(Entri ini sepatutnya ditulis sehari selepas keputusan SPM diumumkan
tetapi ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu....khas untuk anak-anak
muridku, bekas pelajar-pelajarku juga kepada remaja-remaja diluar
sana yang sedang melalui saat-saat terindah dalam hidup mereka.....)
Anak-anak muridku yang masih muda remaja,
Salam sayang kepada anda semua. Entri ini cikgu tulis khusus buat kalian,
sebagai pesanan juga satu luahan perasaan dari insan yang pernah hadir
seketika dalam hidup kalian. Pada hari kalian hadir untuk menuai hasil
usahamu selama 5 tahun di sini, kita tak sempat utk duduk berbual lantaran
kesibukan cikgu dan keterujaanmu bersama-sama teman-teman.
Oh, dah remaja rupanya kalian. Sewaktu mula-mula kita bertemu 5 tahun yang
lalu, kamu masih kanak-kanak comel yang masih mentah dan menurut perintah.
Lihatlah pantasnya masa berlalu, hari ini kamu telahpun membesar sebagai
remaja yang dalam perjalanan menuju ke alam dewasa. Bagaimana rasanya
melalui detik-detik remajamu yang selalunya dianggap fasa terindah dalam
hidup seorang manusia? Moga-moga dalam usia yang muda ini kamu akan
selalu dilindungi oleh Allah yang maha pengasih, diperteguhkan iman untuk
menempuh segala ujian, cabaran dan godaan yang mendatangimu tanpa
amaran......
Anak-anak muridku yang pernah kuberikan nasihat,
Masih ingatkah kalian tentang nasihat yang cikgu berikan tentang solat?
Masihkah tersemat dalam ingatanmu tentang jaminan Allah terhadap orang
yang menjaga solat diawal waktu dengan sempurna? Atau kamu sudah lupa
lantaran tipudaya dunia yang begitu mempesona? Ingatlah, walau di mana
dan bagaimana.....kamu tidak boleh sesekali meninggalkan solat.....kerana
solat itulah yang pertama sekali akan diperhitung di akhirat ....kamu masih
muda , tenagamu masih kuat, jiwamu penuh bersemangat, inilah waktunya
kamu mencari cinta Ilahi yang penuh berkat......Boleh saja kamu bergembira
dengan dunia remajamu tapi bila tiba waktu Dia memanggilmu untuk bersolat,
datanglah kepadaNya.....
Anak-anak muridku yang pernah kucurah ilmu,
Bertahun-tahun kamu menempuh alam persekolahan, mengutip pengalaman,
membina impian masa hadapan, tahukah kamu apakah ilmu yang bermanfaat?
Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang apabila kamu pelajari, ia membawa
kamu lebih dekat kepada Pencipta alam ini. Jadilah apa saja dalam kehidupanmu,
asal saja kamu tidak lupa pada yang Maha Pencipta.Asal saja kamu tidak lupa
tanggungjawabmu terhadap agama. Ambillah sedikit waktumu untuk duduk
melihat kebesaran Allah, sesekali dalam tutur bicaramu yang lancar itu,
berbicaralah tentang kebesaran Allah kerana apabila kamu selalu bercakap
tentang kebesaran Allah kamu akan dapat merasakan betapa kerdilnya kita........
Anak-anak muridku yang pernah kutanyakan tentang cita-cita,
Masih ingatkah kalian tentang bicara kita tentang hidup dan cita-cita? Apabila ku
tanyakan apakah cita-citamu, kamu yang masih muda itu menjawab tanpa
ragu-ragu. Kamu ingin menjadi orang berjaya, kamu mahu menjadi orang yang
kaya, kamu mahu segala-galanya......tiada salahnya, berusahalah, berusahalah
tanpa mengenal penat dan lelah, tanpa melanggar hukum agama, tanpa
menganiaya teman-teman seusia, dan setelah kau berusaha, berdoalah
kepadaNya kerana hanya Dia yang bisa memberikan apa yang kau pinta.
Andai apa yang kau impikan itu tidak kesampaian, jangan berputus asa
kerana pastinya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk mu......tapi tahukah
kamu siapa orang yang berjaya, siapa orang yang kaya?
Orang yang berjaya adalah orang yang dapat taat perintah Allah dan dapat
pula mengikut sunnah yang ditunjukkan oleh Rasullah s.a.w manakala orang
yang kaya adalah orang yang sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak pula merasa tamak dengan nikmatnya dunia.......
Anak-anak muridku yang sedang mencari cinta,
Masih ingatkah kalian tentang pesananku berkaitan cinta? Ingatlah.....Cinta itu
cukup indah lagi mengasyikkan, namun ia boleh membunuhmu dengan cara
yang paling halus....berhati-hatilah . Cinta itu juga mahal dan tidak boleh dijual.
Cinta itu fitrah insani, bukan untuk dipersenda atau dieksploitasi. Bukan juga
untuk kau jadikan tukaran duniawi. Ingatlah pesanku, jangan terlalu mudah untuk
jatuh cinta, kelak jiwamu parah merana. Usah terlalu mudah percaya kepada janji,
kelak hatimu mudah sekali untuk dilukai, bila kau temui insan yang kau sayangi,
mohonlah petunjuk dari Ilahi........
Anak-anak muridku yang tersayang,
Dari kejauhan ini, cikgu doakan kamu bahagia dengan hidupmu, moga kamu
selalu diberi petunjuk untuk memilih yang terbaik antara yang baik, jika suatu
waktu kamu tersasar, carilah jalan keluar, pohonlah keampunan dari Allah yang
Maha Besar, Yang Maha Pengasih dan juga Maha Mendengar.....
(semoga alam remajamu menjadi detik terindah dalam hidupmu....
menjadi kebanggaan ayah dan ibu lantaran lantaran teguhnya kamu
menjaga susila dan tingkahlaku dalam dunia yang semakin hilang sifat malu)
Salam Sayang dari Cikgu
13 comments:
:'(
saya rindu cikgu saya. saya nak peluk mereka. saya mahu ulang balik ke masa dulu. waktu duduk du dalam kelas mendengar leteran mereka. waktu menggigil bila satu persatu nama dipanggil untuk menjawab soalan di depan.
dahulu, kalau saya buat silap, ada mereka untuk betulkan.
kalau saya buat jahat, ada mereka untuk meleteri.
kalau saya tak tahu, ada mereka untuk mengajar.
Allah, ampuni dosa mereka, dan berkati mereka. :')
Saya sangat rindu ni. Huhu.
cikgu,
terima kasih cikgu...
Insyaallah saya ingat pesan cikgu
terima kasih cikgu(baca:nada budak darjah satu)...
benar cikgu, hanya dengan taat perintah Allah dengan ikut cara nabi SAW akan menjamin kejayaan hidup di dunia dan akhirat.... orang miskin atau kaya jika dapat taat perintah Allah iku cara nabi SAW pasti dan pasti akan berjaya..
waaaa,best ada cikgu cmni. dulu ada beberapa org cikgu, masa sekolah dulu. ajar sains, sambil ajar agama. entah ustazah ke hapa cikgu nih. tapi nasihat2 mereka ingat sampai sekarang. memang teringat sampai bile2
me kasih cikgu
rindula kat cikgu
huhuhuhu......
Emm...t.kasih cikgu...
sbab ingatkan sy tntg ini..
sy x akan sesekali lupe jasa guru kepds sy..
=)
Penchenta,
doakan mereka insyaallah terubat rindu tu
eina,
ingat jgn tak ingat
wafi,
mmg benar wafi tapi tk ramai org
sedar hakikat ini
Ibnu Mutalib,
bagus tu, ingat sampai bila2
nanti blh sampaikn kt org lain pula
anon,
jgn nangis,jgn nangis
Nujma,
Good luck ye, moga dpt masuk u
bagai dihajat, cikgupun akan selalu
ingat kt awak...terus pakai tudung labuh tau
cegu! saye bace sambil nangis...terharu..terima kasih cegu...saye ingat pesan cegu...
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan ku jadikan kau kenangan terindah dalam hidupku
Blablabla...
Tiba-tiba teringat lagu ni.
Jika hari ini kami seorang dokter, engineer, guru jugalah tempat asal kami kami.
Selamat hari cikgu.
Ahaks!
thanks norsha, sudi singgah sana..
wahh terharunya baca kata yang lahir dari nurani seorang cikgu.... cikgu...terima kasih;)
bijen,
aduh, indahnya kata2 tu,
jiwang2 gitu
mengenalimu, juga menjadi kenangan
terindah dlm hidup cikgu
ahaks!
afida,
sama2 kasih ye
Post a Comment