Tuesday, July 5, 2011

Hargai ketika masih ada....

Lumrah kehidupan, kembarnya kematian. Ada pertemuan, akan adalah
perpisahan. Hari ini gembira, esok-esok entah berduka. Begitulah kehidupan
dan kerana namanya hidup, kita tak akan dapat menjangka apa yang telah
tertulis di suratan. Melihat panas yang terang, kita mungkin menjangka ia kekal
hingga ke petang, tapi hujan yang turun di tengahari tiada siapa dapat menghalang.

Awal tahun yang lalu, seorang teman, rakan sekerja dari Kelantan kehilangan
suaminya dalam kemalangan jalanraya. Pergi yang tiba-tiba, tiada petanda dan
tidak dijangka bukanlah sesuatu yang mudah untuk diharungi oleh seorang wanita
beranak tujuh. Tapi dia sangat tabah dan tidak mengalah.
Hidup mesti diteruskan.............

Beberapa bulan lalu, seorang wanita yang saya kenali sekalipun tidak begitu
rapat dengannya juga kehilangan suami sekelip mata dalam kemalangan
jalanraya. Berpagi-pagi ke tempat kerja dalam keadaan sihat walafiat dan
pulang semula kemudian ke rumah....... hanyalah jasad......sedihnya si isteri
sedang hamil 6 bulan ! Allah jua yang tahu hikmah dan rahmah yang tersembunyi
di sebalik sesuatu......

Barangkali lumrah sebagai manusia, kita hanya menghargai sesuatu apabila ia
telah tiada. Ketika masih ada kita sering tidak mempedulikannya dan tidak
merasakan kehadirannya. Benarkah? Bagi pasangan yang sudah berumah
tangga, graf perkahwinan ada turun naiknya. Seperti air laut, ada pasang surut,
seperti putaran roda, kadang di atas  kadang di bawah. Hanya apabila kematian
datang menyapa, yang ada dihati adalah sedih dan terkilan yang tak terucap
oleh perkataan........... Barulah kita merasakan betapa pasangan yang ditakdirkan
untuk kita itu adalah yang terbaik, yang lebih banyak memberi dari meminta, yang
berkorban jiwa dan raga untuk membahagiakan keluarga tapi kerana ia masih
hidup kita tidak bisa melihatnya dengan mata hati lalu pada kita kehadirannya
tidak membawa apa-apa erti.Hanya apabila dia telah pergi, kitapun mengenang
kembali , alangkah bahagianya jika dia ada di sisi......

Jika anda yang sedang membaca ini masih punya suami atau isteri, hargailah
mereka sementara mereka masih bernafas. Barangkali banyak sekali kelemahan
dan kekurang yang mereka miliki sehingga begitu menjengkelkan tapi percayalah
disebalik kelemahan dan kekurangan itu, pasti ada kelebihan dan keistimewaan
yang kita tak tahu atau buat-buat tak tahu. Hari ini kita rimas dan lemas tapi
percayalah apabila mereka sudah tiada kita terasa pula seperti ingin memeluknya
kemas-kemas.....

Saya menulis n3 ini selepas seorang wanita muda meminta nasihat dari saya ttg
rumahtangganya yang menurutnya tidak pernah bahagia sejak mula. Bahagia
bukan pada harta atau paras rupa tapi pada hati yang selalu merasa cukup
dan redha atas apa yang Allah tentukan. Dia mengaku ego dan sentiasa merasa
dirinya betul, mungkin kerana pendapatannya yang jauh lebih tinggi dari suami
yang cuma pekerja bawahan, kerana itu katanya kadang-kadang dia merasakan
betapa dia boleh hidup tanpa suaminya.........sebenarnya, tidak, sekalipun suami
itu barangkali hartanya kurang, pangkatnya  tak tinggi  dan tiada jawatan disegani
orang, dia tetap memiliki KASIH dan SAYANG, tapi kerana ukuran bahagia itu
seringkali dinilai dari lambakan harta dan banyaknya wang maka kasih sayang
hanyalah umpama melukut di tepi gantang........

Anda jangan begitu ye.......
Oh, saya ingatkan diri saya juga ....:)

10 comments:

CS said...

Salam,
"hargailah setiap 1 hari yg berlalu, kerana setiap 1 hari yg berlalu, bermakna telah berkurangnya 1 hari kita bersama pasangan kita"

"pandanglah dia spt mana kita memandang dia di hari pertama pernikahan kita, kerana ia mungkin pandangan terakhir utk kita darinya @ dr kita utknya"

s a r said...

bila Dia nak kita kembali kepadaNya, tiada pesan kan. Langsung tiada tangguh2 walau sesaat pun.

Afida Anuar said...

Selalunya mcm tu la kak norsha manusia ni..yang ada di depan mata, jasa dia, kasih sayang dia..kita tak nampak..bila dia dah takde..baru la nampak segalanya..yang diwaktu itu mungkin sudah terlambat...

fuad ansari said...

penting gak perkahwinan yg sekufu kan.. agar ada tahap pemikiran yg sama.. dikhuatiri jugak, bila diri dah rasa mampu hidup sendiri, mulalah rasa taknak dengar cakap suami..

apa2 pun jodoh di tangan Allah.. letakkan agama di hadapan.. jadikan ketaatan kepada suami sebagai kunci ke syurga..

ikutlah resam padi.. semakin berisi semakin tunduk..

~PENCHENTA~ said...

Kadang2, memang kita perlu kehilangan, baru kita tahu erti kasih sayang.

Sebab tu Allah kata 'Bagaimana kamu boleh katakan bahawa kamu beriman, sedangkan kamu belum diuji'.

:)

Bercinta bukan memiliki. Bercinta adalah menghargai. :)

Marina Ali said...

salam,kak ina suka baca n3 akak,penuh dengan pengertian yang tersurat n tersirat,ina nak tanya nie akak norsha nie orang Kuantan ke? akak mesti kenal kak siti zaiton (dia pensyarah UIA kuantan)ahlia Haji Rashid,makcik asma,makcik salmah ahlia Hj. Abdullah@Satar,kak Milah ahlia Amir,kak suraya ahlia mustapha Ajis,orang Kuantan isshh! tinggi betul ikramnnya.cayang sokmo orang Kuantan!

Ummu Fatimah said...

assalam, tetiba sebak baca n3 ni. syukur Allah makbulkan doa ana agar dpt seorang suami yg baik & penyayang yg tidak dapat dinilai dgn harta kekayaan.

Norsha said...

Cikgu Sue,
pandang dengan penuh kasih sayang...

s a r,
janjiNya tak pernah dimungkiri....


Afida,
tulah...namapun manusia, kan ?

Norsha said...

fuad,
jangan ikut resamnya lalang, semakin tinggi semakin goyang....

Penchenta,
setuju sangat....dihargai dan dikasihi

Marina,
InsyaAllah, mmg kenal dgn mereka, selalu gak jumpa

Ummu Fatimah,
Alhamdulillah dapat suami penyayang, moga terus bahagia hingga ke hujung usia...

RuMaH TuA said...

Ingatan untuk masa depan...
(^-^)

"Moga saya x lupa diri"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...