Monday, June 11, 2012

Kasihnya suami.....

Tersentuh hati membacanya:


Satu perkongsian yang menarik dr Prof Dr Muhaya:
"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada 
masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada 
ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, 
beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabila 
setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"

SUBHANALLAH.... indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan??? Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID;)






notahati: bayangkan andai semua suami-suami macam tu, alangkah bahagianya isteri.......
               

7 comments:

Wanita Bertudung Hijau said...

indahnya

ellyza said...

doakan saya dpt suami cam gitu cikgu

Anonymous said...

betullh kata org, anak yg hebat dtg
dari mak bapak yg hebat...!

Ismi Ijmi said...

MasyaAllah...
sweet.!
moga dapat jadi suami yang baik :D

Anonymous said...

kalo sume suami2 cam gitu confirm takde cerai berai kan?

fuad ansari said...

tauladan buat kita semua...

ada orang suka berkorban utk harta kekayaan, dan nampaknya ada orang yg lebih hebat yang telah berkorban utk harta yg lebih bernilai iaitu anak..

(",)

L said...

segalnya bermula dgn kasih syg..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...