"Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia" (Surah Ar-Ra'd: 28)
"Wahai orang-oarang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya" (Surah Al Ahzab: 41)
" Dan ingatlah serta sebutlah akan TuhanMu jika Engkau lupa" (Surah Al Kahfi: 24)
Hazrat Abu Hurairah r.h meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda, " Allah s.w.t berfirman, "Hendaklah kamu mengingati Aku seketika selepas solat asar dan subuh nescaya Aku mencukupi kamu diantara keduanya."
Disebutkan dalam satu hadis yang lain, "Hendaklah kamu mengingati Allah nescaya Dia akan membantu menyempurnakan hajat kamu." [Hadis Riwayat Imam Ahmad]
Hazrat Abu Sa'id al Khudri r.h memberitakan bahawa Rasullullah s.a.w pernah bersabda, "Berapa ramai orang di dunia ini yang mengingati Allah s.w.t di atas tilam yang empuk dan kerana itu Allah s.w.t mengangkat darjat mereka ke peringkat yang tertinggi di dalam syurga."
[Hadis Riwayat Imam Muslim]
Ya Allah, jadikanlah aku termasuk dalam golongan orang-orang yang sentiasa mengingatiMu.............
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment