Sunday, February 13, 2011

Sehari selepas dilahirkan....

Alhamdulillah.......setelah  melelapkan mata selama beberapa jam, akhirnya dapat juga aku bangun pagi ini dengan kesegaran mental dan fizikal hasil dari peluang berehat yang diberikan Allah semalam. Terjaga beberapa minit sebelum azan berkumandang , membaca doa bangun tidur terlebih dahulu, membersihkan diri dan kemudian berdiri mengadap Ilahi ( memanjat syukur kerana masih hidup) adalah nikmat yang tak tergambar oleh perasaan dan tak terucap oleh perkataan...... Terima kasih Ya Allah atas kurniaan iman yang Engkau berikan...........................

Hari ini aku akan sambung cerita semalam tentang bagaimana aku dapat idea untuk menulis blog ini dan mengapa aku namakan blog ini sebagai Notasisi via Notahati. Seperti yang aku bicarakan semalam, dalam banyak-banyak blog yang aku layari itu, ada satu dua blog yang membuat aku terpana dan terkasima, betapa dalam hidup ini banyak lagi perkara yang belum dilaksanakan, banyak lagi tanggungjawab yang belum ditunaikan. Selama ini aku merasa cukup berpuashati dengan kehidupan ku sebagai seorang manusia yang sentiasa sibuk dengan hal-hal duniawi hingga aku jarang peduli tentang perkara-perkara lain yang lebih hakiki dan abadi .........

Blog yang aku maksudkan itu ialah blog-blog yang ditulis oleh tangan-tangan yang aku tak kenali tapi hasil tulisannya  telah mengetuk pintu hatiku untuk lebih menginsafi diri ( sebenarnya kita tidak memiliki apapun, yang ada pada kita itu, yang kita sangka sebagai harta kita dan hak kita sebenarnya milik Allah belaka......Allah boleh ambil pada bila-bila masa Allah suka). Dan akhirnya aku sedar, setelah berpuluh tahun bernafas di mukabumi ini, kita boleh pada bila-bila masa saja dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya. Apabila Allah telah memanggil kita tiada lagi peluang untuk kita kembali ke dunia ini dan segala harta yang kita miliki selama ini tidak lagi boleh memberi apa-apa kesan kepada kita kecuali 3 perkara .......doa dari anak-anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat. Oleh itu sebelum aku pergi mengadap ilahi, aku ingin sekali berkongsi dengan kalian sedikit ilmu yang aku ada juga pengalaman-pengalamanku yang tak seberapa ini yang mungkin boleh korang ambil sebagai panduan, tapi aku lebih suka menekankan bahawa blog ini sebenarnya blog pesanan yang aku tulis untuk diriku sendiri yang selalu lupa. Untuk anak-anakku, mungkin suatu hari mereka akan membaca blog ini dan pada ketika itu mereka mungkin menyedari betapa kasih sayang ku pada mereka tiada tolok bandingnya walaupun ketika hayatku aku selalu marah dan berleter pada mereka kalau ada yang tak kena pada pandanganku........

Mengapa blog ini dinamakan Notasisi via Notahati?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
cerita 1

"Cikgu, kita nak buat nota ke latihan hari ni?" Tanya anak muridku pada suatu hari ketika sesi p&p baru bermula.
"Kita buat nota dulu, kemudian kita buat latihan." Jawabku ringkas dan sesi p&p pun bermula dengan tajuk bla....bla........


cerita 2

"A, nanti sebelum order barang, isi nota minta dulu ye" beritahu ketua bidangku suatu hari ketika aku baru keluar dari kelas. Bagi mereka yang terlibat dalam dunia persekolahan pasti tahu apa itu nota minta.

cerita 3

"Cikgu, kalau peniaga pulangkan barangkan , kita guna nota debit atau nota kredit?" tanya anak muridku dalan kelas P.A yang aku ajar. Bagi para peniaga, mereka pasti tahu apa yang dimaksudkan dengan nota-nota tersebut.


Cerita 4

Ketika berada di rumah anak sulongku bertanya " Ada nampak buku nota long tak?"


Kesimpulannya:

Dalam satu hari itu banyak betul perkataan nota yang aku temui dan dengari, seakan tidak sah jika dalam satu hari tidak mendengar perkataan nota. Malahan ketika perhimpunan rasmi sekolah pada hari pertama persekolahan, guru bertugas telah menekankan tentang pentingnya para pelajar memiliki sekurang-kurangnya satu buku nota kecil sebagai catatan. Begitu pentingnya nota sehingga dalam tas tanganku juga ada nota kecil yang selalu kubawa kemana-mana, selalu berada disisiku apabila aku perlukan......

Dan kalian juga pasti tahu bukan, dalam hidup kita ada dua malaikat di kiri dan kanan yang sentiasa mencatat amalan-amalan baik & buruk kita setiap hari. Bila tiba masanya buku catatan amalan kita itu akan diserahkan pula kepada kita untuk dinilai dan diadili seadil-adil oleh yang Maha Adil. Sedarkah kita...........

2 comments:

Ismi Ijmi said...

MasyaAlah bermakna dalam memilih tajuk blog,hehe.terbaekkk kak

Norsha said...

Izmer,
baru hari ni perasan ada komen kat sini,hehehe..... biasalah, nak pilih nama blog pun kenalah pikior jugak apa maksudnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...