahlah tak payah bayar, bagi free lagi satu! Subhanaallah.....
Eh, apasal diorang ni baik sangat hah? Takpelah, dah dia nak bagi ambikjelah....
So, betullah rezeki tu di tangan Allah, kadang-kadang dalam hidup ni kita akan
dapat rezeki yang tidak diduga.....
Untuk pakcik kantin dan pekerjanya yang baik hati tu, aku doakan mereka murah
rezeki dan terus dapat kontrak lagi untuk tahun depan.
On the way balik ke sekolah, aku singgah Seven-E dan belanja anak muridku snek
yang sedap dan digemari ramai.
" Wau!....cikgu belanjalah .....terima kasih cikgu................"
Aku senyum dan jawab "Alah, sikit je tu.............."
Kalau orang tak berkira dengan kita, apa salahnya kitapun tak berkira dengan orang lain....
Ya Allah, jauhilah kami dari sifat kikir dan kedekut......................
8 comments:
salam kak,
benar sesangat kan kak....
ap yg kita dpt,apasalahnya dikongsi2...
istiqomah sedakah
salam
woww
rezeki bergolek, alhamdulillah, tiba2 rasa lapar
sungguh rezeki anak adam telah tertulis.... :)
banyakkan solat dhuha...
salam semua,
benar, benar, benar....
kena istiqomah sedekah, insyaallah rezeki dtg bergolek, mmg Allah dah tulis rezeki kita sbb tu kita kena bykkan solat dhuha utk murah rezeki...
moga rezeki kita lebih murah lagi waktu akan dtg..amin
ade budak kipsas nak pakai purdah gi taalim kat sana...tulung ikram yer. ramai lagi tu yg minat. sume bakal2 ustazah.
Salam...
MasyaAllah, cikgu rupan2ya.
saya cikgu pencen awal....hehhe
akuhuduh,
insyaallah saya cuba ikram bila jumpa nanti
aliaazuan,
wah, bestnya dapat pencen awal
saya lambat lagilah...
Post a Comment