Suatu Petang, anak perempuanku yang berumur 10 tahun bertanya kepadaku
tentang bidadari.
"Bidadari tu apa, umi? Manusia ke?"
Oleh kerana aku tempat rujukan anak-anakku, maka aku cuba menjawab sebaik
mungkin berdasarkan pengetahuan yang aku ada.
"Oo...bidadari tu penghuni syurga. Caantiiiik sangat, lebih cantik dari mana-mana
wanita tercantik kat dunia ni...wajahnya bercahaya, kulitnya putih bersih, matanya
bersinar, baunya harum... kalau seorang saja dari mereka datang ke dunia ini,
keharumannya akan memenuhi antara langit dan bumi..."
"Wah...mesti semua orang terpegun melihatnya..!" Anakku menunjukkan
keterujuaannya.
"Sebenarnya tak ada siapapun pernah tengok bidadari tu, sebab bidadari
tu duduknya di syurga. Bidadari tu dicipta oleh Allah untuk orang lelaki
yang soleh kat dunia ni."
"Oo...kalau macam tu, abah nanti dapat bidadarilah kat syurga? Eh...Umi
tak jeles ke." Anakku bertanya lagi.
"Emm...Taklah.....sebab nanti kat syurga tu umi akan jadi ratu kepada segala
bidadari tu"
"Eh!.....macam tu ke?" Anakku kehairanan. Budak lagi, mana nak faham.
Ahaa...kalau kanak-kanak yang berumur 10 tahun sudah menunjukkan
keterujuaannya apabila mendengar tentang bidadari, apatah kita yang sudah
dewasa ini.Betul tak?
Oo...aku tidak berbohong kepada anakku tentang bidadari itu. Dalam satu
hadis yang pernah kubaca, ada menyatakan mafhumnya bahawa tutup kepala
salah seorang bidadari syurga itu lebih baik dari dunia dan seisinya. Bidadari
juga dikhabarkan mempunyai sifat yang sangat pemalu sehingga mereka
tidak pernah melirikkan pandangan kepada mana-mana lelaki kecuali kepada
suami mereka sahaja.
Emm....itu bidadari di syurga, di dunia ni ada tak bidadari?
Ada. Siapa ? Kitalah. Begini, kitapun boleh jadi bidadari kepada suami kita
di dunia ni. Macam mana? Kita taat padanya, kita gembirakan hatinya, kita
layan dia dengan layanan yang terbaik, kita tenangkan hatinya di kala dia resah
gelisah, kita bantu ringankan bebannya ketika dia kusut dengan masalah dan
yang terpenting kita bantu dia untuk mengukuhkan imannya serta agamanya.
Janji Allah, seorang isteri yang solehah kepada seorang suami akan kekal
menjadi ratunya di syurga di samping bidadari. Apa lagi? Taknak ke kita cuba
rebut peluang ni?
Ada juga tawaran yang Allah bagi kepada kaum Adam di dunia ni.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda, Allah s.w.t berfirman:
"Aku siapkan bagi hambaKu yang soleh sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh
mata, tidak pernah di dengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh
fikiran." [Hadis riwayat Bukhari & Muslim]
Wahai kaum adam di luar sana, baik yang masih muda teruna mahupun yang
sudah berumahtangga, tidakkah anda teringin merebut ganjaran ini yang telah
dijanjikan oleh Allah? Andai anda perbaiki diri anda menjadi lelaki soleh,
akan lahir pula ramai wanita solehah kerana suami yang soleh biasanya
berupaya membentuk wanita yang biasa-biasa kepada wanita yang solehah
selepas perkahwinan mereka.
Meminjam kata-kata seorang blogger muda yang sedang femes, seorang lelaki
yang hebat tidak dinilai dengan siapa wanita yang dikahwininya tetapi dinilai
kehebatannya dari bagaimana wanita itu selepas dikahwininya. Yer dok?
Ya Allah, bantu aku menjadi bidadari terbaik di hati suamiku.........
14 comments:
MasyaAllah, nasihat yang baik buat anak kak
Subahanallah,mard pun nak jadi bidadari..di dunia dan syurga...mard musuh utama bidadari y bernama ainul mardhiah tu..hihihi..
nk kena compete amalan lah jawabnya sampai ke syurga(",)doakan mard kak.
Hmmm teruja membaca post ni~~~ isu bidadari adalah isu yg boleh membuatkan kecemburuan bertukar air mata...hihihi...tp tu janji Allah kan utk lelaki soleh...InsyaALLAH moga CS layak di pandangan mata Allah utk jd ketua bidadari~~~
nak...nak...sayapun nak jadi bidadari
Seronoknya jadi bidadari. :)
Allah. Indahnya syariatMu. :')
Alahhh.
Baru 10 tahun ke.
T_T
Ibnu Mutalib,
Naluri nk tahu budak2 mmg tinggi
mak ayahpun kena ada ilmu tinggi jugaklh
Mard,
Bagus.. bagus bila ada niat nak bersaing secara sihat ni, insyaallah nanti sampai juga hjt nk jadi bidadari...
Cikgu Sue
Hmm...dulu2 cemburu gak masa baru kawin, bila suami selalu sebut pasal bidadari kat syurga tu tapi la ni takde la dah kot...jom buat azam nak jadi lebih baik dr bidadari tu
Cik Anon,
Insyaallah boleh, kena buatlah...
PENCHENTA,
Oo...mestilah seronok, nikmat terindah yang dijanjikan tuhan
Bijen,
Haah baru 10 tahun,
nak 20 tahun kena teropong kat luarla, pakai teropong canggih punya he..he...he
'harus di ingat juga rusuk bukan mudah untuk dibentuk'
Suka sgt kalau dgr cerita ttg bidadari n syurga.. rasa bertambah semangat nak buat amal..
Ingat lagi masa pertama kali keluar jemaah, pertama kali duduk majlis takril, dan pertama kali jugak dengar orang bercerita hanya tentang bidadari dan syurga selama hampir sejam.. Lain macam jadinya semangat nak buat baik..
semutzapi,
mmg benar bukan mudah nak bentuk
kaum wanita ni tapi kalau kena cara
dan gaya insyaallah berjaya...sekeras2 kerak nasi direndam air lembut juga(kata org dulu2 la)
Fuad,
moga2 semangat nak buat baik tu terus ada sampai bila2 ye
moga2 kak norsha akan terus diberi kekuatan.. amin...
ade lg ke perempuan mcm bidadari kat dunie nyh??? 1 dlm 1000000 la gamaknye......hehe
wafi,
aminnnnnnn..........
qia,
Insyaallah ada, ce cuba cari..ce cuba cari...
Post a Comment