Monday, December 12, 2011

Rumahku Syurgaku

Entah mengapa........bagai hilang rasa, hilang punca, hilang idea........ingin berbicara tapi
tiada kata, mahu bercerita, tak tahu apa, mahu mengarang seperti ada yang hilang, 
banyak yg ingin dikongsi, tapi jari tak mahu menari, mahu menulis seperti biasa tapi 
kata-kata hilang entah ke mana......sesungguhnya, tanpa izin dariNya kita takkan punya
upaya, hatta mengangkat kelopak mata atau menulis walau hanya sebaris kata............


begitulah..... sangka saya di musim cuti sekolah ini, saya punya lebih banyak waktu untuk mengadap
skrin komputer, menulis segala perkara yang boleh dikongsi buat iktibar bersama tetapi rupanya
semakin sibuk pula di musim cuti ini. Yelah, sebagai pengurus rumahtangga merangkap timbalan
perdana menteri kepada en suami juga menteri tugas-tugas khas di samping menjadi ketua hakim
kepada anak-anak yang sedang membesar, sebagai motivator dan personal consultant , sesungguhnya
tugas seorang isteri dan ibu tidak pernah berhenti.

Apa lagi?.....menjadi master chef kerana di musim cuti inilah saya mengasah bakat mencuba segala
resepi yang enak untuk hidangan suami & anak-anak. Bahagianya bila penat memasak,  suami dan
anak-anak menikmati sambil memuji; " sedap...sedap....". Eh, tak pujipun takpe, bukan masak
sebab inginkan pujian, itu tanggungjawab, dan kadang-kadang saya akan jawab, " Allah yang bagi
sedap...... " atau kadang-kadangnya saya akan berkata ;" ......nabi dan para sahabat dulu , selalu
tak jumpa makanan............."
(rasa malu pada diri sendiri kerana dalam keadaan cukup makan dan pakai sekarang ini, pengorbanan
untuk agama sangat-sangat kurang, berbanding nabi dan para sahabat.........)  Oh ya, Juga tidak
ketinggalan, ada kelas masakan untuk anak perempuan saya yg berumur 10 tahun itu. Dapatlah saya mengajarnya resepi yang simple-simple sesuai dgn usianya seperti telur dadar, puding roti, ayam
goreng serai dan nasi goreng. Yalah takkan nak ajar masak opor daging (yg menjadi kegemaran kami)
pada usianya semuda itu. Jadi, siapa kata cuti sekolah  boleh duduk bersilang kaki menghabiskan cuti?
oh, tidak, tidak....jangan sangka duduk rumah saja tak buat apa-apa. Ada banyak perkara
boleh dimanfaat bersama.

Inilah masanya untuk buat SWOT analysis. Menilai semula semua kekuatan, kelemahan,
kenalpasti peluang dan ancaman yang ada. Jangan sangka menguruskan rumahtangga tidak
perlukan perancangan seperti sebuah jabatan. Hakikatnya ia jauh lebih sukar dari yang kita
jangkakan. Menguruskan manusia jauh lebih mencabar dari menguruskankan mesin dan peralatan.
Kalau tidak masakan ramai orang mencari keseronokan di luar berbanding di rumah.
Sepatutnya rumahlah dunia paling indah untuk ibu ayah dan anak-anak berkasih sayang. Rumah
adalah syurga dunia untuk kita menggapai bahagia. Apabila berada diluar, hati meronta mahu
segera pulang ke rumah bertemu ahli keluarga kerana di situ ada cinta yang mendamaikan jiwa.

Oh,  saya tidak boleh lama. Ada banyak perkara perlu dinilai semula, ada banyak perancangan
yang belum terlaksana. Moga-moga Allah permudah segala.

Ada kelapangan dan dengan izinNya, saya akan menulis semula.....

14 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Sungguh apa jua yang kita lakukan hanyalah bergantung harap kepada Allah SWT...

As said...

Kakak

Jadi house manager memang super busy.

May Allah grant you the best reward. Ameen.

sot said...

Be the best you can be.
Never loose hope.
Allah is watching.

peRmaTa_ aGamA said...

sm0ga dpermudahkan sgala urusan..

~ sharing is caring..(^_~) ~

~PENCHENTA~ said...

Untunglah jadi bini yang setia. Dapat kaut banyak2 pahala. :')

fuad ansari said...

ramai yg bersangka, rumah yg besar dan cantik boleh dianggap 'rumahku syurga'...

walhal, rumahku syurgaku lebih sesuai diberikan kepada rumah yg penuh dengan kasih sayang dan rahmat Allah swt.. (",)

p/s: besar peranan seorang ibu..

tangan yg disangka lembut menghayun buaian, menggoncang dunia, mencipta sejarah... (",)

Afida Anuar said...

kak, uruskan rumah tangga lah kerjaya yang paling sibuk... Fida pun kes cuti blogging pasai balik kampung lama la baru2 ni. Ganti mak buat semua benda. Layan adik2. Malam pulak tidur awal. Penat mengalah kerja opis. Nak menghadap lappy pun tak sempat.hu hu

Afida Anuar said...

jadi fida boleh la sikit2 faham situasi akak.

Moga Allah bagi kemudahan atas setiap urusan, insyaAllah...

ukhti,mardhiah said...

Assalamualaikum cikgu:)
ramai y bila ditanya, "ciri-ciri rumah idaman anda?"

~banglo
~ada laman
~teres
~kaw perumahan desa
~dll

jrg yang jawab

~y penuh redha Allah
~y dipenuhi anak soleh
~dihuni suami yang soleh
~rumah yang celik agama
~dll

termasuk diri y menaip.
MasyaAllah.
Be strong cikgu yea.
jga diri.jgn sakit, t kelam kabut 1rumah.hihi.love u.

cikguNae said...

Wah! Padatnya aktiviti... :-)
Penuh dengan limpahan kasih

Kak Norsha, saya pun ada daftar kelas buat kek & biskut cuti ni... Tapi tak pegi... Hehehe
sibuk menjahit 'baju kerja 2012'

Mindaberbisa said...

Alhamdulillah, hidup dengan keberkatan :)

Egg Head said...

itulah pengorbanan seorang ibu....besar sgt2....tak tau mcm mana nak balas...

Norsha said...

Ustad Razak,As, Sot,Permata Agama, Penchenta, Fuad, Afida, Mard,
Naeblog,Pencari Allah, Egg Head....

terima kasih atas komen2 anda, maaf lambat dijawab & terima kasih kerana sudi singgah di sini....

Bijen M. said...

Kerja Human Resource ni memang kerja mengurus manusia.
Eh silap, Allah yang mengurus manusia.
Saya hanya laksanakan sunnatullah saja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...