Friday, June 8, 2012

sejuk dimata, sejuk di hati....

sejuk dimata, sejuk dihati, saat melihat ramainya insan-insan berpakaian putih bersih
beriringan ke masjid beberapa minit sebelum azan   dilaungkan. Alangkah indahnya
dunia, andai setiap detik dan setiap masa, semua lelaki muslim tak kira kecil besar, tua 
muda tak kira tinggi mana pangkat atau banyak mana harta, semua berpusu-pusu ke 
masjid setiap kali azan bergema......


Akhirnya, berjaya juga saya pujuk dua anak lelaki yg sedang remaja utk ikut program ijtimak
yang sedang berlangsung di sini selama 3 hari (rabu, khamis, jumaat). Al maklum, umur baru
belasan tahun,kena pulak  cuti sekolah, macam2lah agenda yg dirancang. Pujuk punya pujuk,
Alhamdulillah, dia setuju ikut serta. Niat kerana Allah ya, bukan kerana ummi yang paksa. Dek
kerana ayahnya sibuk dgn tugas2 dalam ijtimak tersebut, maka siibulah yang kena ambil
tanggungjawab untuk hantar si anak. Saat menurunkan anak-anak di tepi jalan raya tidak jauh
dari markaz ijtimak,  hati terpesona dengan panorama indah yang ada di hadapan mata. Lelaki2
berpakaian putih bersih berjalan beriringan....ramainya ! SubhanaAllah...................

Teruja, ya sungguh teruja, bahagianya melihat umat akhir zaman yang sedia luangkan masa untuk
agama. Moga dengan rahmat dan kasih sayangNya, Allah ampunkan dosa kita dan moga dengan
asbab pengorbanan saudara-saudara kita hidayah terus tersebar ke serata benua.........


 ijtimak ni untuk lelaki je ye..............

5 comments:

fuad ansari said...

alhamdulillah...

kelihatan, sayap kiri suami sudah memainkan peranannya.. (",)

sy sukar menggambarkan akan aura ijtimak.. ia seakan perkara yg ajaib..

walaupun tanpa kempen yg hebat2, tanpa disogok dengan ganjaran duniawi, tanpa diberi belanja perjalanan, manusia datang dari serata pelusuk semata2 utk mencari keredhaanNya..

moga ALlah swt terima dan menjadi asbab serta batu loncatan utk beroleh kebikan yg byk pada kehidupan akhirat..

(",)

Fuad Akmal said...

memang memainkn pernan pntg sayap2 nie...
kerah bala tenteranya..
mana gambar...bila tgk gmbar rasa rindu pd ijtimak lepas2..

Ieda Hudaa Mohd Ali said...

Assaalamualaikum wbt cgu..

Hihihihi...untuk lelaki je ye? hehe

Bagusnya anak2 cgu....dengar kata..;)

Pencari Allah said...

Keberuntungan yang ALLAH beri adalah MAHA ADIL.

ukhti,mardhiah said...

salam cikgu,
Mard lagi lh teruja nengok pemandangan y mcm tu
hiiii...
:)

Bagusnya,galakkan family buat usaha.
Tahniah cikgu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...