Terjaga di kedinginan pagi
segalanya gelap, kelam dan sunyi
Eh! Apa yang terjadi?
Teraba-raba mencari lilin di dalam laci
Mujur juga kecanggihan teknologi
Membolehkan sedikit cahaya didapati
Dari telefon bimbit dibeli suami
Kebetulan pula suamiku tiada kerana berpergian 3 hari
Anak lelakiku sedikit bersunggut kepada diri
Tetapi puteriku ketawa melihat bebayang sendiri
Oh! Alangkah berbezanya sang putera dan si puteri
Maaflah Umi tak sempat nak goreng mi bagai dijanji
tapi jangan risau insyaAllah ada rezeki
dapatlah anakku 'candle light breakfast' hari ini
aku berkata di dalam hati
ujian ini kecil sahaja tak perlulah nak susah hati
Anak-anakku yang dikasihi
kegelapan ini sementara saja
tapi kegelapan di alam kubur bagaimana nanti?
tahukah anda apakah hikmah yang tersembunyi
di sebalik 'blackout' yang terjadi pagi-pagi ini?
(60 saat utk meneka, kalau betul doalah apa anda inginkan hari ini....)
15 comments:
pagi, pagi dh blackout
kena tanya tnb ni
setiap pengorbanan dan susah payah InsyaAllah ada baiknya di akhirat
nasihat buat diri ini juga. kadang-kadang terfikir bagaimana rasanya ditinggalkan seorang diri di alam barzakh. Allah. Dunia cuma sementara. Tempat praktikal. Moga-moga menjadi asuhan untuk akhirat kelak. :')
Sungguh banyak hikmah tersembunyi..
Juga sebagai peringatan diri..
Tatkala kain putih membalut diri..
Mungkar dan Nakir tegak berdiri..
Soalan standard sedang menanti..
Iman dan amal teman sejati..
Moga beroleh kejayaan hakiki..
as salam kak...
pertama kali jejak di blog akak...moga tautan ukhwah berpanjangan di sini kak...
AN
tak payahlh tanya tnb
depa tahulh buat kerja depa
IM
Benar talib, tanpa susah dan mujahadah, kita takkan tahu manisnya ibadah
PCNTA,
Benar dunia ini sementara , moga
yang sementara ini tidak melalaikan
kita untuk mengejar hidup yang kekal
Fuad,
wah pandai betul berpuisi
tersusun ayat cantik sekali
memang berbakat bapa husna ni
bolehlh ajar anak tulis puisi nanti
tentang kehidupan akhirat yang tentunya pasti
Adinda Amy,
terima kasih kerana sudi singgah
blog ni simple saja takdelh gah
takde masalah nak eratkan ukhwah
silaturrahim sememangnya indah
Ada satu amalan boleh jadi torchlite dalam kubur.
Ce teka, ce teka.
Okebai!
solat tahajud,
betul ke? harap2 betullah
ujian2... rasa2 solat tahajud bagi cerah kubur...
salam..
ni puisi ke pantun?
tak reti nk membalas dengan bersahaja
jadi saya hentam jer
gelap skejap dah kalut jp agi cne la dlm kubur. isk3
bergelap tu punyai pelbagai maksud...
jgn gelap hati sudahlah kan... minta dijauhkan...~~~
wafi,
benarlah...moga Allah bg kekuatan kat kita nk dating dgnNya setiap malam
zai,
tak tahulah puisi ke pantun,
yg pasti bkn karangan
Anak Pendang Sekeluarga,
mmg byk maksudpun.....
Cikgu sue,
betul2, biar kulit gelap takpe,
jgn hati gelap
sebenarnya kan, selain dari hikmah2
yg korang sebutkn diatas tu, ada satu lagi hikmah yg tersembunyi, iaitu akak dptlh idea nk tulis entri pada pagi2 isnin tu. Dalam hidup ni, bila kita dpt terima ujian dr sudut yg positif, maka insyaallah kita akan rasa tenang dan bahagia....betul tak?
Post a Comment