Adalah suatu hari (dah lama jugalah), saya ke pasaraya besar untuk beli barang-barang
keperluan rumah. Di luar pintu masuk pasaraya tu, ada kiosk yang jual aiskrim dengan
harga yang agak murah, jadi biasalah , anak-anak akan merengek minta belikan aiskrim
tersebut. Ok, no problem, nanti masa nak balik kita singgah sat, jadi boleh makan kat
dalam kereta. Habis beli barang, seperti yang dijanji, kamipun belek-belek peti aiskrim
nak pilih yang berkenan di hati. "Alamak, takde tanda halal Jakimlah..." saya berbisik kepada
si anak yang sedang teruja. " a'ahlah, ni cop halal biasa je..." balas si anak seperti
mengerti . " Tak jadilah beli, kita cari aiskrim lain ye...." Pujuk siibu." Alaarr.................." anak
merajuk tapi tidak pula membantah.
Budak perempuan penjaga kiosk yang sedari tadi memerhati tiba-tiba mencelah dengan nada
suara kurang enak didengar, " kak,orang lain beli ok je, mereka tak kisah pun...........!" sambil
memandang kearah saya. Seketika saya terdiam, sebelum beredar, saya memandangnya sambil
bersuara perlahan. " itu orang lain dik..........". Sebetulnya saya ingin menambah lagi;" Dik, kalau
begitu, adakah jika semua orang terjun bangunan untuk bunuh diri, maka kita mesti ikut juga
kerana semua orang buat begitu....? " kata-kata itu cuma bergema dihati saya sahaja.
Bagaimanapun saya akui kebenaran kata-katanya, ada ramai orang tidak peduli apa yang
mereka makan, halal atau tidak, itu tidak penting, asal murah, tapi percayalah, apa yang kita
makan, sangat memberi kesan kepada pembentukan hati, jiwa dan perasaan. Jika kesannya
tidak terlihat sekarang, lambat laun akan terserlah juga, percayalah...........
Kena pesan kat anak-anak kita, nak makan boleh makan, tapi pastikan ianya halal dan tidak
memudaratkan kesihatan.
9 comments:
Pernah mengalami pengalaman yg sama. Kami da sampai didpn kdai tu,ank sdr siap da tunjuk apa yg dia nk. Tp sbb tkde tanda halal kami pun tanya. Then akak jual tu kata "halal tkde tp kita ada "no lard no pork". Huhu kita pergi situ pun sbb org melayu pakai tdg yg jual. Lps tu bdk yg pakai tdg tu terus tunduk je pandang bawah. Moga Allah beri hidayah.
betul,betul,betul.....bab2 makan ni kena jaga, bukan pakai bedal saja !
Kalau semua bersikap begini, sudah boleh muhajadah.
Kena pesan kat anak-anak kita, nak makan boleh makan, tapi jangan sampai ia menjadi darah daging yang mana api neraka lebih utama untuknya.. baru takut sikit.. (",)
kena sntiasa berhati2....bnyak sangat mknn yg tak de logo halal jakim...
ank_ayah,
memang kena hati2 zaman skrang ni
embun,
setuju, sgt2 setuju
Pencari Allah,
bab2 makan ni, memang kena teliti
fuad,
yelah, kena pulak zaman la ni macam2 spesis makanan yg muncul
Mulut payau,
memang kena jaga2 sbb byk yg meragukan sekarang....btw, thanks sbb sudi singgah sini :D
Assalamualaikum cg.Norsha
lama saya tidak menjengah ke sini
Ya, pernah berlaku juga pada saya. Ingin merasa aiskrim namun tanda halalnya menggusarkan hati... memang perlu berhati-hati...
Selamat kembali ke sekolah..:-)
Post a Comment