Saturday, February 18, 2012

Doa Pemuda Soleh

Di sebuah gerai menjual roti, seorang pemuda soleh meneliti beberapa bongkah roti yang
berbaris kemas di atas meja.

"Berapa harga roti itu?" Tanyanya sambil menuding ke arah sebongkah roti yang nampak
segar seperti lepas dimasak.

"Tak mahal, 1 dirham saja, " jawab penjaja gerai dengan wajah yang manis.

Pemuda soleh itu menyeluk sakunya untuk mengeluarkan wang. Dahinya tiba-tiba berkerut,
jarinya masih tercari-cari. Ke mana perginya wang aku, desis hati kecilnya.

"Minta maaf, saya sudah kehilangan kesemua wang saya. Baru sebentar tadi, ia masih ada,"
jelas pemuda soleh itu kepada penjaja.

Seorang lelaki yang berdiri berdekatan dengannya dan mengenali peribadi pemuda soleh
itu terus berkata; " Ya Allah, kudungkanlah tangan orang yang mencuri wang pemuda ini. "

Mendengar itu, si pemuda soleh terus menyambung, " Ya Allah, jika wang itu diambil
kerana desakan hidup untuk memenuhi keperluannya, berkatilah ia. Tetapi jika ia diambil
kerana tidak takut kepada dosa, moga-moga inilah dosanya yang terakhir."


 Sungguh bukan mudah untuk berlapang dada atas sesuatu yang terjadi, tapi bila Allah
mengkehendaki ianya terjadi, ia tetap akan terjadi, dan setiap yang terjadi pasti ada hikmah
tersembunyi......



10 comments:

Noorieda said...

Assalamualaikum cikgu..

Bila ALLAH kata 'jadi', tentu akan jadi juga...ALLAHUAKHBAR!

umu6point said...

Assalamualaikum cikgu :)
Allahuakhbar, sangat2 la sukar nak didik hati mendoakan perkara yang baik buat orang yang melakukan perkara buruk kepada kita.

Cerita ni sangat2 terkesan pada hati saya. Jazakillah berkongsi. Moga bermanfaat buat yang lain juga.

Wanita Bertudung Hijau said...

fuyooooo! hebatnya pemuda tu

Menusuk Hati said...

doa kawan kita,hancurkanlah parti y..kui3!

fuad ansari said...

bila keburukan dibalas dengan kebaikan dalam doa...

mirip kebaikan doa nabi saw ketika menghadapi dugaan di taif.. (",)

Garang Racing said...

Akhlak yg bagus..semoga Allah serapkan akhlak ini pada ana..Allahuma ameen

RuMaH TuA said...

Allah,,,
Ingin merasa solehah itu....

Moga Allah kasih.

~PENCHENTA~ said...

Ya Allah. Nak jadi macamtu! :')

Norsha said...

Noorieda,
Waalaikummussalam,
Allah Maha Berkuasa, makhluk tiada kuasa....

Umu,
mmg susahpun nak bersangka baik dgn org yg dah buat jahat kat kita, tapi kita cuba ye....

WBH,
agak2 boleh tak kita jadi cenggitu?


Menusuk hati,
parti y.... parti apa tu?

Norsha said...

fuad,
keburukan dibalas kebaikan memang
sifat terpuji....!

garang racing,
InsyaAllah, InsyaAllah....


Rumah tua,
moga2 diperkenan doamu


Penchenta,
InsyaAllah2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...