Suatu hari di sebuah kelas :
Guru : Berapa A awak target untuk dapat dalam SPM tahun ni? 10A, 9A, 8A ?
Murid-murid : 10A....cikguuu..... ! (serentak menjawab)
Guru : Eh, 10 je, mana cukup tu, kurang-kurang 20A, baru ada klas.
Murid : 20? Kami ambik 10 subjek je cikgu, mana ada 20?
Guru : Ye ke ? Bukan 20 ke ? Cuba kira betul2
Murid : Betullah cikgu........BM, BI, Math, PI, Sejarah, PA, Add Math, Fizik, Kimia , Bio
Guru : Okay, baguslah kalau awak target semua A untuk subjek tu, memang itulah yang
terbaik tapi sebenarnya ada lagi yang awak tak ambil kira. Kalau setakat 10A
belum boleh dikira berjaya lagi tau. Ada banyak lagi A yang awak kena dapatkan
selain dari 10 tu saja.
Murid : Ada lagi ? Apa dia cikgu? Eh, Tak fahamlah.......
Guru : Baik, dengar sini. Kalau setakat dapat gred A dari segi akademik tapi dapat E atau G
untuk pekara yang akan saya sebut nanti, kiranya belum boleh dinobatkan sebagai
pelajar cemerlang ye. Awak kena dapatkan juga A untuk Agama, Akidah, Al Quran,
Akhlak, Amanah, Aurat, Amal, Akur (Taat). Faham ?
Murid : Ooo.....Gitu ke ? Fahamlah sikit....
Guru : Sikit je? Mana boleh sikit-sikit, kena faham banyak-banyak. Kejayaan dalam akademik
kena seiring dengan perkara2 yang saya sebut . Kalau setakat cemerlang akademik tapi
perkara lain hancur pun takde ertinya juga. Itu yang saya maksudkan dengan 20A....!
Murid : Tapi cikgu baru sebut 8, campur 10 subjek yg kami ambik tu baru 18, apa dua lagi ?
Guru : Haa....Dua lagi tu saya tinggalkan untuk awak fikirkan jawapannya. Balik rumah fikir, esok
saya tanya..
Murid : Alar cikgu ni, bagitahu jelah, ni nak kena fikir-fikir pulak....
Guru : Ooo....Chating berjam-jam kat FB boleh pulak, suruh fikir satu benda yang mudah
pun tak mau...! Buat malu orang Islam je....!
Murid : Okay2 cikgu, nanti kami fikir.......cikgu jangan marah ye......
Guru : Marah taklah, geram je.....
(Kadang-kadang, kerana terlalu mengejar A dalam akademik, kita terlupa yang anak-anak kita
tertinggal sesuatu yang lebih berharga dalam hidup mereka................)
Agak-agak apa lagi dua A yang dimaksudkan oleh guru tersebut ?
10 comments:
assalamualaikum akak.
erm, puas pk ni kak 2 lgi A tu. dua ni yang terlintas dalam kepala saya kak.
AJAL
AKHIRAT
am i right? uhu. seram pulak tetibe nih!
Assalamualaikum
Ye lah kak,hari ni org pandang kejayaan dunia je. Sedih kan,tp sy ni lemah kak,tk reti nk bgtahu mereka2 ni kalau kejayaan tu tk salah tp kena letak agama kat dpn. Sy mampu doa je,sdg diri sendiri masih lg struggle.
Hurmmm....
lama akak menghilang muncul dengan teka teki ya...
jap nak fikir.. hehe;)
PS: nak kena tengok jawapan orang lain dulu sebenarnya...hehe
cikgu cikgu.. saya dah fikir dah malam tadi.. jawapannya Akhirat dan Allah.. betul tak..
kalau dapat 10 A untuk perkara yang cikgu sebutkan tu pun rasanya sudah cukup menggembirakan mak ayah.. (",)
ASSALAMUALAIKUM W.B.T....
Ala cikgu..teka teki pulak?
Errrrr.......nanti saya cari ye?
hihihi...:)
Assalamualaikum,
lama saya tidak menjegah ke mana-mana
Apa lagi dua A ni ya...
mungkin jawapan fuad ansari betul
Bijaksana dalam penyampaian. thanks :)
sar,
eh, nape tiba2 seram ?
ank ayah,
takpe, yg penting, ada kesedaran dlm diri sendiri...
fida,
tak menghilanglah , ada je kat ktn ni
fuad,
pandaiiiii........! ni mesti skor byk A masa SPM dulu ni
Noorieda,
haa...dah dpt jwpn belum ?
Naeblog,
sayapun lama tk menjengah ke sana
Pencari Allah,
Ingatan utk diri sendiri...:)
Alhamdulillah
moga anak2 ini menjadi anak yg soleh dan solehah
Assalamualaikum.
Suka membaca entri ini.
Salam ukhuwwah
Post a Comment