Salah seorang sahabat nabi s.a.w iaitu Abdullah bin Jaafar ibnu Abi Talib telah
memberikan nasihat kepada anak perempuannya di hari pernikahan :
~ wahai anakku, berhati-hatilah dengan sifat cemburu kerana cemburu itu adalah
kunci awal perceraian
~ Berhati-hatilah engkau, jangan banyak menegur (berleter) terhadap suamimu
kerana banyak menegur itu menimbulkan kebencian
~ Usahakanlah sentiasa memakai celak kerana celak itu sebaik-baik perhiasan
dan berwangi-wangianlah untuk suamimu
Ini pula nasihat Umamah binti Harith kepada puterinya pada hari pernikahan :
Wahai puteriku, jagalah sebaik-baik 10 perkara, kelak kamu akan memiliki
perbendaharaan rumahtangga ;
~ Temani suamimu dengan sifat qanaah (terima seadanya). Hormati dia dengan
menggembirakannya dan memberinya kepuasan.
~ Turuti perintah suamimu sebaik-baiknya.
~ Awasi sorotan matanya jangan sampai suamimu melihat sesuatu yang buruk padamu
~ Awasi hidungnya, jangan sampai suamimu mencium bau kecuali bau yang paling
sedap dan nyaman
~ Jagalah baik-baik tempat tidur suamimu, jangan sampai tidurnya terganggu kerana
ia boleh membawa kemarahan
~ Jagalah baik-baik waktu makannya, jangan sampai dia lapar kerana lapar itu
menimbulkan kemarahan
~ Jagalah baik-baik harta suamimu dengan cermat dan aturkan perbelanjaan sebaik mungkin
~ Jagalah anaknya, keluarga dan pembantu rumahtangga suamimu dengan sebaik-baiknya
~ Janganlah melawan dan menderhaka perintah suamimu kerana itu akan menyedihkan hatinya
~ Jangan membuka rahsia suamimu kerana membuka rahsia, kamu tidak akan selamat
darinya. Berhati-hatilah, tika dia bergembira janganlah kamu bersedih didepannya
dan tika dia bersedih gembirakanlah dia
[p/s ; err...janganlh salah faham pulak, kalau sampai pukul 6.30 pagi suami tak bangun-bangun
jugak, kejut-kejutlah dia suruh solat subuh.........]
.....tingginya darjat suami hingga kata nabi jika manusia dibenarkan bersujud, mescaya akan
diperintahkan isteri untuk sujud kepada suami.....
12 comments:
Pesanan buat kekasih ni.
:)
sangat menyentuh kalbu...
membuat diri terpaku..
kalaulah ketika khutbah nikah ada nasihat-nasihat sebegini, kan lebih indah..
InsyaAllah... akan ingat entry kak norsha ni..
;)
tengs kak.
suka entry ni :-)
Bijen,
hahaha....kekasih awal dan akhir...:D
Fuad,
kalu masa nikah dulu tk dpt dgr, dgr masa la ni pun takpe....:D
Afida,
Ingat dan amalkan bila sampai masa nanti ye....:D
WBH,
moga ada manfaatnya....:D
assalam kak..
terima tuk entry ni..
mase yg tepat entry ni keluar.:)
Assalamualaikum...
Tidak bahagia orang yang bahagia kecuali dengan kesungguhan...
sesungguhnya nasihat ini benar....jazakillahukhair kak ats perkongsian! :))))
Suka! Susah tak kak mula2 nak adapt fungsi sebagai seorang isteri?
hidayu,
mase yg tepat ? ada apa2 ni....
Abd Razak,
jgn berhenti mencari bahagia...
CS,
nasihat menasihati, ingat mengingati...
Penchenta,
ambik masa jugak la, bak kata pepatih; bersusah2 dahulu, bersenang-senang kemudian.....
klau la dapat isteri yg macam ni kan best?
InsyaAllah, nanti dapat, kena yakinlah....
Post a Comment