Suatu hari, seorang remaja mengadu perihal kesedihan hatinya kepada gurunya....
"Saya sangat sedih sekarang, cikgu. Jiwa saya kosong...."
"Mengapa? Apa yang berlaku padamu?"
"Saya baru putus cinta....kekasih saya telah pergi meninggalkan saya.."
"Jadi , apa yang disedihkan? Bukankah itu berita gembira?"
"Berita gembira? Saya sangat sayangkan dia...dah 3 tahun kami berkawan,
sejak sekolah menengah lagi..."
"Berkawan saja tidak membawa apa-apa makna. Dia sayangkan kamu, sebab itu, dia tinggalkan kamu.."
" Maksud cikgu?"
"Dia tidak mahu kamu terus terbang dengan angan-angan kosongmu?"
"Angan-angan kosong? Maksudnya?"
"Apa yang kamu harapkan dari percintaan itu?"
"Sudah tentu saya harap saya boleh berkahwin dengannya suatu hari nanti..."
"Kamu pasti kamu boleh berkahwin dengannya?"
"Tidak pasti, tapi bukankah percintaan itu sepatutnya berakhir dengan perkahwinan?"
"Sepatutnya...tetapi ia tidak selalunya terjadi kerana jodoh itu bukan pilihan kita, ia ketentuan Allah.."
"Arrg...saya tak faham...saya jatuh cinta padanya ketika dia sedang mencari
seseorang untuk menjadi sumber inspirasinya...saya menjadi kekasih yang
menjadi motivasi untuknya berubah dari budak lelaki yang nakal kepada pelajar
lelaki yang lebih baik"
"Adakah dia berubah selepas mengenalimu?"
"Ya, dia berubah menjadi baik...saya gembira....saya memberinya nasihat supaya
dia rajin belajar,tinggalkan segala perlakuan buruknya tapi sekarang bila dia
berjaya, dia lupakan saya...."
"Mengapa dia pergi tinggalkan kamu?"
"Dia sudah bosan dengan saya....katanya, saya mengongkongnya....dia mahu bebas..."
"Oh....sebenarnya, dia telah membuka jalan yang betul untukmu...."
"Maksud cikgu?"
"Dia tidak sesuai untuk mu. Kamu terlalu baik untuknya, kamu menerimanya ketika
orang lain benci pada kenakalannya...kamu sabar membimbingnya.....mungkin
benar dia berubah menjadi baik tapi itu untuk sementara waktu kerana dia
berubah bukan kerana kesedarannya, dia berubah kerana kamu. Perubahan itu
tidak datang dari hatinya yang ikhlas....."
"Tapi saya sayang padanya...."
"Kalau betul kamu sayang, biarkan dia pergi. Jangan tangisi pemergiannya.
Biar dia pergi mencari haluannya sendiri, kalau dia betul-betul ingin berubah,
dia akan menemui jalanNya...."
" Silapnya saya jatuh cinta padanya "
"Semua manusia melakukan kesilapan. Mungkin ini juga pelajaran berguna untuk
kamu. Kamu akan jadi lebih kuat selepas ini. Jangan jadikan kekecewaan ini
untuk kamu terus kalah. Buktikan padanya bahawa hidup kamu lebih baik
selepas ditinggalkan dan pemergiannya tidak mematahkan semangatmu.
Tumpukanlah kepada pelajaran dahulu"
"Bagaimana saya mahu lupakan dia cikgu?"
"Sibukkan dirimu. Sibukkan dirimu dengan solat, membaca alquran,
mengulangkaji pelajaran, bersama-sama teman-teman , jangan bersendirian,
nanti kamu akan mendengar bisikan syaitan"
"Sungguh saya rindu padanya..."
"Letakkan rindumu di tempat yang betul..."
"Saya menangis setiap kali teringat padanya...."
"Untuk sementara waktu ini, menangislah sepuas-puasnya kerana itu fitrah
semulajadi manusia, tapi jangan biarkan tangisan itu menguasaimu hingga
kamu lupa tanggungjawab dan amanah yang perlu kamu laksanakan
ketika ini"
"Terlalu payah rasanya...."
"Boleh, berdoalah kepada Allah agar kamu boleh lupakan dia, cuba amalkan
baca surah Taha ayat 115.....Insyaallah"
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Perbualan di atas terlalu skema....ia telah diubahsuai dari perbualan sebenar
yang berlaku antara seorang guru perempuan dan remaja perempuan .
Perasaan ingin mencintai dan dikasihi adalah fitrah semulajadi yang diberikan
Allah kepada setiap insani. Cinta itu suci dan tidak sepatutnya dicemari.
Ia perlu dijaga, dipelihara dan diberikan hanya kepada yang berhak saja.....
Sebelum kau berikan cintamu kepada manusia, cintailah dulu Penciptamu,
kelak kan kau temui kebahagiaan yang tak terucap oleh perkataan, tak
terbeli oleh kekayaan....
Meskipun rapuh dalam langkah ,kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa... hanyalah padaMu .............
20 comments:
sy xde pengalama lg dlm bab2 bercinta nie,bukan xmahu,tp segan la sy dlm bab ni...hahhahha
Anak Pendang Sekeluarga,
eloklah tak de pengalaman bab2 bercinta ni,
tumpukan dulu kat pekara lain, sampai masa
nanti...ada jodoh........bercintalah puas-puas
cinta terhadap manusia itu agak bahaya kerana cinta itu buta.. silap2 boleh menyebabkan terlanggar dinding atau mungkin juga tersungkur.. (",)
fuad,
memang benar,
cinta kpd manusia silap langkah kita binasa
tapi cinta kpd Allah, makin dlm cinta kita
kepadaNya, makin tinggi darjat kita d sisiNya...
salam semua sekali,
ahha...cikgu norsha(",)
bagus entry ni.....
senyum ja mard baca....xtahu lah napa
tq cikgu,perkongsian y menarik
salam mard,
ahaa...ada pengalaman ke?
btw...hidup mcm tulah..
cintan cintun ni d kalangan remaja mmg biasa,
harap2 cinta tu tak merosakkan mereka..
cari cinta Allah dulu, Insyaallah selamat..
Ehem ehem.
cinta Allah sentiasa ada,cuma iman kita belum lagi ke tingakatan tu.
ni cerita zaman remaja, nak sangat bercinta,rasakanlah. hehe
oh oh cinta... bahaya2...
Perkongsian yg bermakna...
"Allah di hati"
Ibnu Mutalib, Wafi, Baitil a'tiqa,
dlm hidup ni takleh lari dr hal2 cinta2 ni cuma kita kenalah pandai
menguruskannya ikut syariat...
benar kak norsha... rasa cinta kadang2 xboleh nak tolak... tapi kena belajar2 kawal... cinta pada Allah dan RasulNya perlu di letakkan sebagai prioriti..
Allah. Semoga Dia letakkan cinta saya padanya selalu. Allah.
Wafi & PENCENTA,
Insyaallah, bila anda letakkan Allah dan Rasul terlebih dahulu di dalam hatimu, cinta kepada manusia akan datang menyusul melalui jalan yang betul....
Bijen M,
Gerangan siapakah agaknya pemilik cintamu itu?
Allahu'alam.
Saya nak berserah kepada Allah SWT.
Bak kata seorang blogger yang femes, dai'e itu tak mengejar dunia.
Tapi dunia yang mengejar dia.
Saya tak mahu mengejar wanita.
Ceewah!
Ya, benar bijen, jgn dikejar perkara tak pasti, kejarlh dulu cinta hakiki, kelak bertemu jua idaman hati, la ni hang pi lah dulu kat IPB.......
Kredit habis nak reply.
Okbai.
waktu mcm ni, saya mencari ketenangan dgn motivasi... puas saya tangisi , mengesali jalan salah yang saya lalui selama ini.. kami masing2 berpisah kerana allah, tapi bisikan syaitan lagi kuat dari kekuatan iman.. =.= dia bersama jemaah tabligh mencari ketenangan jiwa. sementara saya hanya di tikar sejadah.. perit rasanya.. tuhan saja yang tahu. tapi saya tahu, ini jalan terbaik buat kami... cinta, dia pasti datang
mujahadah,
ujian dan dugaan adalah pengalaman yg mematangkan fikiran dan guru yg mengajar erti kesabaran...perpisahan pula kdg2 bukan pengakhiran tapi boleh jadi permulaan utk sebuah kehidupan yg lebih indah, maka bersabarlah kerana Allah sentiasa bersama orang-orang yg sabar......
Post a Comment