(coretan pesanan untuk diri sendiri,juga untuk sesiapa yang sudi membaca dan menghayati......)
Monday, February 4, 2013
Kembali
Tiba-tiba, rasa rindu untuk menulis, walau cuma sebaris kata........kata seseorang yang ku
temui semalam;
"....dunia ini singkat sahaja, seperti kita tidur, cuma seketika, dan tanpa kita
sedari, suatu hari nanti kita akan terjaga untuk berada di alam sana yang
kekal selama-lamanya....waktu itu baru kita tersedar bahawa bekal kita
terlalu sedikit, tidak cukup pun untuk menampung keperluan di sana......"
Allah....kata-kata itu biar cuma biasa-biasa tapi cukup menyentuh rasa. Ya, benarlah.....
ada waktunya kita terlalu lama berada di alam mimpi hingga kadang-kadang kita lupa
untuk bangun semula menyiapkan bekalan yang sepatutnya......Ya Allah, ampunilah hambamu
yang lemah ini.................
Sunday, January 20, 2013
Sunnah yang Indah....
Perkongsian dari seorang ustaz :
"Teringat Satu masa satu jemaah sedang bergerak berdakwah di luar negara. Dalam tempat pejalan kaki ada water cooler untuk minum. Biasanya orang minum sambil berdiri.
Tapi beberapa orang jemaah ini bergilir-gilir tadah air kemudian minum duduk. Jadi kelakar mereka tadah air kemudian duduk. Beberapa kali.
Tiba -tiba orang melihat tingkah laku yang sangat kelakar ini. Mereka ajar mereka cara minum sambil berdiri. Jemaah orang islam menerangkan adab minum air duduk. Jangan berdiri.
Sunnah minum air ialah duduk. Tetapi minum air zam-zam sunnahnya berdiri.
Mendengar keterangan yang panjang dari orang islam ini. Orang yang bertanya telah masuk Islam.
Sunnah Nabi SAW ada nur. Bawalah sebanyak mungkin sunnah Nabi SAW kerana kecintaan kepada Allah dan Nabi SAW -ebit lew "
*************
Tanda cintakan nabi adalah dengan menghidupkan sunnahnya, tapi kita hari ini mengaku cintakan nabi
tapi nak amalkan satu sunnah pun berat sangat.........moga-moga selepas ini Allah beri kekuatan kepada
kita semua utk sama-sama amalkan sunnnah dalam kehidupan seharian ......

Tuesday, November 27, 2012
puisi suami & isteri
juga bukan 'mainan' atau 'alas pengesat kaki'
mereka dicipta untuk saling melengkapi
kasih mengasihi dan hormat menghormati
juga untuk saling menyayangi
saling mengimbangi
sesekali mereka bertikam lidah, berselisih pendapat
itu biasa untuk menambah dewasa
menguji sabar dan bijaknya dalam mengemudi
bahtera rumahtangga di lautan hidup yang bergelora
andai mereka saling berusaha
untuk menerima kekurangan yang ada
memperbaiki kelemahan sebagai manusia
dan mensyukuri setiap nikmat pemberianNya
saling berpimpin tangan untuk maju ke hadapan
Allah pasti tidak akan membiarkan
mereka terkapai-kapai tanpa bantuan
sesekali mungkin ada ujian
ada airmata atau tangisan
sebenarnya itulah penawar dalam perjalanan
asal saja mereka tidak melupakan
bahawa perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa
dan medan menambah pahala.....
Thursday, November 22, 2012
Kenangan terindah
Cuti2 sekolah ni, ramai yang dirikan masjid. Setiap minggu ada saja undangan perkahwinan. Alhamdulillah .....itu berita baik kerana disebalik banyaknya perceraian yang berlaku di zaman ini , tiada yang serik untuk berkahwin. Seorang rakan sekerjaku yang bakal berkahwin awal tahun hadapan pernah berkata kepada ku yang dia asalnya tidak mahu berkahwin kerana melihat banyaknya masalah yang terpaksa ditempuh oleh pasangan yang telah berkahwin, Katanya, ada temannya yang telah bersuami mengadu itu dan ini. Aku beritahu dia, untuk membina sebuah rumahtangga bahagia setiap pasangan perlu melalui beberapa episod suka dan duka, kerana itu akan membantu mendewasakan mereka....
Bercerita tentang rumahtangga, aku teringat sesuatu. Isnin lepas adalah ulangtahun perkahwinanku yang ke 18. Anak-anakku bertanya tentang sejarah masa lalu dan mereka ketawa barangkali kerana tidak percaya dengan apa yang aku ceritakan.
Aku beritahu mereka; seminggu selepas berkahwin , ayahnya bawa ibunya menetap di sebuah rumah kecil dua bilik yang disewa dengan harga RM150 sebulan. Tiada perabot mahal, tiada kerusi atau sofa,
yang ada cuma keperluan asas,sebuah almari plastik, satu meja kecil, sedikit peralatan masak dan sebuah dapur gas yang dihadiahkan seorang kawan sempena perkahwinan kami. Juga tiada bilik tidur
mewah hanya sekadarnya saja. Rumah itu memang kecil, beberapa langkah ke dapur, ruang tamunya
adalah juga ruang makan, beberapa langkah ke bilik air dan beberapa langkah lagi ke bilik tidur. Tiada kereta, cuma sebuah motosikal klasik lama untuk dia berulangalik ke tempat kerja. TV dan radio juga
tidak ada apalagi komputer. Segala-galanya sangat kurang dan jauh berbeza dengan keadaan
sekarang, tapi di rumah kecil itulah aku belajar erti kasih sayang, pengorbanan dan kesetiaan. Di situlah
aku belajar bahawa untuk mengekalkan bahagia , perlunya ada perbincangan, tolak ansur dan
persefahaman. Perlunya ada memberi dan menerima, menghargai dan menerima seadanya. Di rumah kecil itulah juga , aku diajar bahawa seekor burung takkan dapat terbang tinggi dengan sebelah sayapnya ....dan seorang raja takkan dapat mentadbir sebuah negara dengan baik tanpa nasihat dari bendaharanya yang bijaksana.......sebuah negara yang aman damai, rakyat dan pemerintahnya saling bekerjasama....rajanya adil, rakyatnya taat, dan ketaatan itu mestilah berpaksikan ketaatan kepada Yang Maha Berkuasa.....
Sudah 18 tahun berlalu, kami tidak lagi tinggal di situ tapi segala cerita di rumah kecil itu, menjadi kenangan yang sangat indah untuk di kenang dan semoga ia terus kekal dalam ingatan kami untuk 18 tahun yang akan datang......................

Subscribe to:
Posts (Atom)