Tuesday, March 15, 2011

3 hari 2 malam

3 hari 2 malam
tetamuku datang bertandang
bukan untuk sembang-sembang
tapi untuk belajar dan berbincang
tentang iman yakin yang semakin hilang

3 hari 2 malam
tetamu ku datang bertamu
meski sebelumnya kami tidak pernah ketemu
tapi masih bisa mencipta mesra dan rindu
kerana kami bertemu untuk berkongsi ilmu

3 hari 2 malam
membaca hadis dan al quran
bermuzakarah dan mendengar bayan
bersoal jawab merungkai persoalan
mencari kekuatan membina keyakinan
untuk mendepani hidup yang penuh cabaran
agar dalam sibuknya urusan seharian
masih bisa mencari keredhaan tuhan
mengamalkan sunnah yang ada kejayaan
buat bekalan dihari kemudian


3 hari 2 malam
tetamuku pulang menjelang petang
bersama silaturrahim yang bakal dikenang
akupun kembali membuka
laman sesawang..........




norsha ....................11.00 malam (14/3/2011)

14 comments:

fuad ansari said...

3 hari 2 malam..
Hari-hari yang penuh keberkatan,
Buat insan-insan yang berkorban,
Di jalan-jalan kebaikan,
Moga beroleh keredhaan Tuhan.. (",)

Wafi said...

masturat?

Norsha said...

fuad ansari,
3 hari 2 malam mmg banyak kena berkorban
alangkah bagusnya kalau semua orang faham ye

wafi,
ya, masturat dtd rmh akak baru2 ni.
wafi dh ada masturat ke?

fuad ansari said...

Rumah cikgu kat mana ye? (kebetulan ada gak jemaah masturat dari marhalah kami yg baru tangguh semalam..)

Norsha said...
This comment has been removed by the author.
fuad ansari said...

Saya dulu mmg dok kuantan.. bekerja di uia kat bandar indera mahkota tu.. silap2 saya pernah jumpa suami cikgu.. (",)

Norsha said...

oo..pernah dok kuantan rupanya...tahun bila? kalau fuad selalu pergi kat markaz batu 5 tu mungkin biasa jumpa suami cikgu sbb dia selalu jugak g sana malam markaz, malam mesyuarat...mailah datang jalan kuantan..

Wafi said...

erk xda lagi masturat...

Norsha said...

wafi, nanti suatu hari insyaallah jumpa masturat yg bertakhta di hati,doa banyak2 supaya dapat yg terbaik...

fuad ansari said...
This comment has been removed by the author.
fuad ansari said...

Selalu gak pergi markaz batu 5 tu.. Saya dok sana tahun 2008.
*Macam mana tak semangat gi markaz.. Rakan2 jemaah marhalah kat sana bersemangat dan menghiburkan.. Bila susah payah disulami dengan senda gurau, sangat menyeronokkan.. Lagi pulak, kesusahan dalam jalan agama, penuh ketenangan dan kenikmatan..
Rindunya kat marhalah lama..

Ismi Ijmi said...

en fuada ansari biasa dgn jemaah Masjid Cenderawasih ke? ke sana 2009, xpdc 40h,hehe... karkun2 sana mmg strong dan byk belajar. tambah2 1st tyme.

rindu bayan ilmu Maulana Razali

fuad ansari said...

Ibnu Mutalib:
2009 adalah tahun dimana saya meninggalkan bumi Kuantan yang sangat saya sayangi dan rindui.. T_T

Hampir 3 tahun berlalu sudah cukup membuatkan saya lupa dimanakah lokasi masjid cenderawasih walaupun nama masjid tersebut masih terngiang2 di ingatan.. hurm..

Norsha said...

salam fuad,
mailah bawak ahlia dtg program masturat kat kuantan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...