Pesan orang tua-tua, kalau cari calon isteri atau suami;
biar sakit dimata, jangan sakit dihati
Faham maksudnya? Takkan tak faham kot.....Jom tengok info di bawah :
kajian JAKIM menunjukkan data berikut:
Punca utama suami mohon cerai:
32.97% sebab sikap tak bertanggungjawab
12.03% sebab akhlak dan sosial
5.43% sebab campur tangan org ketiga. cth; bekas kekasih atau mertua
2.26% sebab ekonomi
Punca utama isteri mohon cerai :
17.68% sebab sikap tak bertanggungjawab
5.84% sebab akhlak dan sosial
4.42% sebab campur tangan org ketiga/bekas kekasih atau mertua
1.38% sebab ekonomi
1.34% sebab masalah seksual
cuba tengok, takdepun dlm data tu sebut sebab perceraian kerana muka suami
tak hensem atau muka isteri tak cantik......
Sebab utama? ...... tak bertanggungjawab !
Kedua? ............... akhlak dan sosial !
Sebab duit? Masalah kewangan ? ....sikit sangat peratusnya, maksudnya kalau
perangai elok, tahu tanggungjawah masing2, pasangan akan bersedia
mengharungi segala susah senang bersama.........duit boleh dicari, tapi kasih
sayang ? duit banyak, hidup mewah tapi jika perangai tunggang langgang,
lama2 rumahtangga boleh lintang pukang.....
Ok, apa pula nabi pesan kat kita; wanita itu dikahwini kerana kecantikannya,
hartanya, keturunannya, agamanya, maka pilihlah agamanya, nescaya engkau
akan selamat...........bukan untuk lelaki saja, wanitapun sama.
Kalau ada mana2 pakwe approach, jangan terus terima, siasat2lah dulu
perangainya, latar belakang agamanya, jangan tengok keretanya saja kerana
kereta itu barangkali kereta pinjam.
Yang lelakipun, jangan fokus rupa saja, terlampau cantik sangatpun susah
juga nak jaga, yang pentingnya AGAMA dan AKHLAK.....
Seteruk manapun seorang perempuan tapi kalau jatuh ke tangan lelaki baik
dan bertanggungjawab, ada peluang besar untuk dia berubah kearah kebaikan
tapi.........sebaik-baik manapun perempuan , kalau jatuh ke tangan lelaki jahat
dan tidak bertanggungjawab, ada kemungkinan untuk dia rosak dan hancur
(err.......ni teori saya saja, boleh percaya dan boleh juga diabaikan saja, tapi
berdasarkan pemerhatian, dah byk jumpa kes camni....)
Ramai pasangan muda menjadikan perkahwinan sebagai kemuncak percintaan
mereka dan berakhir disitu saja tapi hakikatnya perkahwinan bukanlah penamat
percintaan tapi permulaan sebuah percintaan....tapikan, dalam rumahtangga,
cinta bukan segala-gala......nanti, bila awak dah kawin, baru awak faham apa
yang saya kata.....tak caya? try tanya orang lama-lama..............
hiasan sahaja: tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah
tidak bernyawa........
(coretan pesanan untuk diri sendiri,juga untuk sesiapa yang sudi membaca dan menghayati......)
Monday, September 12, 2011
Saturday, September 10, 2011
Budak baik....
Saya sebenarnya sukar mahu menjemput sesiapa jua dtg ke rumah kecuali
saudara mara, teman-teman rapat dan jiran tetangga. Tapi entah mengapa,
dengan yang seorang ini, saya mudah saja nak ajak dia dtg ke rumah ketika
pertama kali saya tahu dia ada di daerah tempat tinggal kami walaupun
hakikatnya saya belum pernah melihatnya. Bukan senang sebenarnya untuk
saya pujuk en suami beri persetujuan. Katanya ;
" Percaya sangatlah manusia dlm internet tu, entah sapa-sapa....."
Terdiam juga saya, tapi instinct saya kuat mengatakan dia bukan jenis manusia
seperti yang disebut en suami itu. Sebab ? ooo....sebab saya tengok blognya
tulis benda2 yg baik walaupun kadangkala bahasanya sedikit kasar. Yelah, orang
muda, jiwa muda, darah muda maka tak heranlah bahasanyapun bahasa orang
muda. Tapi saya tak putus asa. Saya pujuk lagi en suami agar bersetuju dgn
cadangan saya untuk menjemput dia makan malam di rumah kami. Anak-anak
pula menyampuk ;
"Ummi....jangan mudah percaya pada orang yg kita tak kenali...." Kata anak
sulong saya.
"Aahlah.....sekarang banyak jenayah siber ...." anak kedua saya pula menambah.
"betullah....tak payah, tak payah......" sokong anak ketiga saya.
Ish, dah bersekongkol pulak mereka. Nampaknya berkecailah harapan saya
(bagaimanapun saya tak nafikan kebenaran kata-kata mereka itu ), takpe, takpe
cuba lagi hari lain. Pujuk punya pujuk, akhirnya dia setuju cadangan saya
(agaknya dia bosan dengan pujukan saya). Akhirnya, dia benarkan saya jemput
pemuda itu datang makan malam di rumah kami. Tercapailah hajat saya.
Sebenarnya, pemuda itu hanya makan malam dengan suami dan anak2 lelaki
saya saja di ruang tamu , sementara saya dan saudara perempuannya makan
di dapur. Pemuda itu tak bercakap pun dgn saya. Lepas makan, dia pulang dan
en suami beritahu saya;
" baik budaknya....."
"kan betul gerakhati saya" kata saya tersenyum (bangga lah tu...tak baiknya)
********
Saya fikir itu kali pertama dan terakhir, dia akan jadi tetamu kami tapi tak sangka
dia sudi datang lagi ke rumah kami malam tadi. Kali ini, en suami dan anak2
saya tidak membantah. Nampaknya , mereka sudah mesra, rancak betul berbual
sambil ketawa-ketawa walaupun sebenarnya jarak usia mereka jauh berbeza. En
Suami saya sudah 40an (tak tahulah nak kata tua ke muda sbb di mata dan dihati
saya, en suami sentiasa muda....mesti dia bangga habis kalau dia baca ini.. hihihi)
Wah, en suamipun dah mula sukakan dia.....err, maksudnya sukakan akhlaknya...
lepas dia pulang, saya pun bisik kat en suami; " nasib baiklah kita takde anak
pompuan besor, kalau tidak mahunya saya pinang dia jadi menantu" hahaha......
....gurau saja, gurau saja , don't take seriously......(dia sudah ada pilihan hati)
kalaulah budak baik tu baca entri ini, saya nak tanya dia, apa ilmu dia pakai
sampai semua orang suka padanya........
(lain kali kalau dia dtg lagi, saya nak suruh dia bawa keropok lekur barang
seketul dua )
moral of the story: anda tidak perlukan wajah tampan atau badan sasa untuk memikat hati
bakal mertua. cukuplah anda punya agama + akhlak yang baik , kerjaya yg stabil dan
pemikiran yg matang...... (eh.....jangan tanya saya sapa budak baik itu ye.....)

Wednesday, September 7, 2011
Kisah facebook dan calon isteri.....
Kisah 1
Saya bertemu teman lama baru-baru ini. Kami berbual banyak perkara dan salah
satunya ialah tentang calon menantu. Oleh kerana dia kawen diusia muda dan
cepat pula dikurniakan cahaya mata maka anaknya kini telahpun berusia awal
20an. Baru saja bergelar hafiz dan sedang menyambung pengajian di Afrika
Selatan. Pakej yg lengkap nampaknya....! Kata teman saya itu dengan nada
gurauan ; antara syarat yg diberikan kepada anaknya untuk mencari calon isteri
nanti ialah siperempuan itu tiada akaun facebook ! Saya tanya kenapa...?
Dia cuma ketawa....mesti ada sebabnya......tapi di zaman ini memiliki akaun
facebook seakan sudah menjadi seperti satu trend bukan saja kepada golongan
remaja tetapi juga kepada yg sudah bekerluarga dan warga pertengahan umur
barangkali. mungkin dia bergurau, mungkin juga dia benar-benar bermaksud
demikian..........
*****
Kisah 2
Beberapa bulan dulu saya duduk berbual dengan beberapa remaja lelaki (anak
murid saya sebenarnya) tentang hal-hal yang berlaku disekeliling mereka. Bila
dah berbual tu, biasalah macam-macam isu yang keluar, antaranya tentang calon
isteri. Salah seorang darinya yg masih belasan tahun berkata dengan tersenyum;
" Saya nanti nak cari calon isteri yg tak main facebook..."
"Kenapa?" tanya saya.
"kalau ada akaun facebook, belum kawin dia sudah curang dengan saya......dia
boleh sembang dgn sapa2 saja, add sapa-sapa yg nak jadi kawan dia, saya tak
suka cam tu...."
wah...! ada citarasa tersendiri. Emm.......bagus juga !
Suatu hari, dia bergurau dgn saya;
" Cikgu, kirim salam kat anak cikgu, boleh saya jadi menantu ? "
Sayapun menjawab dgn nada gurauan yg tegas;
"......dia tak layak utk awak, dia ada akaun facebook....!"
Ironisnya, remaja lelaki ini bukanlah remaja kategori alim atau warak, cuma
remaja biasa yg sekali-kala nakal dan melanggar peraturan.
Emm ....dahlah bilangan lelaki berkualiti makin sikit, akan bertambah sukarlah
nampaknya untuk kaum hawa mencari calon suami andainya syarat diatas diguna
pakai oleh semua bakal mertua dan bakal suami.
Sebenarnyakan, tak salahpun ada facebook kalau pandai guna tapi kalau dah
24 jam mengadap facebook, apa ke jadahnya......? betultak ...?

Monday, September 5, 2011
Raya datang dan pergi......
Sekejap saja masa berlalu, hari ini sudah 7 syawal, sudah habis seminggu raya,
masing2 sudah kembali ke rutin harian biasa, anak-anak pulang ke kota, ibu ayah
yang sudah tua masih setia di desa, persekolahan bermula dan yang bekerja
kembali meneruskan tugas-tugas lama yang tergendala dgn lemang dan ketupat
yang masih melekat ditangan ingatan........masih terasa keenakkannya.........
Seperti biasa hari raya adalah hari berkumpul seisi keluarga, hari mengenal
saudara mara, hari berziarah ke rumah jiran tetangga, inilah masanya melupakan
sengketa (kalau ada), semua orang dengan wajah ceria menghulur tangan sambil
berkata; "Selamat hari raya.....mohon maaf kalau ada salah silap dari hujung
rambut sampai hujung kaki........" dan akan disambut pula dengan kata-kata :
" Sayapun sama.......mohon maaf juga atas segala-galanya......" . Maka gugurlah
segala dosa dosa (InsyaAllah), dan bertambah panjanglah usia, murahlah rezeki
seperti janji Allah kepada sesiapa jua yang menghubungkan silaturrahim. Ia tradisi
yg harus dikekalkan sampai bila-bila, sebagai bukti hari raya adalah hari
kemenangan untuk semua........
Seperti biasa, raya kali ini kami juga berkumpul bersama-sama di rumah bonda.
Bergurau senda, bergelak ketawa, bercerita, bertukar idea, berkongsi cerita,
ia sungguh membahagiakan kerana sejak bertahun-tahun dulu begitulah
situasinya.Inilah waktunya dimana kami lupa segala saat-saat sukar yang pernah
ditempuh bersama ketika dihimpit kesusahan dan kemiskinan puluhan tahun yang
lalu sewaktu masih di zaman anak-anak......
Waktu berputar, zaman beredar, kitapun membesar, raya terus datang dan pergi
saban tahun, dinanti dan dirai, moga ia bukan syawal terakhir.....yang pasti anak
anaklah yang paling gembira kerana mereka mendapat hadiah istimewa kerana
disebalik peningkatan harga barang dan kos sara hidup yang semakin tinggi,
masih ramai yang bermurah hati bersedekah duit raya yang bukan sedikit nilainya
buat si anak kecil, yang pasti siibu (dan bapajuga ) akan turut tersenyum
melihat sampul raya yang semakin tebal............dimurahkan rezeki, tahun depan
InsyaAllah bertambah tebal lagi............
Selamat hari raya, moga selamat dari segala dosa dan bala.......
jgn lupa hari raya juga waktu terbaik utk sibujang berkenalan dgn bakal pak mertua..........
masing2 sudah kembali ke rutin harian biasa, anak-anak pulang ke kota, ibu ayah
yang sudah tua masih setia di desa, persekolahan bermula dan yang bekerja
kembali meneruskan tugas-tugas lama yang tergendala dgn lemang dan ketupat
yang masih melekat di
Seperti biasa hari raya adalah hari berkumpul seisi keluarga, hari mengenal
saudara mara, hari berziarah ke rumah jiran tetangga, inilah masanya melupakan
sengketa (kalau ada), semua orang dengan wajah ceria menghulur tangan sambil
berkata; "Selamat hari raya.....mohon maaf kalau ada salah silap dari hujung
rambut sampai hujung kaki........" dan akan disambut pula dengan kata-kata :
" Sayapun sama.......mohon maaf juga atas segala-galanya......" . Maka gugurlah
segala dosa dosa (InsyaAllah), dan bertambah panjanglah usia, murahlah rezeki
seperti janji Allah kepada sesiapa jua yang menghubungkan silaturrahim. Ia tradisi
yg harus dikekalkan sampai bila-bila, sebagai bukti hari raya adalah hari
kemenangan untuk semua........
Seperti biasa, raya kali ini kami juga berkumpul bersama-sama di rumah bonda.
Bergurau senda, bergelak ketawa, bercerita, bertukar idea, berkongsi cerita,
ia sungguh membahagiakan kerana sejak bertahun-tahun dulu begitulah
situasinya.Inilah waktunya dimana kami lupa segala saat-saat sukar yang pernah
ditempuh bersama ketika dihimpit kesusahan dan kemiskinan puluhan tahun yang
lalu sewaktu masih di zaman anak-anak......
Waktu berputar, zaman beredar, kitapun membesar, raya terus datang dan pergi
saban tahun, dinanti dan dirai, moga ia bukan syawal terakhir.....yang pasti anak
anaklah yang paling gembira kerana mereka mendapat hadiah istimewa kerana
disebalik peningkatan harga barang dan kos sara hidup yang semakin tinggi,
masih ramai yang bermurah hati bersedekah duit raya yang bukan sedikit nilainya
buat si anak kecil, yang pasti siibu (dan bapajuga ) akan turut tersenyum
melihat sampul raya yang semakin tebal............dimurahkan rezeki, tahun depan
InsyaAllah bertambah tebal lagi............
Selamat hari raya, moga selamat dari segala dosa dan bala.......
jgn lupa hari raya juga waktu terbaik utk sibujang berkenalan dgn bakal pak mertua..........
Subscribe to:
Posts (Atom)