Thursday, November 22, 2012

Kenangan terindah

Cuti2 sekolah ni, ramai yang dirikan masjid. Setiap minggu ada saja undangan perkahwinan. Alhamdulillah .....itu berita baik kerana disebalik banyaknya perceraian yang berlaku di zaman ini , tiada yang serik untuk berkahwin. Seorang rakan sekerjaku yang bakal berkahwin awal tahun hadapan  pernah berkata kepada ku yang dia asalnya tidak mahu berkahwin kerana melihat banyaknya masalah yang terpaksa ditempuh oleh pasangan yang telah berkahwin, Katanya, ada  temannya yang telah bersuami mengadu itu dan ini. Aku beritahu dia, untuk membina sebuah rumahtangga bahagia setiap pasangan perlu melalui beberapa episod suka dan duka, kerana itu akan membantu mendewasakan mereka....

Bercerita tentang rumahtangga, aku teringat sesuatu. Isnin lepas adalah ulangtahun perkahwinanku yang ke 18. Anak-anakku bertanya tentang sejarah masa lalu dan mereka ketawa  barangkali kerana tidak percaya dengan apa yang aku ceritakan.

Aku beritahu mereka; seminggu selepas berkahwin , ayahnya bawa ibunya menetap di sebuah rumah kecil dua bilik yang disewa dengan harga RM150 sebulan. Tiada perabot mahal, tiada kerusi atau sofa,
yang ada cuma keperluan asas,sebuah almari plastik, satu meja kecil, sedikit peralatan masak dan sebuah dapur gas yang dihadiahkan seorang kawan sempena perkahwinan kami. Juga tiada bilik tidur
mewah hanya sekadarnya saja. Rumah itu memang kecil, beberapa langkah ke dapur, ruang tamunya
adalah juga ruang makan, beberapa langkah ke bilik air dan beberapa langkah lagi ke bilik tidur. Tiada kereta, cuma sebuah motosikal klasik  lama untuk dia berulangalik ke tempat kerja. TV dan radio juga
tidak ada apalagi komputer. Segala-galanya sangat kurang dan jauh berbeza dengan keadaan
sekarang, tapi di rumah kecil itulah aku belajar erti kasih sayang, pengorbanan dan kesetiaan. Di situlah
aku belajar bahawa untuk mengekalkan bahagia , perlunya ada perbincangan, tolak ansur dan
persefahaman. Perlunya ada memberi dan menerima, menghargai dan menerima seadanya. Di rumah kecil itulah juga , aku diajar bahawa seekor burung takkan dapat terbang tinggi dengan sebelah sayapnya ....dan seorang raja takkan dapat mentadbir sebuah negara dengan baik tanpa  nasihat dari bendaharanya yang bijaksana.......sebuah negara yang aman damai, rakyat dan pemerintahnya saling bekerjasama....rajanya adil, rakyatnya taat, dan ketaatan itu mestilah berpaksikan ketaatan kepada Yang Maha Berkuasa.....

Sudah 18 tahun berlalu, kami tidak lagi tinggal di situ tapi segala cerita di rumah kecil itu, menjadi kenangan yang sangat indah untuk di kenang dan semoga ia terus kekal dalam ingatan kami untuk 18 tahun yang akan datang......................








2 comments:

ukhti,mardhiah said...

cinta orang lama memang romantik.
Tulah kan cikgu, kita nak hidup dgn pasangan bukn dkt dunia ja, tapi terus melayan di alam syurga.

Selamat ulang tahun cikgu.
<3

Norsha said...

moga2 begitulh mard, terus bahagia hingga ke syurga tapi sesungguhnya bukan mudah juga untuk bertahan hingga ke tahap ini, byk duri dan ranjaunya...apapun bersyukur di atas segala nikmat kurnianNya...:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...