Wahai anak
Dengar..........
Bertaqwalah kamu kepada Allah
kerana itu akan membawa seluruh dunia kepadamu
Cintailah Rasulullah
kerana itu akan membuat dunia lihat lebih hebat dari kamu
Bacalah Alquran
kerana itu akan menjadi teman buat kamu
Banyakkan Selawat
kerana itu akan membuat Rasulullah cinta kepada kamu
Ikhlaskan dirimu
sabarlah kamu
Istiqomahkan dirimu
kerana
kata Rasulullah
Bagi Allah itu ada ahlinya,
dan Ahli Allah adalah Hamlatul Quran, itu adalah kamu
kamu dalam usaha menjadi ahli Allah
Jangan kamu tergamak mengundang benci Allah
Jangan kamu selesa di dalam murka Allah
Kerana,
Allah itu adalah Allah
Tiada tuhan melainkan Allah
Azab Allah sangat dasyat
Wahai anak
dengar......
kamu anak-anak yang hebat
kamu anak-anak yang kuat
kuat semangat
banyak selawat
tingkatkan zikir munajat
pohon ampun doa dipanjat
Buat Allah, tuhan alam sejagat
by;
Don Daniyal Don Biyazid
p/s : Puisi copy paste dari blog ustaz muda yg sedang popular di TV Al-Hjirah; saja nak
share kami sekeluarga suka sgt2 rancangan kendalian 30 minit bersama ustaz Don.
Puisi itu, mesejnya saya suka, sgt mendalam maksudnya........
(coretan pesanan untuk diri sendiri,juga untuk sesiapa yang sudi membaca dan menghayati......)
Sunday, October 30, 2011
Friday, October 28, 2011
bersabarlah.....dan teruskanlah hidup
Lumrah hidup ini, tidak selalu indah dan menyenangkan. Selalu ada awan gelap melitupi
langit yang cerah dan seringpula hujan turun tiba-tiba dikala hari panas terik membakar
bumi. Begitu juga dalam kehidupan berumahtangga, tidak semua isteri atau suami bernasib
baik beroleh pasangan yang menghiburkan. Ada ramai yang hidup bahagia , namun tak
kurang yang berendam airmata. Sebenarnya, ujian dan cabaran adalah mainan kehidupan.
Ia tanda cinta Allah untuk melihat kesabaran manusia menempuh segala dugaan. Bukankah
hidup satu perjuangan, dalam perjuangan perlu ada kesungguhan, keyakinan, jua kesakitan
yg mematangkan fikiran dan menambah pengalaman.
Kerana perkahwinan umpama satu pelayaran, tidak semua berjaya sampai ke pulau
perhentian kerana apabila dilambung ombak dan dihempas badai,pasti ada bahtera yang
tenggelam atau hancur berkecai. Kepada sahabat yang diuji dengan kegagalan dalam
perkahwinan, kepadamu ingin ku berpesan; bersabarlah...........dan teruskanlah hidup.
Menangislah semahunya dan kemudian kumpullah semula kekuatan untuk melangkah
ke hadapan. Yakin dan percayalah, Allah tidak pernah berlaku zalim kepada hamba
hambaNya. Betapa disebaliknya semua ujian itu, pasti ada hikmah yang tersembunyi
buatmu, yang mungkin tidak kau rasai pada hari ini tapi akan kau temui juga bila tiba
saatnya nanti.
Benar, tiada siapa yang mahu pelamin hidupnya musnah dilanda taufan sengketa tapi
siapa kita untuk menolak takdir yang telah tertulis. Selepas semua jalan perdamaian
yang kau usahakan menemui jalan buntu, barangkali perpisahan itulah yang terbaik.
Lebih baik jauh yang mendamaikan dari dekat yang menyakitkan. Sungguhlah cerai
itu perkara halal paling dibenci Allah tapi apabila kau terpaksa jua menempuhinya,
tiada yang dapat membantumu selain sabar, kerana sabar itu indah dan Allah sentiasa
bersama orang-orang yang sabar...............
Dalam kesedihanmu, barangkali bait-bait kata ini dapat membantu;
Sahabatku, pandanglah ke depan, jalan terbentang luas, sekali kita gagal, bukan bererti
kita akan gagal selama-lamanya kerana kegagalan yg sebenar adalah apabila kita tidak
dapat taat perintah Allah dan ikut sunnah Rasulullah s.a.w.
Ranjau hidup adalah ujian yg menghidup jiwa......Jangan bersedih........teruskanlah hidupmu

Tuesday, October 25, 2011
Cinta
"Daripada Abu Muslim al khaulani daripada Mu'az bin Jabal r.a, ia berkata : "Aku
Mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan daripada tuhannya dengan sabdanya :
Orang yang bercinta kerana Allah berada diatas mimbar daripada cahaya dalam
naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya. "
Abu Muslim menyambung, "Kemudian aku keluar bertemu Ubadah b Samit, lalu
aku menyebutkan kepadanya hadis Mu'az bin Jabal, maka ia menyatakan :
'Aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan daripada tuhannya yang berfirman:
" CintaKu berhak untuk orang yang bercinta keranaKu, cintaKu berhak untuk
orang yang saling tolong-menolong keranaKu dan cintaKu berhak untuk orang yang
saling berkunjung keranaKu. Orang yang bercinta kerana Allah berada diatas mimbar
daripada cahaya dlm naungan Arasy pada hari yg tiada naungan kecuali naunganNya"
[Riwayat Ahmad]
Cinta itu indah. Ia hadiah atau anugerah dari Pencipta Yang Maha Indah. Cinta yang
sebenar bersifat mahal dan tidak murah kerana untuk mendapatkannya ia perlu usaha
berterusan dan mujahadah. Namun ingatlah, cinta bukan segala-gala, cinta hanyalah
perantaraan untuk kita mendekatkan diri kepada yang Maha Esa. Cinta manusia adalah
amanah, jangan khianati dengan maksiat dan dosa yang tak sudah-sudah.
Hari ini, kerana memburu cinta manusia, ramai yang terlupa mencari cintaNya, kerana
menagih janji dalam bercinta, ramai menggadai jiwa dan raga, hingga membunuh nyawa
sikecil yang tak berdosa.......
Cinta sejati perlu diuji, hanya yang berjaya menempuhnya akan beroleh kemanisan dihati
Fikir-fikirkan............
Selamat bercinta................!

Saturday, October 22, 2011
Sembang-sembang : wanita hari ini
Kiah, Peah dan Joyah bersahabat baik. Mereka selalu bertemu utk membincangkan isu2
semasa. Satu hari, mereka mengadakan forum perdana dirumah Kiah. Moh kita dengar isi
perbualan mereka.....
Kiah : untunglah kau Peah, kau takyah keje, duduk rumah goyang kakipun, cukup bulan
dapat upah dari suami. Aku hari2 kena pergi kerja, pergi pagi balik petang, dapat
gaji bayar hutang, nak harap laki aku kerja sorang, dapat makan ikan kering ngan
ikan bilis jelah hari2
Peah : Untung kata kau ! hei....ko lagi untung tau, cukup bulan dapat gaji, pegang duit
sendiri, boleh beli barang apa kau nak. Aku kena mintak baru dapat, ko ingat
senang ke nak dapat duit orang, cam pengemis tau !
Kiah : Suami ko kerja pangkat besar, gaji ribu riban, takkan dia tak nak bagi, lainlah
macam aku, laki aku gaji kecik, aku jeles tau tengok ko, takyah belajo tinggi2
tapi dapat suami boleh tanggung serba serbi
Peah : Apalah ko ni, patutnya aku yg jeles kat kau, kau ramai kawan, walaupun kau keje
tapi laki kau rajin tolong kau buat keje rumah , tak macam aku, semua benda
kat rumah tu aku kena buat, mentang2lah aku ni suri rumah.
Kiah : Memanglah kau yg kena buat sebab kau duduk kat rumah, dia sibuk kat pejabat.
Kalau kaupun malas nak buat, apa ke jadahnya kau duduk kat rumah 24 jam?
Macam aku ni, kenalah dia tolong aku, sama2 penat cari duit, sama2lah buat kerja
rumah, aku mana ada bibik...
Peah : Tapi aku nak suami yg ada ciri2 macam laki kau. Walaupun gaji kecik, tapi dia
hormat kau, tolong kau buat kerja rumah, tak macam aku, laki aku ego, mentang2lah
dia bos kat pejabat, balik rumahpun dia dok mengarah aku je
Kiah : Aku lak, selalu berangan nak laki kaya cam suami ko, kurang2 aku takyah penat2
keje, kau ingat aku suka ke bawak kete hari-hari, pagi2 buta tekan minyak, masuk
gear, pecut macam nak masuk F(1) sebab nk sampai cepat ke pejabat, silap2
haribulan, tak sempat pencen aku dah jalan
(Joyah yg sedari tadi mendiamkan diri menyampuk.....)
Joyah : Apalah korang ni, tak tahu bersyukur langsung. Cuba tengok aku, lagi kesian, aku
dahlah ibu tunggal, takde suami, kena kerja lagi cari rezeki, ada masalah ke apa ke
kena tanggung sorang2, korang ada juga tempat nak bercerita, mintak pendapat ke...
Kiah : kaupun untung juga, kurang2 kau nak g mana2 takyah mintak izin suami, boleh buat
keputusan sendiri, tak macam kami, nak g mana2 kena mintak izin dulu, kalau dia tak
bagi, terpaksa ikut juga walaupun dalam hati rasa berbuku je.....
Joyah : Pulak...! Eh, payah2 sangat kau bagi jelah laki kau tu kat aku, habis cerita....
Peah : Kau biar betul Joyah, ada bermalam kat hospital malam ni kang.....!
( Mat Bon, anak Kiah yang baru2 belajar nak kenal dunia dan sedari tadi memerhati
gelagat wanita2 harapan negara tu hanya mampu mengeleng2kan kepala sambil berkata
di dalam hati; patutlah nabi kata perempuan ramai masuk neraka )
AMARAN :CERITA REKAAN SAHAJA ! TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG
MASIH HIDUP ATAU YANG BARU DIKEBUMI....

Thursday, October 20, 2011
Kisah seorang anak
Isnin lepas, sewaktu perhimpunan mingguan, pengetua sekolah telah memanggil 3 orang
pelajar tingkatan 5 naik ke pentas untuk diperkenalkan sebagai pelajar harapan sekolah
yang diharapkan boleh menjadi contoh dan inspirasi kepada pelajar lain untuk berjaya
dalam SPM yang akan tiba tidak lama lagi. Di antara 3 orang itu, salah seorang darinya
menarik perhatian kami, guru-guru untuk bercakap tentangnya kerana kisah hidupnya
menyimpan cerita tersendiri dan sangat menyentuh hati ;
Dia pelajar pendiam namun rajin membantu guru selain memiliki sikap yang
menyenangkan serta tidak sombong . Dalam kelasnya, dia antara pelajar lelaki yang
menyerlah. Awalnya tidak ada yang tahu kisah hidupnya, namun apabila keputusan
peperiksaannya merosot sejak akhir2 ini ,guru kelasnya dan guru-guru lain yang
mengajarnya mula curiga dan mencari punca kepada kemerosotannya. Dari situ,
dia membuka cerita,( rela dalam terpaksa) kerana sekurang-kurangnya guru2 tahu
duduk perkara yg sebenar ,katanya ; Saya tinggal dengan ayah tiri (bekas) selepas ayah
tiri dan ibu berpisah. Ibu dan ayah kandung saya pula sudah lama bercerai, kemudian
ibu kawin lain dan kami mendapat ayah tiri warga seberang. Malangnya, perkahwinan
itu tidak kekal lama, mereka berpisah dan ibu kawin lain lalu pindah mengikut suami.
Tinggallah kami, dengan bekas ayah tiri, yang sangat panas baran namun masih punya
belas ehsan untuk membenarkan kami tinggal bersamanya tapi dengan syarat kami harus
mengurus segala-galanya sendiri seperti makan pakai, urusan sekolah dan lain-lain.
Bak kata pandai-pandailah nak hidup.......
Sebagai anak lelaki yang paling besar, saya menguruskan segala-galanya, memasak
untuk adik-adik, mengemas rumah, membasuh malah apa saja yang perlu dibereskan
di rumah itu, dan tidak boleh melakukan perkara yg boleh menimbulkan kemarahan ayah
tiri kerana silap sikit saja kami akan dipukul . Sebenarnya,rumah itu bukanlah syurga bagi
kami tapi kerana tiada pilihan lain, segalanya harus dihadapi dengan tabah. Kami tidak
boleh banyak kerenah lebih2 lagi saya yg akan menghadapi peperiksaan SPM tak lama lagi. Sekurang2nya bekas ayah tiri masih bertimbangrasa tidak menghalau kami keluar dari
rumah sedang hakikatnya kami bukanlah darah dagingnya. Kami cumalah bekas anak
tirinya...........
Begitulah lebih kurang kisah hidupnya. Sungguh menyedihkan kerana mereka kehilangan
kasih sayang dan perhatian angkara perceraian.
Sangat menghairankan juga bagaimana sang ayah dan ibu boleh melupakan anak-anak
begitu saja selepas berpisah. Terlalu marah barangkali kepada pasangan hingga anak-anak
menjadi mangsa, sedangkan mereka itu langsung tidak bersalah malahan bijak dan mampu
untuk pergi lebih jauh jika diberi peluang, rangsangan dan kasih sayang. Maha Besar
Allah Yang Maha Pengasih yang memberikan kebijaksanaan dan ketabahan kepada pelajar
tersebut untuk bertahan mencari ilmu dalam serba kepayahan. Kami semua berdoa agar dia
kuat dan tidak patah semangat sekalipun riak di wajahnya kadang2 seperti menanggung beban
yang berat.
Sebagai guru, saya tidak begitu terkilan seandainya dia kurang cemerlang berbanding
pelajar lain (kerana tekanan yg ditempuhnya), tapi saya (mungkin juga guru2 lain) akan
sangat-sangat terkilan jika kerana kepincangan keluarganya itu, dia akhirnya tersilap
memilih kawan, tersalah jalan hingga hilang pertimbangan untuk menjadi contoh terbaik
kepada adik-adiknya yang masih mengharapkan bimbingan. Moga-moga Allah melindunginya
dari pekara2 yg buruk.
Ketika mula2 mendengar kisahnya, sungguh kerkejut apabila mengetahui bagaimana
dia melakukan semua kerja2 rumah (sedang perempuan pun ada yg malas !) ,
sambil meneruskan tanggungjawabnya belajar tanpa jemu. Sungguh ! kami kagum dengan
ketabahannya, dialah ayah , dialah ibu, dalam usia remajanya , dia memikul tanggungjawab
yang bukan sedikit. Dalam seribu satu ujian hidup yang ditempuhnya, banyak kali juga kami
dapat melihat senyumannya.........
Berapa ramai orang boleh bertahan dalam keadaan sepertinya ?
( ......suatu hari, dia berkata kepada gurunya; cikgu, saya tak dapat hadir ke kelas petang
ini, saya mahu ke bandar bertemu ibu, dah lama saya tak jumpa ibu......)
dapatkah anda selami perasaan si anak itu ?
oleh itu, bersyukurlah jika anda punya keluarga bahagia kerana diluar sana masih ramai insan2 yg
dahagakan kasih sayang.........

Saturday, October 15, 2011
Nilai kita
"Sebotol kicap mungkin berharga RM2.20 sebotol kerana nilai kicap itu,
jika botol yang sama diisi dengan madu harganya mungkin RM60 sebotol.
Botol itu akan menjadi RM300 jika didalamnya terkandung minyak wangi.
Begitu juga nilai diri kita adalah bergantung kepada kuantiti dan kualiti
taqwa yang ada dalam jiwa kita. Kalaulah kebesaran dunia yang kita agung-
agungkan maka tiada nilai kita disisi Allah SWT. "
~ petikan kata2 dari sebuah majalah Islamik.
Kesimpulannya ; terpulanglah kepada kita, pilihlah sama ada mahu menjadi
kicap, madu atau minyak wangi.....................

Monday, October 10, 2011
Mari berdoa....
Sabda Nabi s.a.w ;
"Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu doa seorang bapa (dan ibu)
terhadap anaknya , doa orang yang bermusafir dan doa orang yang
dizalimi. "
[Riwayat Abu Daud, Al Tirmizi dan Ibn Majah]
Allah memberikan keistimewaan kepada golongan ini dimana doa mereka tidak terhijab
iaitu ;
~ Doa ibubapa kepada anak-anak
~ Doa anak yang soleh
~ Doa orang yang teraniaya
~ Doa orang yang berada dalam kesusahan
~ Doa seorang sahabat kepada sahabatnya
dlm keadaan sahabatnya tidak mengetahui
~ Doa orang yang dalam musafir
~ Doa orang yang berpuasa
~ Doa pemimpin yang adil
Mari amalkan;
Doa utk dapat jodoh : Surah An Nahl (ayat 72)
Surah Ar Ruum (ayat 21)
Surah Toha , (ayat 131 & 132)
Doa utk dapat zuriat : Surah Al Anbiya , (ayat 89)
Surah Al Furqan (ayat 74)
Surah Ali Imran (ayat 38)
Doa agar anak taat perintah Allah: Surah Al Baqarah (ayat 128)
Doa agar anak pandai belajar : Surah Al Anbiya (ayat 79)
Doa agar anak lembut hati ; Surah Al Anbiya (ayat 69)
Surah Toha (ayat 1 - 5)
Doa agar anak kerjakan solat ; Surah Ibrahim (ayat 40-41)
Marilah berdoa......kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar.....

Saturday, October 8, 2011
maaf ya pak....
Pak menteri, terima kasih ya.....kerana hujung tahun ini simpanan saya akan sedikit bertambah
dari sebelumnya dan barangkali tahun depan gaji saya akan meningkat lebih banyak dari tahun
ini, juga harap-harap jawatan saya bisa dinaikkan ke gred yang lebih tinggi.........(syukur,
Alhamdulillah.....) saya janji pak, saya akan kerja lebih baik, lebih bagus dari sebelumnya tapi
bukan kerana janji bapak itu.....tapi kerana memang dalam bekerja harus ada tanggungjawab,
ketekunan dan kesungguhan. Bukankah Allah suka hamba-hambaNya yang melakukan sesuatu
dengan penuh kesungguhan. Seandainya bapak tidak memberipun saya akan tetap akan kerja
sepenuh hati,separuh mati....
Saya gembira sekali, bapak ingat pada kami......
Tapi pak, ada satu hal yang buat saya tidak gembira , maaf ya pak, saya tidak mahu kerja
sampei usia saya 60. Saya baru berkira-kira mahu bersara awal sebelum berumur 58 tapi
bapak sudah wajibkan saya kerja lebih dari itu. Aduh.......gi mana ni? Sebentar tadi saya
mikirin gi mana saya bisa naik tangga tingkat 4 setiap hari pada usia sebegitu ? Atau apakah
kanta mata saya akan semakin tebal untuk melihat tulisan di papan putih, oh....mungkin saya
harus mengambil lebih vitamin dan supplement mulai sekarang. Moga-moga suara saya masih
bisa jelas kedengaran di cuping telinga anak-anak murid saya yang sentiasa cergas dan bertenaga.
Tapi bapak ngak usah khuatir, sementara ini saya akan terus jalankan tugas saya sebaiknya.
Sedaya upaya saya akan membantu mereka anak-anak bangsa kita untuk menjadi manusia
yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Sebentar tadi juga, sebelum menulis surat
ini, saya sedang memerah otak merangka program-program akhir yang boleh saya lakukan
untuk mereka sebelum peperiksaan bermula 37 hari dari sekarang. Sementara punya
kesempatan ini, saya akan mencuba yang terbaik.
Pak, sebetulnya saya mahu istirehat lebih awal, sebelum angka 60 itu tiba. Orang lain
mungkin tidak apa-apa, tapi saya enggak mahu. Andai saya masih bisa hidup ketika itu, saya
mahu sama suami keliling kota, pusing dunia, sesekali bermain dengan cucu-cucu yang sedang
membesar. Saya kira, bukan lagi masa untuk saya terlalu mengejar dunia. Harap bapak
tidak salah faham sama saya. Itu saja.
Mohon permisi pak.

sepenuh hati,

Thursday, October 6, 2011
Anda tahan dengar leteran?
Ada org tanya saya; mengapa perempuan suka berleter?
Saya pun jawab dgn penuh yakin, sebab;
pertama; perempuan suka berfikir. Bila byk berfikir idea byk dtg, bila dtg idea
takkan nak biarkan saja, mestilah kita akan zahirkan dlm bentuk kata-kata.
kedua; perempuan spesis yg peka (bukan pekak ye..) Bila peka mereka mudah nampak
apa yg tak kena. Bila ada yg tak kena mereka akan tegur, takkan nak diamkan saja.
Ketiga; perempuan penuh sifat kasih sayang.Orang takkan tahu kita kasih atau sayang pada
seseorang kalau kita membisu seribu bahasa. Jadi jalan terbaik ialah meluahkannya.
Leteran juga satu bentuk pernyataan kasih sayang.....err, maksudnya di sini ialah
leteran yang bersifat membina, bukan menghina.............
Alahai.....sekali-kali kena leter, takkan tak boleh kot, kuatkanlah semangat tu, sahabat nabi,
Saidina Umar yg garang tu (punyalah garang sampai iblis pun takut) pun boleh bersabar
waktu isteri dia berleter, dia tak jawabpun diam saja , disitu terletak kebijaksanaannya,
(garang-garang Saidina Umar pun, masih ada taman dalam hati....)
Seorang suami yang berdiam diri ketika isteri berleter bukan bererti dia takut kepada
isterinya dan kekuatan seorang suami sebenarnya bukanlah terletak kepada sekuat mana
dia berjaya mematahkan tulang rusuk isterinya atau melebamkan biji mata isterinya tetapi
kekuatannya terletak kepada sekuat mana dia menahan telinganya dengan leteran isterinya.
Setuju? Tak setuju tak mengapa.
(lain kali kalau kena leter dgn mak atau isteri ke, cuba pergi peluk mak/isteri tu dan dan tu
juga, mesti tak jadi dia nak berleter.....trylh kalau tak caya.....)
Sekian.
p/s: isteri kalau nak berleterpun agak2lah, kalau kawan tu baru balik kerja, penat-penat
takkan terus nak berleter kot.....pandai2lah, kan dah pesan ari tu jangan buat suami
marah.....

Monday, October 3, 2011
Rindu....
Entah mengapa malam ini
ada rindu mengusik hati
sepi malam yang suram
di luar hujan turun......
menyimbah bumi
di dalam ada rindu
yang tak pernah mati
Sungguh........sesekali ada resah
sesekali bertandang jua
mimpi yang indah
Tuhan...........
kupanjatkan doa
di manapun dia berada
lindungi dia dengan rahmatMu
kata orang;
........sayang isteri tinggal-tinggalkan............

Sunday, October 2, 2011
Berbicaralah tapi jangan.........
Berbicaralah tapi jangan melampaui batas...............
Menurut Imam al-Ghazali, tanda-tanda lidah yang kotor adalah :
~ berkata-kata yg tidak berfaedah
~ berlebih-lebihan apabila bercakap
~ suka bercakap perkara batil
~ suka memaki hamun
~ suka bertikam lidah/bertengkar
~ suka mengumpat
~ mencari-cari kesilapan orang lain
~ bergurau senda secara berlebih-lebihan
~ suka menghina/ mengejek/ membuka keaiban orang lain
~ bersumpah palsu
~ memuji bukan pada tempatnya @ mengampu
[p/s ; secara jujurnya ada waktu2nya tak mampu menahan hati dari merasa jengkel
apabila berhadapan dengan insan-insan yg 'over' dlm berkata-kata.........
Astagfirullah hal 'azim.......ampun ya Allah, ampun ............]

Subscribe to:
Posts (Atom)