Wednesday, July 20, 2011

Mengapa?

Di akhir zaman ini, ada ramai wanita merasa sedih kerana suami-suami mereka,
yang diharap menjadi ketua keluarga dan penunjuk jalan ke syurga masih leka
dan lena dalam pesona dunia hingga lupa batas-batas agama  tapi mengapa bila
ada para suami yang bertukar arah mencari cahaya dengan mengunjungi masjid
dan menghabiskan masa sebentar bersamaNya, meninggalkan keluarga cuma
seketika untuk merasai kemanisan bermujahadah, MENGAPA pula ia dianggap
bidaah dan membuang masa?

Begitu ramai orang membeli bahan bacaan yang kadang-kadang cuma bahan
bacaan hiburan ,yang tidak menyumbang kepada kematangan fikiran atau
peningkatan iman, tapi mengapa bila ada orang membaca Kitab Fadhail Amal
untuk mencari semangat dan keghairahan beribadah, MENGAPA pula ia dianggap
sebagai perbuatan tidak berfaedah?

Ketika segala macam jenayah dan kerosakan akhlak tertempel di mana-mana,
ketika para remaja dan belia semakin hilang jatidiri, nilai bangsa dan agama
tapi bila ada pihak cuba mengajak kearah penyucian jiwa , MENGAPA ia
dianggap tidak relevan, ketinggalan zaman dan menyesatkan?

Mengapa?

8 comments:

Unknown said...

maaf menyelah....

kerana nafsu manusia sukar mengikuti agama yang dibawa oleh Nabi kita, Muhammad saw....

waAllahu a'lam

Moga Allah kasihani ummat ini dgn hidayah Iman..

Abu Zarim Mohamad said...

ada ek org kate macam tu?,,ooo,,,sy pon mcm prnah dngar2 gak,,,tp,xthu kat ne,,,:-),,,,

moga Allah beri kefahaman pd semua mnusia,bese la kan,bnda baik,mmg bnyak tntngan,,mcm ketika nabi bt dakwah kat taif,kisah ni popular kan,,,...
moga dpt amik manfaat,dlm meneruskan fikir risau nabi terhadap umatny,,,,

Afida Anuar said...

Sebabnya...dah nak kiamat kut. Buat benda baik di anggap pelik... buat benda jahat di anggap biasa. Allahualam..

RuMaH TuA said...

'MENGAPA' itu terjadi supaya kita gandakan usaha atas agama & untuk Allah jadikan ini asbab hidayah...
Insyaallah.

(^-^)

CS said...

agama itu datangnya gharib...dan akan kembali gharib...adakah kita sedang melalui fasa itu? mungkin...

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Kerana tiada keberkatan pada apa yang diamalkan..

cikguNae said...

Sebab guna alasan Segalanya perlu bersederhana... ikut peredaran zaman konon.. Semua yang barat buat rasa hebat... apa yang Islam anjurkan rasa kolot... Nauzubillah...

fuad ansari said...

mungkin kerana manusia semakin hari semakin menjadi pelik..

yang benar dikatakan batil..
yag batil kelihatan seperti benar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...